Memaparkan catatan dengan label Persidangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Persidangan. Papar semua catatan

Jemputan Malaysia Open Source Conference 2012 (MOSC2012)

21 Jun 2012 | Label: , , , | |


Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2012 MOSC.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersama email ini dipanjangkan surat cadangan penyertaan Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2012 (MOSC2012) http://www.mosc.my/ untuk tindakan pihak Tuan / Puan, yang boleh dimuat turun di laman ini :-


Malaysia Open Source Developer’s Community (OSDC.my) dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan bangganya akan menganjurkan Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2012 atau Malaysia Open Source Conference 2012 (MOSC2012) buat tahun yang ke-4, yang akan diadakan dari 8 hingga 10 Julai 2012 di Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tema persidangan untuk MOSC2012 adalah "Enterprising Open Source". Tema ini adalah kesinambungan dari tema terdahulu iaitu “Open To Change”, “Making The Change” dan “Innovating The Change”. Tema tahun ini membolehkan peserta untuk berkongsi dan meneroka penyelesaian dan teknologi Sumber Terbuka yang digunakan dalam persekitaran berskala sederhana dan besar. MOSC2012 akan menjadi platfrom perkongsian pengetahuan yang mengandungi dua haluan perbincangan yang akan mewakili semua pihak yang terlibat dalam dunia Sumber Terbuka; iaitu pembangun perisian termasuk komuniti Sumber Terbuka, dan juga sektor perniagaan. Persidangan ini mensasarkan penyertaan daripada agensi kerajaan dan sektor perindustrian dan perniagaan. Ini adalah peluang yang amat baik untuk kami memperkenalkan keupayaan teknologi Sumber Terbuka kepada organisasi yang berkenaan.

Kami menjemput tuan/puan untuk menyertai lebih 500 pembangun perisian, perunding, pakar, dan pengguna perisian Sumber Terbuka yang akan membincangkan dalam lebih 30 sesi tentang topik-topik terkini Sumber Terbuka seperti Cloud Computing, Big Data, Big Storage, Software as a Service (SaaS), Infrastructure as a Service (IaaS), Platform as a Service (PaaS), Android and Mobile Computing, Sekuriti komputer, Java, Linux, PHP, Joomla dan sebagainya. Oleh itu, kami amat berharap tuan/puan dapat menyertai persidangan ini untuk berkongsi pengalaman dengan peserta dan pembentang berkenaan pembangunan Sumber Terbuka, sekaligus memberikan sokongan tuan/puan kepada komuniti dan pembangun perisian.

Kehadiran dan penyertaan tuan/puan didalam persidangan ini juga akan memberikan peluang untuk tuan/puan berinteraksi dengan komuniti dan pembangun perisian terbaik di rantau Asia Pasifik. Pendaftaran boleh dibuat di laman web http://www.mosc.my. Yuran penyertaan hanyalah RM599.00. Sekiranya tuan/puan memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi Puan Khairunnajah Abd Kadir di alamat emel khairunnajah@mosc.my atau melalui telefon di nombor +6012 631 8980.

Sekian, Terima Kasih.

Harisfazillah Jamel
Secretariat, OSDC Malaysia
harisfazillah@mosc.my

Sila lawat Facebook MOSC2012

Surat Jemputan Untuk Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2011 (MOSC2011)

08 Jun 2011 | Label: , , | |


Surat Jemputan Untuk Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2011 (MOSC2011)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersama email ini dipanjangkan surat jemputan untuk tindakan pihak Tuan / Puan.

Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2011 atau dengan ringkasnya MOSC2011 adalah acara tahunan anjuran Open Source Developers Club Malaysia (OSDC.my) dan tahun ini bersama dengan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia (AMDI-USM). Ia akan diadakan dari 3 hingga 5 Julai 2011 di Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Tema persidangan untuk tahun ini adalah “Innovating The Change".

MOSC2011 akan menjadi platfrom perkongsian pengetahuan yang mengandungi dua haluan perbincangan yang akan mewakili semua pihak yang terlibat dalam dunia Sumber Terbuka; iaitu pembangun perisian termasuk komuniti Sumber Terbuka, dan juga sektor perniagaan. Persidangan ini mensasarkan penyertaan daripada agensi kerajaan dan sektor perindustrian dan perniagaan, terutamanya dikawasan Utara Malaysia seperti K-Perak, Koridor Utara, Pusat Teknologi Pulau Pinang, Taman Teknologi Kulim dan sebagainya. Ini adalah peluang yang amat baik untuk kami memperkenalkan keupayaan teknologi Sumber Terbuka kepada organisasi yang berkenaan.

Sekiranya tuan/puan memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi En. Sharuzzaman Ahmat Raslan di alamat emel sharuzzaman@mosc.my atau melalui telefon di nombor 016 - 532 4867; atau Puan Khairunnajah Abd Kadir di alamat emel khairunnajah@mosc.my atau melalui telefon di nombor 012 - 631 8980.

Lawat laman rasmi MOSC2011


Sekian, Terima Kasih.

Harisfazillah Jamel

OSDC.my

8 Jun 2011

Untuk simpanan dan rujukan

Persidangan Sumber Terbuka MSC Malaysia 2009

06 Mei 2009 | Label: , | |


Persidangan Sumber Terbuka MSC Malaysia 2009

MSC Malaysia Open Source Conference 2009 (MSC Malaysia OSCONF 2009) adalah persidangan perisian sumber terbuka atau open source software (OSS) yang julung-julung kali diadakan di Malaysia.

MSC Malaysia OSCONF 2009 yang bertempat di Berjaya Times Square Hotel And Convention Center, Kuala Lumpur, Tkt 14, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Malaysia.

http://www.mscmalaysia.my/osconf

Persidangan 3 hari ini (1 Jun hingga 3 Jun 2009), dianjurkan oleh MSC Malaysia dan disokong oleh MAMPU dan MOSTI. MSC Malaysia OSCONF 2009. Persidangan ini turut disokong dan ditaja oleh syarikat-syarikat ICT yang terkemuka seperti MDeC, RedHat, Microsoft, Google, Novell, SUN, TMnet, AsiaeUniversity dan lain-lain.

MSC Malaysia OSCONF 2009 turut mendapat sokongan komuniti OSS Malaysia. MSC Malaysia OSCONF 2009, mengumpulkan ramai penceramah dalam dan luar negeri meliputi pelbagai tajuk dan bidang dalam ICT.

Google yang menggunakan Python dalam membangunkan "Cloud Computing" Google, Matthew Olander dari projek PCBSD dan FreeBSD, Gen Kanai dari Mozilla Corporation, komuniti-komuniti Ubuntu, Fedora, Open Solaris, OpenSuse dan pelbagai lagi, pasti menarik bagi kita mengenali sistem-sistem operasi matang dalam dunia OSS.

Bagi anda yang terlibat dalam dunia pembangunan perisian, penceramah-penceramah seperti Sara Falamaki, Redhuan D. Oon ketua projek Adempire ERP, Azril Nazli Alias Mamak Spot , Azrinsyah Mirza Asfian MIMOS dan ramai lagi mahu berkongsi ilmu dan pengalaman mereka.

OSS tidak lengkap tanpa sokongan daripada perisian-perisian sokongan yang lain. MSC Malaysia OSCONF 2009 ketengahkan penceramah-penceramah seperti Amir Haris Ahmad mengenai DNS, Mahmud Ab Rahman dari Cybersecurity, Nasrul Amri Samsuddin Facebook Connect dan ramai lagi.

*** Hari Hackathon ***

Bersempena MSC Malaysia OSCONF 2009 komuniti OSS Malaysia akan menganjurkan Hari Hackathon pada hari Ahad 31 Mei 2009. Ianya Bertempat di Berjaya Times Square Hotel And Convention Center, Kuala Lumpur, Tkt 14, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Malaysia.

Masuk adalah percuma untuk umum pada 31 Mei 2009. Jemputlah datang beramai-ramai.

Empat sesi serentak akan diadakan bagi memberi peluang kepada komuniti OSS Malaysia berkumpul dan menunjukkan projek OSS masing-masing.

Redhuan Daniel Ooi ketua projek Adempire ERP akan membawa sesi pembangunan Adempire cara OSS. Bagaimana dan apa yang hendak digunakan. Dalam sesi ini satu hackathon untuk menyediakan perisian pemasangan Adempire ERP dalam Windows akan dipertandingkan.

RedHat pula mempunyai satu sesi yang mereka mahu menjadikan ia satu kejutan.

Lamp2win adalah satu sesi bagi pertandingan membina satu modul OSS yang membolehkan perisian dalam OSS menggunakan MSSQL. Maklumat lanjut boleh dirujuk disini.

http://www.lamp2win.com/

Install Fest adalah usaha-usaha komuniti-komuniti Ubuntu, OpenSuse, Fedora, Open Solaris, PCBSD dan FreeBSD untuk memperkenalkan sistem operasi (OS) dalam OSS. Install Fest memerlukan anda yang berminat dengan mana-mana OS OSS membawa komputer masing-masing dan akan dipasang dengan mana-mana OS pilihan dengan bantuan pakar-pakar dalam komuniti-komuniti.

Malah, bagi pihak yang menghadapi masalah dengan penggunaan OS OSS boleh datang dan mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar.

Rakan-rakan dari MyCert, Cybersecurity pula mengadakan satu sesi bagi pihak yang berminat dalam keselamatan laman web. Ia adalah satu peluang kepada pembangun laman web untuk mempelajari bagaimana laman web dicerobohi dan cara melindunginya.

RSVP acara ini mendapatkan tempat. Ianya percuma namun tempat adalah terhad.
http://www.facebook.com/event.php?eid=92389938507

Jobstreet.com turut mempunyai sesi khusus bagi pekerjaan bidang ICT. Sama ada anda mencari pekerjaan, atau mahu mempelajari cara-cara menyediakan "resume" dan perbincangan mengenai pekerjaan ICT.

Hackathon Day 31 Mei 2009 adalah percuma untuk semua untuk masuk, maka jemputlah datang beramai-ramai.

Lawat laman rasmi MSC Malaysia OSCONF 2009

http://www.mscmalaysia.my/osconf

Sertai MSC Malaysia OSCONF 2009 di Facebook
http://www.facebook.com/group.php?gid=78169245399


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular