Memaparkan catatan dengan label Internet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Internet. Papar semua catatan

Netika Dunia Internet

25 November 2013 | Label: , , | |


Salinan dengan izin penulis asal.

Internet adalah satu medium perhubungan yang luas, dimana ia tidak mempunyai badan perundangan dan undang-undang yang jelas untuk mengawalnya. Internet kini semakin popular dan meluas namun langkah-langkah untuk membuat undang-undang untuk Internet masih tidak lengkap lagi untuk meliputi semua perkara.

Internet sebenarnya mempunyai kod etikanya sendiri. Kita tidak boleh lupa bahawa internet ini adalah hasil usaha kerja tangan manusia dan sudah tentulah akan terbentuk adab-adab dan tingkah laku ianya tersendiri. Walaupun dimana kita berada, diruangan "YM", “chat”, “IRC”, “ICQ”, Kumpulan Perbincangan (forum) dan senarai email (mailing list), akan wujud netika atau “netiquette” tersendiri.

Artikel ini, akan membincangkan soal netika atau “netiquette” secara asas. Pertama-tama sekali yang anda perlu lakukan ialah anda perlu berfikir walaupun anda menggunakan Internet di hadapan sebuah komputer, anda sebenarnya masih berhubungan dengan manusia. Cara bagaimana anda saling berhubungan dengan orang lain empat mata, sepatutnya anda lakukan juga di dalam Internet.

Sebagai seorang insan sudah tentu anda mahu dilayan dengan baik. Walaupun di dalam Internet kita dibayangi dengan nama samaran dan orang lain tidak nampak siapakah kita, namun anda masih tidak berhak melakukan apa sahaja yang anda suka di dalam Internet. Anda perlu tunjukkan tingkah laku yang baik. Cuba fikirkanlah, sanggupkah anda berlaku sikap kurang ajar jika anda berhadapan dengan seseorang ?

Saya sendiri pernah mendapat email yang mempersoalkan tentang satu penulisan saya. Caranya agak kasar, mempersoalkan seolah-olah, kita yang bersalah. Kita sepatutnya walaupun di dalam email perlulah beradab dan bersopan-santun. Kita akan dinilaikan dengan apa yang kita tulis.

Jika anda membaca artikel yang bertajuk “KERAHSIAAN DAN KEPERIBADIAN INTERNET” tentu anda sudah tahu bahawa apa yang anda tulis di dalam email, tidak hilang begitu sahaja. Email-email anda mungkin akan disimpan untuk jangka masa yang lama oleh pelbagai komputer pelayan (server). Mungkinkah email anda akan ditemui semula ? dan diri anda akan dinilaikan dengan apa yang anda tulis dimasa silam.

Maka, sebelum anda menghantar sesuatu email, tanyalah kepada diri anda. “Adakah anda akan kata sebegini di depan seseorang?” Jika tidak, tuliskan semula email anda sehingga anda berpuas hati.

Sebagaimana anda mahu dilayan dengan baik di dunia luar sana maka begitu juga di dalam Internet. Di luar sana anda akan bersifat sopan-santun penuh hati-hati dengan seseorang kerana dengan harapan anda juga akan dilayan begitu. Di Internet anda juga sepatutnya berkelakukan sebegitu. Seperti juga cara kita di luar sana, masyarakat Internet juga akan melayani anda dengan baik sekiranya anda juga bersikap baik dan mengamalkan sikap yang baik sama seperti yang anda lakukan diluar Internet.

Bagaimana pula jika anda pula menerima email, yang isinya anda tidak kehendaki. Cara yang terbaik ialah terus padamkannya. Anda sebenarnya tidak perlu membalas apa-apa yang dikatakan, kerana ia akan lagi menggalakkan pengirim menghantar email sebegini kepada anda. Bila anda tidak membalas, dia akan menganggap anda tidak berminat menerima emailnya dan mungkin terus melupakan sahaja anda.

Jika email itu satu gangguan dan mempunyai unsur-unsur jenayah anda digalakkan untuk mendapat bantuan Mycert. Rujuk laman mereka di


Anda juga perlu beringat, di dalam Internet, anda juga dirangkumi oleh undang-undangnya tersendiri. Bagi kita di Malaysia, jika email anda mempunyai unsur fitnah atau tuduhan yang boleh menimbul kekacauan anda oleh didakwa. Begitu juga dengan akta hakcipta dan sebagainya. Anda perlu tahu kemungkinan-kemungkinan ini.

Malaysia mempunyai akta dan undang-undang yang melibatkan Internet, sila rujuk laman Mycert ini.


Sebelum anda menjelajahi Internet. Anda masih dirangkumi oleh undang-undang lain, Internet belum punya undang-undang tersendiri. Maka berhati-hatilah bila menghantar sesuatu atau mengambil sesuatu bahan. Pastikan sekurang-kurangnya anda letakkan sambungan bahan-bahan rujukan anda.

“Masuk kandang kambing mengembek, dan masuk kandang harimau mengaum”. Begitulah bidalan yang kita sepatutnya pegang. Apabila kita memasuki sesuatu kumpulan perbincangan, perhatikan dahulu cara dan bagaimana kumpulan itu berbincang sesama mereka. Pasti ada satu nilai netika mereka sendiri dalam kumpulan perbincangan itu.

Ketahuilah apa yang boleh dan tidak boleh dalam kumpulan dan bila anda telah mengenali cara mereka, maka barulah anda menyertai perbincangan mereka. Adalah satu netika yang baik, jika anda memulakan dengan mengenalkan diri anda. Itu pun bergantung kepada kumpulan perbincangan. Namun begitu bagi kumpulan perbincangan di Malaysia, ia adalah satu langkah yang baik dan bersopan. Tidak perlu anda mendedah identiti penuh anda.

Sekadar bicarakan anda baru di senarai email ini dan pandangan anda tentang tajuk semasa dalam senarai email itu. Pilihlah tajuk yang tidak kontrovosi dahulu. Perhatikan dan cuba fahami rentak dan “netika tidak bertulis” dalam kumpulan perbincangan yang anda pilih. Pasti lambat laun anda akan diterima dengan identiti anda sendiri. Jika anda pakar didalam sesuatu bidang. Adalah digalakkan anda menyumbang sesuatu yang anda pakar dan tahu untuk kumpulan perbincangan. Anda akan lebih dihargai lagi.


Contoh-contoh netika kumpulan perbincangan dan forum yang boleh anda lihat di


Anda juga perlu tahu, kebanyakan kumpulan perbincangan telah menetapkan apa yang perlu dan sepatutnya dibincangkan. Jangan sesekali cuba bawa tajuk luar daripada skop kumpulan perbincangan yang anda sertai, mungkin kiriman anda tidak diterima dan paling teruk sekali anda mungkin akan diserang dengan email yang tidak senang dengan tindakan anda. Sebagai contohnya, sekiranya anda menyertai kumpulan perbincangan tentang Windows, janganlah pula anda posting tentang Linux di dalamnya.

Kenapa ada kumpulan perbincangan sebegini? Dengan menetapkan dan menentukan apa yang boleh dan perlu dibncangkan, kita akan membuatkan kumpulan itu lebih fokus. Bila kumpulan perbincangan ada fokus, email-email akan lebih berkualiti dan dapat mengumpul pakar-pakar dalam satu kumpulan perbincangan.

Anda perlu juga beringat, bukan semua orang menerima email seperti anda. Anda perlu ketahui bahawa ada yang masih menggunakan Internet dengan kelajuan talian yang perlahan. Ada yang masih menggunakan email dalam “plain-text” sahaja, tanpa ciri-ciri tambahan yang lain.

Anda perlu hormati kos yang mereka hadapi bagi setiap saat yang mereka gunakan untuk memasuki Internet. Adalah satu perkara yang membazirkan masa dan wang untuk membaca setiap email kemudiannya ia didapati hanya satu dua baris sahaja atau email ulangan. Anda hanya menimbulkan kemarahan kepada orang lain atas sikap tidak ambil berat anda. Hormati masa mereka pastikan sebelum anda hantarkan email anda pastikan ia punya isi dan berkualiti. Pastikan juga anda tidak terhantar lebih daripada sekali email anda itu. Anda perlu menunggu sekurang-kurangnya sejam atau dua, sebelum anda membuat keputusan untuk menghantar email anda.

Anda juga perlu pastikan "auto responder" atau "vacation" dihentikan. "Auto responder" dan "vacation" hanya menghantar email-email yang tidak perlu dan memenuhkan peti surat email orang lain, terutama bila anda menyertai kumpulan perbincangan yang sibuk. Terlalu banyak email boleh menyebabkan komputer pelayan terpaksa melakukan kerja yang banyak dan ini mungkin boleh menyebabkan pengendalian penghantaran email dalam kumpulan perbincangan menjadi perlahan. Maka hormatilah masa, tenaga dan sumber-sumber orang lain yang mungkin anda akan bazirkan kerana email-email anda.

Adalah digalakkan jika dalam kumpulan perbincangan ada topik yang anda rasa hanya perlu diluahkan, secara peribadi dihantar kepada satu pihak sahaja tanpa perlu dihantar kepada kumpulan perbincangan. Email satu dua baris seperti “kami sokong” hanya perlu dihantar kepada satu pihak sahaja, kepada penghantar. Seumpama juga anda mahu diri kelihatan cantik dan baik di dalam majlis dan apa-apa perjumpaan. Anda juga perlu berbuat sebegini di dalam internet. Jaga budi bicara dan tatacara anda sebagaimana anda bersopan-santun bila berbicara diluar sana.

Didalam internet anda juga dinilaikan berdasarkan tulisan anda. Perhatikan ejaan dan tatabahasa anda. Jika anda selalu di internet, adalah baik anda ambil masa menghadiri kelas bahasa. Tidak merugikan anda kerana dengan apa yang dipelajari untuk internet anda juga akan pratikkan diluar sana berhubung dengan orang lain.

Anda juga boleh mengajak orang lain di dalam Internet untuk mengajar anda tentang bahasa yang anda ingin pelajari. Saya percaya pasti ramai yang ingin membantu. Bagi mereka yang pakar dan tahu di dalam sesuatu bahasa, cuba tubuhkan kelas melalui email atau kumpulan “chat” untuk mengajar perlbagai bahasa. Anda boleh menggunakan kemudahan perbincangan email yang disediakan di http://www.yahoogroups.com/ dan http://www.googlegroups.com/ .

Sebelum anda menghantarkan sesuatu email pastikan anda memeriksa email anda sebanyak 2 kali, sekurang-kurangnya. Jika anda berpuas hati, periksa sekali lagi. Jangan ada kesalahan ejaan atau tatabahasa, yang paling penting email anda tidak menginggung perasaan terlalu ramai orang. Selain daripada itu, pastikan penyampaian anda jelas dan mudah difahami. Di dalam internet email adalah terlalu mudah untuk disalah-ertikan. Adakalanya email yang kita tulis bermaksud baik, namun pengguna Internet ini terdiri daripada pelbagai golongan. Pasti ada yang tidak dapat menerima pendapat anda. Anda pasti mendapat email daripada mereka dengan nada marah.

Adalah tidak mustahil anda akan berkelahi atau berdebat panas melalui email. Di dalam internet barat ia dipanggil “flame war”. Dari segi netika Internet adalah dibolehkan untuk berdebat dan email yang isi kandungannya panas. Namun begitu jagalah tata susila bahasa anda kita tidak perlu mengikut cara Internet barat penuh kutukan dan kata-kata kesat. Berdebat dengan cara bijaksana.

Jika perdebatan anda melibat “user group”, mailing list,kumpulan chat atau pelbagainya. Anda perlu tahu apa yang anda tulis akan dibaca oleh ramai orang. Anda perlu menghormati mereka kerana ia juga mengambil masa mereka dan mungkin menambah beban dari segi penggunaan talian dan komputer, tanpa mereka kehendaki. Anda mungkin dalam pedebatan apa yang anda tulis akan meninggung perasaan orang lain dan anda kan mengajak lebih ramai lagi menyertai perdebatan ini. Perkara ini akan menimbulkan keadaan yang tidak sihat di mana jika terlalu banyak email dihantar dan terlalu banyak yang perlu dikendalikan oleh pelayan email, ini mungkin akan menyebabkan pelayan menjadi terlalu sibuk, menjadi perlahan atau terus tidak berfungsi.

Ada beberapa langkah yang anda boleh lakukan dalam penggunaan internet agar anda lebih dihormati dan dihargai lagi.

Setiap kali anda menulis pastikan anda memeriksanya sekurangnya dua kali dan jika anda telah berpuas hati. Periksa sekali lagi untuk memastikan tiada kesalahan bahasa dan tatabahasa. Tanyalah juga pada diri anda adakah ini cara anda mahu orang lain berhubung dengan anda. Jika tidak, tulis sekali lagi yang bersesuaian.

Anda juga perlu kenal tiap-tiap perisian yang anda gunakan, terutama perisian email anda. Dalam kumpulan perbincangan yang menggunakan email, terdapat pelbagai perisian email yang mempunyai formatnya sendiri dalam menghantar email. Bagi perisian email sekarang, ada kecenderungan untuk menghantar email dalam bentuk HTML. Bahasa yang digunakan dalam pelayar Internet kita. Namun begitu bukan semua perisian dapat menerima format HTML dan ini akan menimbulkan banyak masalah bagi ramai pengguna. Jika anda terlibat dengan kumpulan perbincangan adalah digalakkan untuk anda menentukan bahawa email anda dihantar dalam “plain-text” sahaja. Dengan format “plain-text”, dengan ini lebih ramai pengguna dapat membacanya.

Configuring Mail Clients to Send Plain ASCII Text

Anda juga perlu memerhatikan format penulisan email anda. Jangan sesekali menulis semuanya dalam huruf besar. Di dalam Internet ia dianggap sebagai menjerit. Perhatikan dan cuba tetapkan panjang satu baris dalam 60-70 patah perkataan sahaja. Ini adalah kerana sesetengah applikasi email akan “wrap” atau memendekkan baris-baris email anda dan ini menyebabkan email anda menjadi tidak kemas dan sukar dibaca.

Jika anda berminat untuk berkongsi satu-satu laman, janganlah hantar ruang laman itu semua. Cukuplah dengan anda meletakkan alamat laman itu. Pastikan alamat laman itu bermula dengan penuh “http://”. Ada sesetengah email akan mengenal ia sebagai sambungan laman dan ini memudahkan pembaca pergi ke laman itu dengan satu klik sahaja.

Jika anda membalas sesuatu email pastikan anda tidak mengambil semua email asal (Quote). Ambil sekadar yang berkait dengan email yang anda ingin balaskan. Anda juga perlu memberikan tajuk yang sesuai dan berkaitan dengan email anda. Jadikan tajuk email anda jelas menerangkan tentang kandungan email anda. Anda juga perlu berhati-hati setiap kali anda menghantar email, pastikan anda menghantar kepada penerima yang betul. Adalah sesuatu yang memalukan jika anda terhantar email peribadi kepada kumpulan perbincangan. Email anda akan dibaca oleh ramai orang.

Pastikan anda menyimpan email pengenalan dan permulaan kumpulan perbincangan anda. Di dalamnya ada dinyatakan cara-cara untuk berhenti daripada kumpulan. Catatkan juga alamat penyelanggara kumpulan perbincangan anda. Ini akan memudahkan anda untuk menyuarakan sebarang masalah anda. Jangan sesekali menghantar email untuk keluar ke kumpulan perbincangan. Ini hanyalah satu gangguan. Pastikan anda tahu cara untuk keluar dengan betul dan jika menghadapi masalah sila hantarkan email terus kepada penyelenggara. Bagi pengguna email percuma daripada laman seperti Yahoo, Hotmail, Ikhlas.com dan webmail. Anda perlu berhati-hati bila menekan butang hantar (send), jangan anda terhantar lebih daripada sekali. Sabarlah menunggu, mungkin pelayan laman anda lambat atau perlahan dalam melayan permintaan anda. Selalunya jika pelayan laman email anda menghadapi masalah ia akan keluarkan, laporan masalah kepada anda.

Cuba elakkan diri anda daripada mengiklankan perniagaan anda di dalam kumpulan perbincangan. Pastikan jika anda mahu juga mengiklankan sesuatu, lihat samada ia boleh diterima dengan baik oleh kumpulan perbincangan itu. Pastikan anda meletakkan dalam subject perkataan IKLAN atau “AD” bagi kumpulan perbincangan barat.

Dengan mematuhi netika dan undang-undang tidak bertulis ini, anda akan membuat internet sesuai untuk hampir semua orang. Internet memerlukan kerjasama dan sikap tolenrasi penggunanya. Jadikan anda diterima oleh dengan mematuhi kehendak-kehendak penghuninya .

Rujukan lain.

Netiquette home page

Achiving the Internet

RFC 1855 Netiquette Guidelines

Perisian Email Pilihan

Mail Archive


Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

Artikel Kemas kini versi 1.1
1 Mar 2008

Artikel Asal Versi 1

Harisfazillah Jamel
6 Dis 2002

Oleh : Harisfazillah Jamel
Untuk http://cikgucyber.blogspot.com/

Kemas kini 24 Nov 2013.

Panduan Melajukan Pelayaran Internet Anda

12 Oktober 2011 | Label: , , , , | |



Anda mahu lajukan lagi pelayaran Internet anda? Anda mahu kurangkan "lagging" menunggu laman web yang anda lawati dibuka? Berikut disenaraikan langkah-langkah yang oleh anda lakukan untuk lajukan lagi pelayaran Internet anda.

Langkah-langkah yang dicadangkan ini adalah cadangan sahaja. Ia mungkin dapat atau tidak melajukan pelayaran Internet anda. Pastikan anda mencatatkan dahulu konfigurasi asal sebelum anda membuat perubahan.

1) Tukarkan konfigurasi DNS komputer anda

Konfigurasi Domain Name Service (DNS) adalah perkhidmatan yang membantu komputer anda mengetahui dimana ia perlu capai laman web yang anda mahukan. Ia akan menukarkan nama domain kepada nombor alamat IP yang difahami oleh komputer. Kebiasaannya konfigurasi DNS di Malaysia akan menggunakan DNS TMNet atau Unifi atau mana-mana pembekal perkhidmatan Internet di Malaysia.

Kemudahan DNS tersebut adakalanya sesak dengan pengguna yang semakin ramai dan boleh melambatkan anda.

Ada dua pilihan yang boleh digunakan bagi menukarkan konfigurasi DNS komputer anda.

1.a) Menggunakan Google Public DNS

Google menyediakan kemudahan umum DNS yang menggunakan alamat IP 8.8.8.8 dan 8.8.4.4 dan rujukan konfigurasi boleh anda lawati laman web ini


Pilih "Using Google Public DNS". Sila ikut arahan-arahan yang telah disediakan bagi sistem operasi anda. Rujukan lain adalah artikel berikut :-

Lajukan Internet Dengan Google Public DNS



1.b) Menggunakan Opendns.com

OpenDNS turut menyediakan kemudahan umum DNS yang menggunakan alamat IP 208.67.222.222 dan 208.67.220.220 dan panduan konfigurasi DNS komputer anda boleh dirujuk di laman ini dan untuk pendaftaran


dan terus ke laman web ini



2) Gunakan Perisian Pelayaran Internet yang terbaru

Anda perlu muat turun dan gunakan perisian pelayaran Internet versi terbaru bagi perisian pelayaran Internet yang anda gunakan sekarang. Dengan perkembangan laman web yang banyak menggunakan Javascript dan CSS dan perkembangan penggunaan HTML5 dan CSS3 maka sudah sampai masa pelayaran Internet anda dikemas kini.

Selain daripada Internet Explorer yang anda gunakan dalam Windows, terdapat juga perisian lain yang anda boleh cuba dan gunakan. Antaranya adalah :-


2.a) Google Chrome



2.b) Mozilla Firefox



2.c) Opera



Pelbagai lagi perisian pelayaran Internet anda boleh rujuk disini http://alternativebrowseralliance.com/

Kemaskini versi terkini atau menggunakan perisian pelayaran Internet yang lain bukan sekadar untuk melajukan pelayaran Internet malah ia boleh meningkatkan keselamatan komputer anda daripada dijangkiti trojan.


3) Gunakan Plugin atau Extension yang sesuai

Anda boleh gunakan plugin atau extension khusus yang disediakan oleh pihak ketiga yang boleh melajukan dan membantu anda mencepatkan pelayaran anda di Internet. Antaranya adalah :-

3.a) Google Chrome

Pengguna Google Chrome boleh mencuba "FastestChrome Extension" yang boleh dimuat turun disini


Antaranya adalah kemudahan mendapatkan muka laman berikutnya tanpa perlu menunggu anda klik muka laman berikut. Ia akan dilakukan secara senyap sementara anda membaca muka laman sedia ada.

3.b) Mozilla Firefox

Pengguna Mozilla Firefox boleh mencuba "Fasterfox" yang boleh dimuat turun disini


Seperti "FastestChrome Extension" ia turut menyediakan kemudahan mendapatkan muka laman berikutnya tanpa perlu menunggu anda klik muka laman berikut. Ia akan dilakukan secara senyap sementara anda membaca muka laman sedia ada.


4) Padamkan History (sejarah) dan Cookies

Memadamkan History dan cookies perisian pelayar Internet anda bukan sahaja baik dari segi keselamatan malah ia boleh memastikan perisian pelayar Internet anda sentiasa berfungsi dengan baik dan laju. Simpanan history dan cookies yang banyak boleh membebankan perisian pelayar Internet anda dan anda akan merasakan ia semakin perlahan.


5) Periksa TCP/IP setting anda

Sistem operasi terkini seperti Linux, FreeBSD, Windows Vista dan Windows 7 telah menggunakan setting TCP/IP yang disesuaikan untuk penggunaan Internet secara automatik. Anda boleh merujuk ke laman web ini bagi mengetahui kesesuaian settinh TCP/IP komputer anda.


Jika anda tidak berpuas hati dengan kelajuan yang ada dan mahu membuat perubahan kepada setting TCP/IP maka perubahan yang dicadangkan oleh laman web di atas memerlukan kemahiran dalam komputer. Sila dapatkan bantuan.


Laman diatas ditujukan kepada pengguna modem dan broadband.

Diharapkan panduan ringkas ini dapat membantu anda dalam melajukan pelayaran Internet. Ia merupakan cadangan dan tiada jaminan ada kesan yang positif. Lakukan dengan risiko anda tanggung sendiri.

Langgan laman Cikgu Cyber dengan Google RSS Reader


Baca mengenainya di



Wassalam.

Harisfazillah Jamel aka LinuxMalaysia

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

12 Okt 2011

Google Reader - Sudahkah Anda Mencubanya

28 Ogos 2011 | Label: , | |



Google Reader - Sudahkah Anda Mencubanya

Hampir semua laman web menyediakan kemudahan RSS atau ATOM bagi memudahkan pengkongsian kemaskini terbaru laman web dengan pelbagai perisian. Terdapat perisian yang memudahkan kita mengetahui laman-laman web kesukaan kita yang telah dikemaskini dalam satu tempat dan boleh disusun berdasarkan minat dan keperluan.

Google Reader adalah pilihan saya.


Dengan capaian melalui laman web ia membolehkan saya membaca pelbagai berita terkini dunia Linux dan komputer semasa tanpa perlu membuka banyak "tab" dan "window" untuk ke laman web yang saya sukai. Saya juga menggunakan fungsi "Share" melalui laman umum Google Reader untuk kongsikan dengan rakan-rakan. Laman umum Google Reader saya yang boleh dilawati di


Anda melanggan kemudahan RSS dan Atom laman umum Google Reader saya dengan masukkan laman web diatas dalam Google Reader anda dengan menekan butang "Add A Subscription". Anda juga boleh mencuba RSS dan Atom feed Google+ saya :-


Malaysia Open Source Community Buzz



Baca lanjut mengenai Google Reader di



linuxmalaysia has invited you to try out Google Reader

I've been using Google Reader and thought you might like to try it out. With Reader, keeping up with your favorite websites is as easy as checking your email. You may want to check out and subscribe to my shared items. To take a look at them, visit this page:



Iklan Masyarakat

OWASP DAY KL 2011


Wassalam.

Harisfazillah Jamel


Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

28 Ogos 2011

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...


This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

Buat Duit di Internet

Merangkaikan Rangkaian Sosial Anda

17 Februari 2010 | Label: , , | |


Merangkaikan Rangkaian Sosial Anda

Social Network atau Rangkaian Sosial Di Internet semakin luas berkembang. Adalah didapati ramai pengguna Internet generasi muda ingin membuat kemas kini ringkas melalui laman dan juga telepon bimbit. Nota ini akan adalah cara ringkas untuk gabungkan pelbagai khidmat rangkaian sosial agar kemas kini boleh dibuat melalui satu punca sahaja.


(1) Sekiranya anda pengguna Gmail Chat atau Gtalk kemas kini boleh dilakukan dengan fungsi chat. Perkara yang perlu dilakukan adalah dengan gabungkan laman web identi.ca dan Gtalk anda. Gmail Chat dan Gtalk menggunakan alamat Gmail yang sama.

1a) Daftarkan diri dengan Identi.ca di http://identi.ca/

1b) Dengan Gmail Chat atau Gtalk sila jemput update@identi.ca sebagai rakan. (Buddy list)

1c) Selepas daftar laman Identi.ca, sila login dan pilih Connect dan IM Settings dan masukkan alamat email Gmail anda


Satu mesej pengesahan akan dihantar dalam Gmail Chat atau Gtalk anda.

Bagi anda yang tidak pernah menggunakan email Gmail daftar di http://mail.google.com/ dimana Gmail Chat adalah perisian bina dalam Gmail. Untuk muat turun Gtalk pula sila lawati http://www.google.com/talk/


(2) Kembali ke pilihan Connect. Pilih tab Twitter dan Facebook untuk membolehkan anda membuat kemas kini daripada Gmail Chat ke Identi.ca ke Twitter dan Facebook anda.

Contoh Twitter


Contoh Facebook



(3) Jika tidak mahu menggunakan Identi.ca dan hanya mahu hubungkan Twitter dan Facebook

3a) Login masuk Facebook

3b) Gunakan link http://apps.facebook.com/twitter untuk memboleh Twitter kemas kini status Facebook.

3e) Gunakan link http://www.facebook.com/twitter/ untuk membolehkan Facebook Page anda kemas kini Twitter.


(4) Lain-lain kemudahan Internet yang anda boleh gabungkan berserta contoh gabungan

4a) Google Buzz (Kemas kini melalui Twitter)



4b) WeFollow


Twitter Directory and Search

4c) SavorChat


Forum OSDC.my


Savor Chat is a very simple FREE group chat application for Facebook and Twitter users. Finally, an application that brings Facebook and Twitter users closer than ever.

4d) FriendFeed



FriendFeed is a service that makes it easy to share with friends online. It offers a fun and interactive way to discover and discuss information among friends.

4e) Twibbon



Twibbon is the easiest and most powerful way to promote awareness of your cause on Twitter. The service overlays a small icon onto supporters’ profile images to create a ‘Twibbon’, making an impactful online statement. The user’s Twitter account automatically tweets to let everyone know about their affiliation.

Women of Malaysia Social Network

Kempen Derma Darah Di Internet

Dunia Digital Facebook Fan page.

Sempena tahun baru 2010. Suaikan jam anda.

Harisfazillah Jamel aka LinuxMalaysia aka Hafnie
Email : linuxmalaysia@gmail.com

17 Febuari 2010



Dapatkan email-email terus dari


Sesuaikan Waktu Jam Anda Sempena 2010

01 Januari 2010 | Label: , | |


Sesuaikan Waktu Jam Anda Sempena 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernahkah anda dail nombor ini

1051

Nombor 1051 ini adalah nombor yang disediakan oleh Telekom Malaysia bagi kemudahan kita untuk mengetahui masa yang sebenar. Dail 1051 dari telepon bimbit anda atau telepon di rumah. Biasanya kita akan mendengar bunyi beep dahulu, diam dalam 10 saat dan baru diberitahu masa.

Lagi kemudahan Telekom Malaysia

http://en.wikipedia.org/wiki/Telephone_numbers_in_Malaysia

Bagi komputer pula, SIRIM menyediakan satu laman web bagi masa standard Malaysia. Sila rujuk laman web SIRIM ini
http://mst.sirim.my/

Lagi artikel berkaitan

http://blog.harisfazillah.info/2006/12/selaraskan-jam-anda-dengan-masa.html

Sempena tahun baru 2010. Suaikan jam anda.

Harisfazillah Jamel aka LinuxMalaysia aka Hafnie

01 Januari 2010

http://blog.harisfazillah.info/

http://www.harisfazillah.info/harisfazillahjamel


Dapatkan email-email terus dari

http://groups.google.com/group/hafnie

Download OpenOffice.org ODT di Scribd.com
http://www.scribd.com/doc/24669433/Sesuaikan-Masa-Anda-Sempena-2010

Download PDF di Slideshare.net
http://www.slideshare.net/linuxmalaysia/sesuaikan-masa-sempena-2010

Perkhidmatan Email Yang Baik dan Selamat Bahagian Satu

11 Januari 2009 | Label: , , , , | |


Perkhidmatan Email Yang Baik dan Selamat Bahagian Satu

Email kini menjadi alamat komunikasi penting bagi organisasi sama ada kerajaan dan pihak swasta. Kepentingan email memerlukan email perlu sampai dengan cepat dan tidak berlaku kehilangan email.

Sistem email pada awal pembangunannya tidak dibina bagi tujuan komunikasi seperti apa yang digunakan sekarang. Ia dibina bagi penyampaian mesej dalam bentuk tulisan dan dalam saiz yang kecil. Perkembangan Internet membuatkan keperluan email lebih daripada apa tujuan sebenar ia dibangunkan. Ini menyebabkan sistem email mencecah had kapasiti dan kemampuannya.

"Email adalah bertujuan untuk komunikasi ringkas dan mudah". Itulah asal ianya dibina.

Keperluan email hari ini bukan sahaja bagi tujuan penghantaran dalam bentuk tulisan text malah fail-fail dokumen dan grafik yang saiz semakin besar turut dihantar. Ia sebenarnya telah memberi tekanan kepada rangkaian sistem email secara keseluruhan.

Dengan kapasiti cakera keras membuat ruang penggunaan email boleh dibesarkan dan semakin ramai yang menggunakan email bukan sekadar untuk menghantar email, malah ia menjadi ruang simpanan fail-fail dan melangkau sifat email itu sendiri.


(A) Dalam memastikan komunikasi email berjalan dengan baik, kefahaman teknologi email ada hadnya perlu difahami dan disampaikan kepada pengguna email. Antaranya :-

*** Saiz Yang Terhad ***

(A.1) Saiz penghantaran perlulah terhad. Miskipun dengan penambahan kelajuan rangkaian Internet sedia ada dan pentambahan ruang cakera keras, saiz yang boleh dihantar masih perlu dihadkan. Semakin ramai dihantar kepada (To: atau CC: atau Bcc:) dalam email, semakin banyak ruang cakera keras dan jalur lebar Internet diperlukan bagi penghantaran.

Sebagai contoh email dengan fail sebesar 10MB kepada 10 pengguna adalah bersamaan 100MB ruang cakera keras dan 100MB jumlah jalur lebar adalah diperlukan untuk penghantaran.

Projek Dbmail http://www.dbmail.org/ dengan versi pembangunan 2.3 sedang membangunkan fungsi agar data yang sama untuk lebih seorang pengguna disimpan hanya setempat. Versi stabil Dbmail 2.4 jangkaan akan dikeluarkan pada penggal ke dua 2009.

Satu lagi cara untuk mengatasi masalah penghantaran email dengan fail saiz besar adalah dengan mewujudkan laman web muat turun fail. Dengan laman web ini pengguna hanya perlu menghantar sambungan laman (link) kepada fail yang mahu dikongsikan dalam email.

Perisian Email melalui Web, Horde Groupware Email Edition http://www.horde.org/ mempunyai ciri-ciri tersebut. Ciri ini dipanggil "Inline Attachement".

Portal atau Content Management Software seperti Jomlaa, Drupal dan pelbagai lagi boleh dibentuk untuk tujuan penyimpanan fail dan sambungan laman boleh diemail.

Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) OSCC MAMPU sejak tahun 2007 telah menjadikan DBmail dan Horde IMP sebagai asas kepada pakej sistem email MyWorkSpace.

http://myworkspace.oscc.org.my/

Pengalaman projek ini turut dikongsikan di Internet melalui Songketmail.org http://www.songketmail.org/

Turut didapati urusan-urusan mengadakan mesyuarat di agensi-agensi kerajaan melibatkan penghantaran email-email yang mengandungi fail-fail sokongan. Perkara ini membebankan sistem email dan turut menambah beban pihak urus setia dalam pengurusan dan penyimpanan fail-fail.

Dicadangkan agar agensi-agensi kerajaan Malaysia menggunakan MyMeeting perisian pengurusan minit mesyuarat hasil MAMPU di laman web

http://mymeeting.oscc.org.my/

Minit-minit meeting dan dokumen boleh dibaca, dikemas kini dan dimuat turun melalui laman web.

*** Penghantaran Email Tidak Masa Benar ***

(A.2) Email tidak dibina untuk penghantaran pada masa benar atau dengan segera. Email dihantar bukan sahaja bergantung kepada sistem email penghantar malah ia juga bergantung kepada keadaan sistem email di pihak penerima. Sekiranya sistem email penerima dalam keadaan sibuk dan gagal membuat penerimaan maka email penghantar akan disimpan dalam "queue" dalam sistem email penghantar. Cubaan akan dibuat dalam turutan minit, kemudian jam dan kemudian hari sehingga maksimun 4 hari bergantung kepada konfigurasi sistem email masing-masing.

*** Kandungan Email Boleh Dibaca ***

(A.3) Email dihantar dalam bentuk Text. Fail yang dihantar bersama email akan ditukar dan dihantar dalam kod MIME, masih lagi boleh dibaca dan difahami. Ini bermaksud email boleh dibaca atau kandungannya boleh dilihat sepanjang perjalanan dan simpanan email. Pengguna harus diajar untuk membuat proses rawakan (encryption) bagi melindungi isi kandungan email daripada diketahui.

GnuPG dan Mozilla Thunderbird Enigma boleh digunakan.

GnuPG
http://www.gnupg.org/

Enigmail For Mozilla Thunderbird
http://www.mozilla-enigmail.org/

*** Sambungan Bahagian Dua sila rujuk http://groups.yahoo.com/group/haris/


Artikel sebelum ini

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi dalam satu komputer
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang
http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Kempen Hijau Tipswanita
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/12/kempen-hijau-tipswanita.html

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

6 Januari 2009

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Jadilah Hero Dengan Menderma Darah
http://untuklelaki.noorjannah.com/2009/01/jadilah-hero-dengan-menderma-darah.html

Menulis Untuk Jadi Kaya
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Kod Trojan Boleh Dijalankan Dalam Internet Explorer 7

18 Disember 2008 | Label: , , , | |


Kod Trojan Boleh Dijalankan Dalam Internet Explorer 7

Ini adalah makluman kepada pengguna Explorer Internet 7, terdapat ralat dalam Internet Explorer yang boleh membuat kod trojan atau perisian dijalankan melalui Internet Explorer tanpa keizinan pengguna. Sila rujuk laman rujukan dalam artikel ini. Pengganti kepada Internet Explorer :-

Mozilla Firefox
http://www.mozilla.com/en-US/firefox/

Google Chrome
http://www.google.com/chrome

Dillo
http://www.dillo.org/

Laman rujukan :-

Vulnerability in Internet Explorer Could Allow Remote Code Execution
http://www.cve.mitre.org/cgi-bin/cvename.cgi?name=CVE-2008-4844

Vulnerability in Internet Explorer Could Allow Remote Code Execution
http://www.microsoft.com/technet/security/bulletin/ms08-078.mspx

Use-after-free vulnerability in mshtml.dll in Microsoft Internet Explorer 7 on Windows XP SP2 and SP3, Server 2003 SP1 and SP2, Vista Gold and SP1, and Server 2008 allows remote attackers to execute arbitrary code via a crafted XML document containing nested SPAN elements, as exploited in the wild in December 2008.

18 Dis 2008

Harisfazillah Jamel

Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang

27 Jun 2008 | Label: , , | |


Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang

Yahoo.com dan Google.com adalah antara dua nama domain yang terkenal di Internet. Hampir semua pengguna Internet tahu akan dua nama ini dan tentunya menggunakan ia setiap masa bagi mencari maklumat dan komunikasi. Jika dahulu mempunyai nama domain merupakan satu yang khusus untuk organisasi seperti perniagaan dan kerajaan namun kini nama domain lebih mudah dan murah untuk dibeli.

Beli dengan Godaddy.com
http://cybermoney2u.blogspot.com/2008/06/godaddycom-affiliate-program.html

Mempunyai nama domain kini menjadi satu identiti yang perlu. Setiap daripada pengguna Internet perlu mempunyai nama domain bagi pelbagai keperluan. Sama ada nama domain dibeli untuk simpanan peribadi atau nama domain digunakan bagi tujuan perniagaan atau tujuan-tujuan lain. Dengan mempunyai nama domain, setiap perkara kini mempunyai identitinya tersendiri yang boleh dikaitkan dengan diri pemilik nama domain.

Malah terdapat kemudahan-kemudahan di Internet boleh dikaitkan dengan nama domain yang anda miliki. Anda boleh mempunyai alamat email sendiri dengan nama domain sendiri. Menulis blog yang mempunyai nama domain tersendiri khusus untuk diri anda. Itulah keperluan nama domain, menjadikan kehadiran anda di Internet lebih unik.

Dengan kemajuan teknologi Internet sekarang, nama domain semakin mudah dibeli daripada pelbagai syarikat yang dikhususkan bagi menjual nama domain.

Nama domain boleh dipelbagai dan yang penting adalah hujung nama domain tersebut. Sama ada .com .net .org .info dan pelbagai. bagi Malaysia penambahan .my bagi menunjukkan domain dibeli khusus untuk Malaysia. Contohnya .com.my .net.my .org.my

Bagi tujuan membeli domain ia boleh dibeli melalui Internet itu sendiri sama ada melalui laman web syarikat-syarikat yang menyediakan kemudahan membeli domain secara online. Sebagai contoh adalah Godaddy.com melalui laman

http://cybermoney2u.blogspot.com/2008/06/godaddycom-affiliate-program.html

Pembelian boleh dibuat melalui pembayaran kad kredit atau wang Internet seperti paypal.

Domain perlulah unik dan sewaktu pembelian sistem online akan menentukan nama domain tidak dimiliki oleh sesiapa dan sekiranya ada akan mencadangkan nama domain lain yang bersesuaian atau anda sendiri menentukan nama lain yang sesuai.

Setiap domain yang dibeli perlu mempunyai komputer pelayan (server) penyimpan nama domain atau DNS server. Bagi tujuan ini biasanya syarikat yang menyediakan kemudahan pembelian domain turut menyediakan kemudahan penyimpanan domain.

Bagi yang mahu mengendalikan nama domainnya sendiri boleh mencuba perkhidmatan pelayan DNS percuma di http://www.everydns.net/

Bagi anda yang mengendalikan domain penting seperti gov.my atau syarikat menyediakan laman web penting dalam segi capaian setiap masa perlu mempunyai dns server ke dua atau secondary dns. Ia perlu berasingan tempat dan ISP bagi tujuan memastikan salah satu DNS server tidak dapat dicapai akan sentiasa memastikan domain sentiasa wujud di Internet,

Bagi pembelian domain .my seperti .org.my com.my boleh merujuk laman mynic http://www.mynic.net/ bagi membuat permohonan.

Bagi organisasi yang mahu mengendalikan domainnya sendiri ia boleh dilakukan dengan murah dengan penggunaan Linux, BIND DNS dan perkakasan mudah.

Pastikan domain dimiliki oleh anda. Pastikan sekurang-kurangnya alamat email yang anda gunakan untuk pendaftaran adalah milik anda dengan anda seorang sahaja yang boleh membukanya.

Artikel sebelum ini

http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

http://www.harisfazillah.info/sumberterbukauntukmicrosoftvista

Wassalam.

Harisfazillah Jamel

http://blog.harisfazillah.info/


Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini
dipasaran...

27 Jun 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...


This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

Buat Duit di Internet
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Browser Anti Pop-up

25 Februari 2008 | Label: | |


Anda tentu bosan dengan tetingkap Pop-up daripada laman yang lawati. Jika satu tetingkap mungkin anda boleh tahan lagi namun menjadi gangguan jika setiap kali lawatan anda ada sahaja "Pop-up" ini. Malah ada sesetengah laman meletak lebih daripada satu pop-up.

Selain daripada gangguan, Pop-up mengambil masa untuk anda mencapai sesebuah laman dan boleh memperlahankan capaian anda. Disamping itu ada sesetengah pop-up tapi anda sedari telah memasang perisian tertentu.

Mozilla adalah sebuah perisian pelayar daripada projek sumber terbuka. Ia dilengkapi dengan kemudahan untuk menghentikan "pop-up". Mozilla boleh anda dapati di laman

http://www.mozilla.org/

Jika anda pengguna Internet Explorer. Alexa dan Google menyediakan kemudahan "toolbar" yang dilengkapkan dengan kemudahan menghentikan pop-up.

Sebagai contohnya, apabila anda telah memasang Alexa toolbar apabila dan melawat sesebuah laman, apabila sebuah pop-up akan keluar, anda akan ditanya sama ada anda mahu
menerima atau tidak pop-up itu. Jika anda memilih tidak, lawatan seterusnya Alexa toolbar akan menghalang terus pop-up tanpa lagi bertanya kepada anda.

Begitu juga dengan toolbar daripada Google.

Untuk mendapatkan toolbar ini

Google toolbar

http://www.google.com/

Alexa toolbar

http://www.alexa.com/

Diharapkan nota ringkas ini dapat membantu anda dalam pelayaran anda di Internet Malaysia dan seluruh dunia.

Wassalam.

---------------------------------------

Penulis asal : Harisfazillah Jamel (http://blog.harisfazillah.info)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular