Memaparkan catatan dengan label Linux. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Linux. Papar semua catatan

Perkara Anda Boleh Buat Untuk Ubuntu Malaysia LoCo Team

27 Oktober 2011 | Label: , , , , | |



Bagi anda yang minati sistem operasi Linux Ubuntu atau menggunakan ia, diharapkan dapat menyokong kami Ubuntu Malaysia LoCo Team dengan pelbagai sumbangan yang anda boleh sumbangkan. Sumbangan seperti menyertai Facebook group, Mailing list, Lunchpad dan daftarkan diri di forum rasmi Ubuntu Malaysia LoCo Team, dapat menunjukkan kekuatan sokongan peminat dan pengguna Linux Ubuntu di Malaysia.


(Langkah 1)

Ubuntu Malaysia LoCo Team adalah aktif di Facebook Group yang anda boleh menyertai ia melalui jalinan Facebook ini


Sertai kami di Facebook dan aktifkan diri bertanya dan memberikan komen dan pandangan anda tentang Ubuntu.


(Langkah 2)

Adalah menjadi satu perkara yang mesti bagi ahli-ahli dalam Ubuntu Malaysia LoCo Team mendaftarkan diri di Launchpad https://launchpad.net/ dan kemudian tanda tangan secara elektronik (gunupg) Code Of Conduct atau COC. Selepas mendaftarkan diri di Launchpad, kemas kini profil anda berada di dalam profil anda terdapat bahagian "Signed Ubuntu Code of Conduct:", klik dan ikut langkah-langkah yang diarahkan.

Contoh profil yang anda boleh rujuk adalah :-



(Langkah 3)

Setelah mendaftarkan diri di Launchpad sila sertai Ubuntu Malaysia LoCo Team rasmi di Launchpad melalui jalinan ini


Sila sertai terus kumpulan kami diatas sebaik sahaja mendaftar dengan Launchpad. Tidak perlu menunggu anda tanda tangan COC. Satu lagi kumpulan mesti bagi anda sertai adalah "ms-translators team" iaitu kumpulan terjemahan Ubuntu ke Bahasa Melayu. Sila dampingi mereka di



(Langkah 4)

Untuk penyertaan yang lain, diharapkan anda dapat menyertai senarai email Ubuntu Malaysia LoCo Team di


dam forum perbincangan di Internet

http://forums.ubuntu.com.my/


Ubuntu Malaysia LoCo Team begitu mengalu-alukan penyertaan dan sumbangan anda dalam komuniti kami ini.


Sekian, terima kasih.


Harisfazillah Jamel aka LinuxMalaysia


27 Okt 2011


Rujukan tambahan :-


1) Wiki page for Ubuntu Malaysia LoCo re-approval


Ubuntu Malaysia LoCo Team

Virtualization Gabungkan Pelbagai OS dalam Satu Perkakasan Komputer

24 Jun 2008 | Label: , , | |


Virtualization Gabungkan Pelbagai OS dalam Satu Perkakasan Komputer

Virtualization adalah satu terma yang digunakan bagi mengambarkan cara untuk kongsikan penggunaan satu perkakasan komputer dengan lebih daripada satu sistem operasi.

Ia boleh digambarkan seperti menjalankan Windows dan Linux serentak dalam satu perkakasan malah lebih daripada satu sistem operasi bergantung kepada kapasiti perkakasan komputer.

http://en.wikipedia.org/wiki/Virtualization

Jika dahulu Virtualization digunakan dalam perkakasan mahal dan berkuasa tinggi dalam dalam sistem operasi yang mahal, kini Virtualization boleh digunakan dalam perkakasan dengan harga lebih murah.

Kemajuan teknologi perkakasan komputer yang semakin laju dan murah untuk dibeli membolehkan teknologi ini berkembang dengan perkakasan-perkakasan komputer peribadi.

pelbagai Aplikasi Virtualization kini semakin matang untuk menjalankan aplikasi-aplikasi penting. Antara aplikasi Virtualization.

Xen hypervisor
http://xen.org/

Aplikasi Virtualization dalam dunia aplikasi sumber terbuka. Yang disokong oleh pelbagai vendor besar Linux antaranya RedHat dan Novell.

VirtualBox
http://www.virtualbox.org/

Dibina khusus untuk perkakasan x86 kemudian ia dibeli oleh Syarikat Sun Microsystems. VirtualBox sesuai untuk pengguna komputer peribadi yang mahu mencuba Virtualization.

OpenVZ
http://wiki.openvz.org/Main_Page

Bagi pengguna sistem operasi Linux. OpenVZ adalah antara pilihan yang bersesuaian.

Bincangkan teknologi Virtualization ini di

Sertai Groups untuk artikel komputer dan Internet
http://groups.google.com/group/hafnie

OSCC MAMPU Knowledge Bank
http://knowledge.oscc.org.my/

Dapatkan email-email tentang komputer dan Internet
http://groups.yahoo.com/group/haris/join

Wassalam.

Harisfazillah Jamel
http://blog.harisfazillah.info/

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini
dipasaran...

24 Jun 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...


This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.


Buat duit di Internet
http://cybermoney2u.blogspot.com/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular