Memaparkan catatan dengan label email. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label email. Papar semua catatan

Peraturan Dunia Digital Kumpulan Perbincangan Melalui Email

24 Disember 2010 | Label: | |


Peraturan ini kami rangka sekitar tahun 2001 bagi kumpulan perbincangan email yahoo Dunia-Digital. Saya panjangkan bulat-bulat kerana tujuan kami rangkakan peraturan tersebut untuk pengguna Internet yang mempunyai dialup modem yang mempunyai kelajuan yang rendah.

Kemajuan teknologi telepon bimbit membuat kita kembali ke zaman itu dan saya percaya apa yang digariskan dalam peraturan ini boleh diguna pakai.

_____________

Dunia-Digital
_____________

Pengenalan :

Senarai Email Dunia-Digital merupakan kumpulan perbincangan email yang dikendalikan oleh para sukarelawan yang membahas tentang perkembangan semasa dunia teknologi infomasi (KOMPUTER DAN INTERNET).

Ia adalah terbuka untuk semua warga Internet tanpa mengira bangsa, agama, negara dan fahaman politik.

Anda juga boleh bertanya sebarang masalah yang berkaitan komputer dan Internet dalam dalam ini.

Peraturan Am :

1. Anda boleh menghantar mail kepada senarai email dengan menggunakan alamat :

dunia-digital@yahoogroups.com atau


---

2. Ingatlah e-mail anda akan dihantar kepada semua ahli dunia-digital yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan pekerjaan. anda akan dinilai melalui email anda.

Jika anda ingin menghantar e-mail peribadi pastikan alamat e-mail penerima tersebut berada dalam ruang TO: pada mail client anda dan email itu TIDAK mempunyai alamat dunia-digital@yahoogroups.com

Sebarang komen dan pendapat peribadi diharapkan tidak dipanjang didalam Dunia-Digital.

---

3. Jika anda ingin menjawab sesuatu e-mail pastikan anda menghapuskan "quoted" yang tidak diperlukan.

Kutipan yang tidak relevan apatah lagi menyertakan keseluruhan message asal berserta header-headernya sekali adalah tidak digalakkan.

Kurangkan panjang e-mail membolehkan e-mail dicapai dengan cepat dan anda akan menjimat bil telepon ahli-ahli Dunia-Digital dan anda.

---

4. Jika anda melanggan dalam bentuk digest berhati-hatilah semasa menjawab dan jangan menghantar kembali seluruh digest tersebut.

Langgan digest boleh dilakukan dengan menghantar email kosong kepada dunia-digital-digest@yahoogroups.com

Untuk kembali menerima email, satu persatu, hantarkan email kosong kepada dunia-digital-normal@yahoogroups.com

Langganan dalam bentuk "Digest" adalah kandungan email-email seharian Dunia-Digital yang disatukan dalam satu atau dua email.

---

5. Anda juga ditegah daripada mengirim jawapan hanya sebaris dua sahaja, yang tiada kaitan dengan
kandungan e-mail yang dikirmkan. Jika rasa ianya perlu, diharapkan ia dikirimkan secara peribadi kepada penghantar e-mail.

---

6. Sebarang bentuk spamming, flamming war, trooling, iklan peribadi, cetak rompak dan yang sewaktu dengannya adalah dilarang.


---

7. Hantarkan message anda dalam format plain text sahaja supaya semua pelanggan yang lain boleh membaca message anda. Lawat laman


---

8. Mailing list ini melarang sebarang bentuk Attachment. Sebaiknya attachment tersebut diletakkan di mana-mana ruang web percuma dalam internet dan postkan url attachment tersebut sahaja ke dalam mailing list.


AMARAN : Jangan sesekali jalankan mana-mana fail yang dihantar melalui e-mail. Dunia-Digital tidak membenarkan fail dihantar melaluinya.


---

9. Jagalah sopan-santun dalam tulisan anda. Ingatlah tulisan anda akan dibaca oleh semua orang termasuk majikan anda sekarang atau di masa akan datang.

Kebanyakkan mailing list diarkibkan dan diletakkan ditempat dimana semua orang dapat melihatnya. Email ini juga akan dibaca oleh sahabat-sahabat yang tidak satu agama dan fahaman. Hormati fahaman mereka.

Contoh simpanan e-mail


---

10. Jangan gunakan huruf besar. Seperti halnya dalam surat khabar, penggunaan huruf besar yang berlebihan tidak sedap dilihat. Dalam internet pula penggunaan huruf besar membawa maksud "berteriak".

---

11. E-mail mestilah mempunyai tajuk yang bersesuaian dengan maksud penghantaran.

---

12. Jika anda ingin menyertakan signature pastikan ianya tidak melebihi dari 4 baris. Ingatlah ramai orang membayar sambungan internet berdasarkan minit. Lagi panjang message anda lagi banyak mereka bayar.

---

13. Ini Adalah Mailing List Berkaitan KOMPUTER, INTERNET dan Teknologi Infomasi. E-mail tentang politik dan perkembangan semasa hantarkan ke tempat yang sesuai seperti  hizbi.net.


Dalam Yahoogroups


diskusi Linux


---

14. Cadangan sambungan laman untuk dilawati

Forum Ittutor.net


Malaysia Open Source Developers' Club


---

15. Mailing list ini tidak dimoderator. Bagaimanapun list moderator berhak menarik balik kebenaran membuat posting (ban) mana-mana user yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan tanpa perlu memberi sebarang peringatan kepada user terbabit.

---

16.Jika anda TIDAK mahu melanggan Dunia-Digital tetapi masih mendapat e-mail daripada Yahoogroups.

Yahoogroups memerlukan anda mengesahkan alamat email anda di http://groups.yahoo.com/

Anda perlu daftarkan diri anda sebagai ahli Yahoo dan kemudian cari alamat email yang anda gunakan dalam menerima email daripada Yahoogroups.

Sama ada anda mahu berhenti atau untuk menyambung semula langganan, pastikan anda mengesahkan alamat email anda.

---

Privacy Statement

1. We never rent, sell, or otherwise make available our subscriber lists to any third party. We respect your privacy as a subscriber of this mailing list.

---

Ringkasan :

Untuk menghantar message: dunia-digital@yahoogroups.com

Untuk melanggan list ini (biasa) :  dunia-digital-subscribe@yahoogroups.com


Untuk berhenti dari list: dunia-digital-unsubscribe@yahoogroups.com

Untuk melihat etika internet dalam bahasa inggeris sila ke laman  Sally Hambridge di 


Untuk melihat etika internet dalam bahasa indonesia sila email  ke autorespon netiket@indoglobal.com

Perbincangan melalui Web - Bahagian Komputer


Versi 2.2 7 Jun 2001
versi 3.0 22 Nov 2002
Versi 3.1 17 Aug 2003
Versi 3.2 01JAN04
Versi 4.0 1 Dis 2009

-------------

Dokumen asal diambil daripada dokumen pemilik 2D yang lalu.

http://hammer.prohosting.com/~infolink/

Terima kasih untuk sahabat-sahabat disana, daripada mereka wujudlah Dunia-Digital.

Perkhidmatan Email Yang Baik dan Selamat Bahagian Satu

11 Januari 2009 | Label: , , , , | |


Perkhidmatan Email Yang Baik dan Selamat Bahagian Satu

Email kini menjadi alamat komunikasi penting bagi organisasi sama ada kerajaan dan pihak swasta. Kepentingan email memerlukan email perlu sampai dengan cepat dan tidak berlaku kehilangan email.

Sistem email pada awal pembangunannya tidak dibina bagi tujuan komunikasi seperti apa yang digunakan sekarang. Ia dibina bagi penyampaian mesej dalam bentuk tulisan dan dalam saiz yang kecil. Perkembangan Internet membuatkan keperluan email lebih daripada apa tujuan sebenar ia dibangunkan. Ini menyebabkan sistem email mencecah had kapasiti dan kemampuannya.

"Email adalah bertujuan untuk komunikasi ringkas dan mudah". Itulah asal ianya dibina.

Keperluan email hari ini bukan sahaja bagi tujuan penghantaran dalam bentuk tulisan text malah fail-fail dokumen dan grafik yang saiz semakin besar turut dihantar. Ia sebenarnya telah memberi tekanan kepada rangkaian sistem email secara keseluruhan.

Dengan kapasiti cakera keras membuat ruang penggunaan email boleh dibesarkan dan semakin ramai yang menggunakan email bukan sekadar untuk menghantar email, malah ia menjadi ruang simpanan fail-fail dan melangkau sifat email itu sendiri.


(A) Dalam memastikan komunikasi email berjalan dengan baik, kefahaman teknologi email ada hadnya perlu difahami dan disampaikan kepada pengguna email. Antaranya :-

*** Saiz Yang Terhad ***

(A.1) Saiz penghantaran perlulah terhad. Miskipun dengan penambahan kelajuan rangkaian Internet sedia ada dan pentambahan ruang cakera keras, saiz yang boleh dihantar masih perlu dihadkan. Semakin ramai dihantar kepada (To: atau CC: atau Bcc:) dalam email, semakin banyak ruang cakera keras dan jalur lebar Internet diperlukan bagi penghantaran.

Sebagai contoh email dengan fail sebesar 10MB kepada 10 pengguna adalah bersamaan 100MB ruang cakera keras dan 100MB jumlah jalur lebar adalah diperlukan untuk penghantaran.

Projek Dbmail http://www.dbmail.org/ dengan versi pembangunan 2.3 sedang membangunkan fungsi agar data yang sama untuk lebih seorang pengguna disimpan hanya setempat. Versi stabil Dbmail 2.4 jangkaan akan dikeluarkan pada penggal ke dua 2009.

Satu lagi cara untuk mengatasi masalah penghantaran email dengan fail saiz besar adalah dengan mewujudkan laman web muat turun fail. Dengan laman web ini pengguna hanya perlu menghantar sambungan laman (link) kepada fail yang mahu dikongsikan dalam email.

Perisian Email melalui Web, Horde Groupware Email Edition http://www.horde.org/ mempunyai ciri-ciri tersebut. Ciri ini dipanggil "Inline Attachement".

Portal atau Content Management Software seperti Jomlaa, Drupal dan pelbagai lagi boleh dibentuk untuk tujuan penyimpanan fail dan sambungan laman boleh diemail.

Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) OSCC MAMPU sejak tahun 2007 telah menjadikan DBmail dan Horde IMP sebagai asas kepada pakej sistem email MyWorkSpace.

http://myworkspace.oscc.org.my/

Pengalaman projek ini turut dikongsikan di Internet melalui Songketmail.org http://www.songketmail.org/

Turut didapati urusan-urusan mengadakan mesyuarat di agensi-agensi kerajaan melibatkan penghantaran email-email yang mengandungi fail-fail sokongan. Perkara ini membebankan sistem email dan turut menambah beban pihak urus setia dalam pengurusan dan penyimpanan fail-fail.

Dicadangkan agar agensi-agensi kerajaan Malaysia menggunakan MyMeeting perisian pengurusan minit mesyuarat hasil MAMPU di laman web

http://mymeeting.oscc.org.my/

Minit-minit meeting dan dokumen boleh dibaca, dikemas kini dan dimuat turun melalui laman web.

*** Penghantaran Email Tidak Masa Benar ***

(A.2) Email tidak dibina untuk penghantaran pada masa benar atau dengan segera. Email dihantar bukan sahaja bergantung kepada sistem email penghantar malah ia juga bergantung kepada keadaan sistem email di pihak penerima. Sekiranya sistem email penerima dalam keadaan sibuk dan gagal membuat penerimaan maka email penghantar akan disimpan dalam "queue" dalam sistem email penghantar. Cubaan akan dibuat dalam turutan minit, kemudian jam dan kemudian hari sehingga maksimun 4 hari bergantung kepada konfigurasi sistem email masing-masing.

*** Kandungan Email Boleh Dibaca ***

(A.3) Email dihantar dalam bentuk Text. Fail yang dihantar bersama email akan ditukar dan dihantar dalam kod MIME, masih lagi boleh dibaca dan difahami. Ini bermaksud email boleh dibaca atau kandungannya boleh dilihat sepanjang perjalanan dan simpanan email. Pengguna harus diajar untuk membuat proses rawakan (encryption) bagi melindungi isi kandungan email daripada diketahui.

GnuPG dan Mozilla Thunderbird Enigma boleh digunakan.

GnuPG
http://www.gnupg.org/

Enigmail For Mozilla Thunderbird
http://www.mozilla-enigmail.org/

*** Sambungan Bahagian Dua sila rujuk http://groups.yahoo.com/group/haris/


Artikel sebelum ini

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi dalam satu komputer
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang
http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Kempen Hijau Tipswanita
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/12/kempen-hijau-tipswanita.html

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

6 Januari 2009

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Jadilah Hero Dengan Menderma Darah
http://untuklelaki.noorjannah.com/2009/01/jadilah-hero-dengan-menderma-darah.html

Menulis Untuk Jadi Kaya
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Email Sendiri Untuk Anda

14 Ogos 2008 | Label: | |


Email Sendiri Untuk Anda

Satu perkara penting bagi anda yang melayari Internet adalah memiliki alamat email. Email adalah kemudahan komunikasi yang penting bagi banyak perkara pada masa ini. Dengan email, komunikasi dan pengkongsian maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan cepat walaupun dimana jua anda berada melalui Internet.

Terdapat pelbagai kemudahan email percuma di Internet. Antaranya adalah Gmail.com http://www.gmail.com/ dan Yahoo.com http://www.yahoo.com/

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan email percuma hanya perlu lawat laman tersebut dan daftarkan diri anda. Anda hanya perlu memilih nama pengguna yang unik yang turut digunakan sebagai alamat email apabila anda menghantar email.

Apabila selesai mendaftar. Untuk tujuan penghantaran email, anda perlu tahu alamat email rakan-rakan anda dan menghantar email kepada mereka adalah mudah. Tekan compose, letakkan alamat email rakan dalam To: dan taipkan apa yang anda inginkan sampaikan dalam ruang Body: sekira ada apa-apa fail yang hendak dihantar sekalikan melalui fungsi Attachment

Email SPAM, junk email atau email sampah merupakan satu perkara yang perlu dihadapi oleh pengguna email. Langkah-langkah berjaga-jaga perlu dilakukan bagi memastikan masalah email sampah tidak serius dihadapi, Email sampah sukar untuk diatasi melainkan pengguna Internet semua memberikan kerja sama.

Apabila menerima email sampah dalam Inbox email anda jangan sesekali membacanya. Anda boleh mengenalinya melalui tajuk yang tidak sesuai dan alamat email yang pelik. Pengalaman menggunakan email akan mengajar anda mengenali email sampah.

Membaca email sampah membolehkan penghantar email sampah mengetahui bahawa email yang dihantar adalah kepada pengguna sebenar dan menambah lagi email spam yang hendak dihantar. Cara penghantar email sampah mengetahui adalah melalui imej kecil yang diletakkan dalam email yang menggunakan format HTML.

Adalah dicadangkan mempunyai dua alamat email. Satu alamat email adalah bagi tujuan pendaftaran dengan mana-mana laman atau untuk komunikasi umum dengan rakan-rakan. Satu lagi alamat email adalah khusus untuk komunikasi dengan individu yang penting bagi anda.

Tujuan pengasingan turut membantu dalam mengurangkan kesan email SPAM atau email sampah daripada masuk ke alamat email penting. Pendaftaran dimana-mana laman web selalu mendedahkan alamat email kepada email SPAM. Adalah perlu untuk memastikan email SPAM atau email sampah ini daripada masuk ke alamat email penting.

Bagi yang telah membeli nama domain. Satu lagi kemudahan yang disediakan oleh Google.com dapat memberikan anda kemudahan email bagi domain anda sendiri. Ini dapat dilakukan dengan kemudahan percuma yang disediakan oleh Google.com. Maklumat lanjut sila lawat

http://www.google.com/hosted

Anda digalakan mendapatkan domain anda sendiri.

Beli dengan Godaddy.com
http://cybermoney2u.blogspot.com/2008/06/godaddycom-affiliate-program.html

Nama Domain Perlu dimiliki oleh semua orang
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/nama-domain-perlu-dimiliki-oleh-semua.html

Penghantaran email adalah terdedah. Email boleh dibaca sama ada sewaktu dalam simpanan didalam server atau sewaktu penghantaran. Satu cara perlu dikenal pasti bagi memastikan penghantaran email adalah selamat daripada diintip. Disamping itu juga satu cara lagi kenal pasti penghantar perlu dibuat bagi memastikan email yang dihantar adalah daripada pihak penghantar yang sebenarnya.

GNUpg dan OpenSSL adalah dua kemudahan yang popular dan terbuka dalam menjanakan email yang tidak dapat diintip melalui cara encryption atau rawakan atau melalui identiti digital unik bagi setiap pengguna email.

Bagi mendapatkan sijil elektronik (digital cert) percuma bagi penggunaan dengan SSL

http://www.cacert.org/

Ikuti artikel lanjut mengenai melindungi penghantaran email yang selamat di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Artikel sebelum ini

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi dalam satu komputer
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang
http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Aplikasi Percuma dan Sumber Terbuka untuk Vista
http://www.harisfazillah.info/sumberterbukauntukmicrosoftvista

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

7 Ogos 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Iklankan perkhidmatan dan barangan anda di PutraOnline.com
http://directory.putraonline.com/

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular