Aplikasi Melalui Web

02 November 2008 | Label: , | |


Aplikasi Melalui Web

Perkembangan teknologi terkini seperti WEB 2.0, AJAX dan Internet jalur lebar meluaskan lagi cara dan bagaimana kita menjalankan dan menggunakan aplikasi. Perkembangan ini menjadikan hampir semua aplikasi sedia ada, sama ada dijalankan secara sendiri dalam komputer, atau dengan konsep "Client Server" beralih kepada konsep Aplikasi melalui web (Web Apllication). Untuk keterangan lanjut mengenai AJAX dan Web 2.0 sila rujuk

AJAX
http://en.wikipedia.org/wiki/AJAX

Web 2.0
http://en.wikipedia.org/wiki/Web_2.0

AJAX dan Web 2.0 adalah panggilan konsep aplikasi melalui web. Secara mudah, Aplikasi melalui web adalah aplikasi yang dibina dalam komputer utama dan berpusat, dan capaian aplikasi ini adalah melalui pelayar Internet (Internet Browser) seperti Mozilla Firefox, Opera dan Internet Explorer. Logik dan proses akan dijalankan oleh pelayar Internet dan hanya keputusan utama akan disampaikan semula kepada komputer pelayan utama.

Dengan kemampuan dan kelajuan komputer peribadi masa kini, tugasan proses aplikasi boleh dikongsi sama antara, komputer pelayan utama di Internet dengan komputer pengguna melalui pelayar Internet. Contoh-contoh pelayar Internet moden yang mampu memenuhi konsep Aplikasi Melalui Web adalah :-

Mozilla Firefox
http://www.mozilla.org/

Google Chrome
http://www.google.com/chrome

Pada awalnya konsep aplikasi melalui web banyak digunakan untuk capaian email melalui web. Kemudahan email melalui Internet seperti Gmail.com, Yahoo.com dan Hotmail.com mengusai dunia Internet.

Konsep ini terus berkembang apabila pelayar Internet dimajukan dengan pelbagai ciri-ciri yang membolehkan aplikasi web dibangunkan dengan lebih baik lagi. Boleh dikatakan kemajuan pelayar Internet menjadi pemangkin kepada aplikasi web. Pelbagai kemudahan di Internet mula muncul dan dibangunkan agar ia boleh digunakan melalui Internet.

Bermula dengan sokongan kepada Javascript dalam pelayar Internet, kemunculan bahasa aturcara PHP untuk pembangunan aplikasi di komputer, aplikasi web menjadi lebih interaktif dan memudahkan maklum balas pengguna diambil dan diproses oleh aplikasi web.

Google.com kembangkan lagi aplikasi melalui web dengan menjadikan pelbagai kemudahan pejabat boleh dilakukan melalui aplikasi web. Sama ada Email,

Kemudahan simpanan dokumen dan pengkongsian dokumen, Wiki projek pejabat dan Gtalk khusus untuk pejabat menjadi aplikasi web dilaksanakan hampir untuk semua perkara.

Malah Google.com kembangkan lagi ia dengan Google App Engine yang berasaskan bahasa aturcara Python.

http://code.google.com/appengine/

Ia membolehkan pembangunan aplikasi melalui Internet yang disokong dengan kemudahan komputer berpusat dan ia dipanggil "Cloud Computing".

http://en.wikipedia.org/wiki/Cloud_computing

Jika anda mempunyai domain anda boleh mencuba Google Hosted melalui laman web

http://www.google.com/hosted

Bagi anda yang tidak memiliki nama domain sila rujuk artikel ini.

Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang
http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

Yang menjadi isu adalah kerahsiaan. Oleh kerana komputer-komputer Google.com berada diluar Malaysia, adalah menjadi isu bagaimana dokumen-dokumen yang disimpan akan dibaca dan dipergunakan oleh pihak lain dan komunikasi email akan diperhatikan atau tidak. Adalah disarankan organisasi-organisasi yang menggunakan kemudahan pihak ketiga, mula menggunakan kemudahan-kemudahan kerahsiaan seperti gnupg dan gpg.

Bagi organisasi yang berminat membina email sendiri terdapat pelbagai penyelesaian sumber terbuka yang boleh menjadi aplikasi melalui web bagi Email, pengkongsian fail, jadual harian dan pelbagai. Sebagai contoh Projek Horde.

http://www.horde.org/

Songketmail.org pula adalah projek untuk menyediakan kemudahan aplikasi web untuk organisasi, berasaskan Horde. Songketmail.org bertujuan untuk memudahkan pemasangan dan konfigurasi sistem email.

http://www.songketmail.org/

Bagi pengguna OpenOffice.Org telah terdapat Openoffice.org yang dijalankan melalui web. Satu usaha ke arah penggunaan aplikasi berpusat di masa hadapan.

http://www.ulteo.com/home/en/ooo

Perkara ini kita dapat lihat dengan perkembangan Google Docs. Kemudahan Aplikasi pejabat melalui web.

http://docs.google.com/

Kita perlu merdeka daripada penjajahan ICT.

http://cikgucyber.blogspot.com/2008/08/kemerdekaan-dan-perisian-sumber-terbuka.html

Senarai aplikasi OSS yang boleh digunakan

http://linuxwanita.blogspot.com/

Artikel sebelum ini

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Aplikasi Percuma dan Sumber Terbuka untuk Vista
http://www.harisfazillah.info/sumberterbukauntukmicrosoftvista

*** Aplikasi Pelayaran Internet lain ***

Flock The Social Web Broswer
http://www.flock.com/

Opera Browser
http://www.opera.com/

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/ atau email kepada

haris-subscribe@yahoogroups.com

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

6 Sept 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Iklankan perkhidmatan dan barangan anda di
Putra Online Malaysian Products And Services Directory
http://directory.putraonline.com/

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Senarai pelbagai artikel-artikel
http://www.tipswanita.com/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular