Memaparkan catatan dengan label OSCC MAMPU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OSCC MAMPU. Papar semua catatan

Semua Agensi Kerajaan Akan Laksana Perisian Sumber Terbuka

25 April 2009 | Label: , , , , | |


Semua Agensi Kerajaan Akan Laksana Perisian Sumber Terbuka

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) menjangka semua agensi kerajaan akan melaksanakan perisian sumber terbuka (OSS) menjelang akhir tahun depan.

Sehingga kini sebanyak 462 agensi daripada 720 agensi telah melaksanakan OSS, yang berjaya memberikan penjimatan lebih RM47 juta, kata timbalan pengarah bahagian perancangan dan dasar ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) Mampu, Tan King Ing.

"Kami telah memanfaatkan model pembangunan OSS untuk pembangunan pantas produk pada kos yang lebih rendah dengan menggunakan penyelesaian sedia ada," kata beliau pada taklimat media di sini Khamis.

Lapan produk OSS telah dibangunkan untuk kegunaan semua agensi sektor awam, katanya kepada pemberita.

Untuk terus menyumbang kepada industri, Mampu dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Sumber Terbuka Malaysia MSC 2009 mulai 31 Mei hingg 3 Jun ini.

Persidangan yang disasarkan kepada eksekutif perniagaan, pembangun teknologi dan komuniti sumber terbuka, dijangka menarik kira-kira 1,000 peserta tempatan dan luar negara, kata naib presiden MDeC Saifol Shamlan.

Bertemakan "Open to Change", persidangan itu bertujuan untuk menyediakan pendedahan dan pengetahuan mengenai kepentingan sumber terbuka dalam meningkatkan daya saing dengan kos pemilikan yang lebih rendah, kata Saifol.

"Persidangan ini akan menyediakan platform untuk para peserta berinteraksi secara aktif, berkongsi dan bertukar-tukar pandangan mereka serta perkakasan mengenai trend serta isu terkini," katanya.

Antara penceramahnya ialah wakil dari Mozilla, Google, Microsoft, Linux, Red Hat, Sun Microsystems, Extol, Ubuntu-my, Krimmet, Hack In The Box dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Saifol berkata industri OSS menunjukkan trend positif dan kekal bingkas walaupun dalam krisis ekonomi global.

"Kami mahu industri berdaya maju dan berkembang," katanya, sambil menambah bahawa kira-kira empat peratus daripada syarikat Malaysia berstatus MSC kini dalam perniagaan OSS.

-- BERNAMA

MSC Malaysia Open Source Conference 2009

Daripada Bernama

MyGIFOSS The Malaysian Government Interoperability Framework For Open Source Software

22 Mac 2009 | Label: , | |


MyGIFOSS adalah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh OSCC MAMPU bagi menjadi panduan kepada agensi-agensi kerajaan Malaysia dalam pelaksanaan perisian sumber terbuka atau Open Source Software (OSS). Dengan dokumen ini ia membolehkan agensi-agensi kerajaan Malaysia mengenal pasti perisian yang sesuai dan merancang pelaksanaan.

Maklumat dan muat turun

Perkhidmatan Email Yang Baik dan Selamat Bahagian Satu

11 Januari 2009 | Label: , , , , | |


Perkhidmatan Email Yang Baik dan Selamat Bahagian Satu

Email kini menjadi alamat komunikasi penting bagi organisasi sama ada kerajaan dan pihak swasta. Kepentingan email memerlukan email perlu sampai dengan cepat dan tidak berlaku kehilangan email.

Sistem email pada awal pembangunannya tidak dibina bagi tujuan komunikasi seperti apa yang digunakan sekarang. Ia dibina bagi penyampaian mesej dalam bentuk tulisan dan dalam saiz yang kecil. Perkembangan Internet membuatkan keperluan email lebih daripada apa tujuan sebenar ia dibangunkan. Ini menyebabkan sistem email mencecah had kapasiti dan kemampuannya.

"Email adalah bertujuan untuk komunikasi ringkas dan mudah". Itulah asal ianya dibina.

Keperluan email hari ini bukan sahaja bagi tujuan penghantaran dalam bentuk tulisan text malah fail-fail dokumen dan grafik yang saiz semakin besar turut dihantar. Ia sebenarnya telah memberi tekanan kepada rangkaian sistem email secara keseluruhan.

Dengan kapasiti cakera keras membuat ruang penggunaan email boleh dibesarkan dan semakin ramai yang menggunakan email bukan sekadar untuk menghantar email, malah ia menjadi ruang simpanan fail-fail dan melangkau sifat email itu sendiri.


(A) Dalam memastikan komunikasi email berjalan dengan baik, kefahaman teknologi email ada hadnya perlu difahami dan disampaikan kepada pengguna email. Antaranya :-

*** Saiz Yang Terhad ***

(A.1) Saiz penghantaran perlulah terhad. Miskipun dengan penambahan kelajuan rangkaian Internet sedia ada dan pentambahan ruang cakera keras, saiz yang boleh dihantar masih perlu dihadkan. Semakin ramai dihantar kepada (To: atau CC: atau Bcc:) dalam email, semakin banyak ruang cakera keras dan jalur lebar Internet diperlukan bagi penghantaran.

Sebagai contoh email dengan fail sebesar 10MB kepada 10 pengguna adalah bersamaan 100MB ruang cakera keras dan 100MB jumlah jalur lebar adalah diperlukan untuk penghantaran.

Projek Dbmail http://www.dbmail.org/ dengan versi pembangunan 2.3 sedang membangunkan fungsi agar data yang sama untuk lebih seorang pengguna disimpan hanya setempat. Versi stabil Dbmail 2.4 jangkaan akan dikeluarkan pada penggal ke dua 2009.

Satu lagi cara untuk mengatasi masalah penghantaran email dengan fail saiz besar adalah dengan mewujudkan laman web muat turun fail. Dengan laman web ini pengguna hanya perlu menghantar sambungan laman (link) kepada fail yang mahu dikongsikan dalam email.

Perisian Email melalui Web, Horde Groupware Email Edition http://www.horde.org/ mempunyai ciri-ciri tersebut. Ciri ini dipanggil "Inline Attachement".

Portal atau Content Management Software seperti Jomlaa, Drupal dan pelbagai lagi boleh dibentuk untuk tujuan penyimpanan fail dan sambungan laman boleh diemail.

Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) OSCC MAMPU sejak tahun 2007 telah menjadikan DBmail dan Horde IMP sebagai asas kepada pakej sistem email MyWorkSpace.

http://myworkspace.oscc.org.my/

Pengalaman projek ini turut dikongsikan di Internet melalui Songketmail.org http://www.songketmail.org/

Turut didapati urusan-urusan mengadakan mesyuarat di agensi-agensi kerajaan melibatkan penghantaran email-email yang mengandungi fail-fail sokongan. Perkara ini membebankan sistem email dan turut menambah beban pihak urus setia dalam pengurusan dan penyimpanan fail-fail.

Dicadangkan agar agensi-agensi kerajaan Malaysia menggunakan MyMeeting perisian pengurusan minit mesyuarat hasil MAMPU di laman web

http://mymeeting.oscc.org.my/

Minit-minit meeting dan dokumen boleh dibaca, dikemas kini dan dimuat turun melalui laman web.

*** Penghantaran Email Tidak Masa Benar ***

(A.2) Email tidak dibina untuk penghantaran pada masa benar atau dengan segera. Email dihantar bukan sahaja bergantung kepada sistem email penghantar malah ia juga bergantung kepada keadaan sistem email di pihak penerima. Sekiranya sistem email penerima dalam keadaan sibuk dan gagal membuat penerimaan maka email penghantar akan disimpan dalam "queue" dalam sistem email penghantar. Cubaan akan dibuat dalam turutan minit, kemudian jam dan kemudian hari sehingga maksimun 4 hari bergantung kepada konfigurasi sistem email masing-masing.

*** Kandungan Email Boleh Dibaca ***

(A.3) Email dihantar dalam bentuk Text. Fail yang dihantar bersama email akan ditukar dan dihantar dalam kod MIME, masih lagi boleh dibaca dan difahami. Ini bermaksud email boleh dibaca atau kandungannya boleh dilihat sepanjang perjalanan dan simpanan email. Pengguna harus diajar untuk membuat proses rawakan (encryption) bagi melindungi isi kandungan email daripada diketahui.

GnuPG dan Mozilla Thunderbird Enigma boleh digunakan.

GnuPG
http://www.gnupg.org/

Enigmail For Mozilla Thunderbird
http://www.mozilla-enigmail.org/

*** Sambungan Bahagian Dua sila rujuk http://groups.yahoo.com/group/haris/


Artikel sebelum ini

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi dalam satu komputer
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang
http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Kempen Hijau Tipswanita
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/12/kempen-hijau-tipswanita.html

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

6 Januari 2009

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Jadilah Hero Dengan Menderma Darah
http://untuklelaki.noorjannah.com/2009/01/jadilah-hero-dengan-menderma-darah.html

Menulis Untuk Jadi Kaya
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Kemerdekaan dan Perisian Sumber Terbuka (OSS)

18 Ogos 2008 | Label: , | |


Kemerdekaan dan Perisian Sumber Terbuka (OSS)

Tahun 2008 Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 51. Telah 51 tahun Malaysia membebaskan dirinya daripada pelbagai bentuk penjajahan bermula daripada penjajahan politik dan pentadbiran negara dan kemudiannya ekonomi.

Malaysia berjaya berdiri atas kaki sendiri dan makin yakin terhadap diri kita sendiri.

Dunia ICT kini menjadi peneraju utama dalam ekonomi dunia. Kemajuan yang pesat dan perkembangan teknologi ICT telah mewujudkan satu keadaan kita terlalu bergantung kepada teknologi ICT untuk setiap perkara dalam kehidupan manusia.

Komputer, Internet dan perisian kini menjadi keperluan utama kepada setiap kegiatan manusia. Dimana-mana boleh dilihat komputer digunakan dan hampir 90 peratus dipasang dengan sistem operasi Windows syarikat Microsoft Amerika Syarikat.

Keadaan ini membolehkan syarikat-syarikat besar dalam ICT mewujudkan satu keadaan monopoli. Kita seperti tiada pilihan. Tiada pilihan sehingga dianggap menggunakan perisian tanpa membayar lesen merupakan satu kesalahan jenayah.

Kita sebagai pengguna dan juga kerajaan dipaksa untuk membayar harga pelesenan mencecah berjuta-juta ringgit Malaysia.

Berjuta-juta ringgit yang pengguna komputer Malaysia dan kerajaan Malaysia bayar untuk bayaran perlesenan, hanya mengalir keluar daripada negara Malaysia. Tiada kesan atau faedah yang jelas terhadap kita rakyat Malaysia. Semuanya hanya harga diatas kertas.

Bayangkan sekiranya pembayaran perlesenan dialirkan kepada industri ICT Malaysia, ia boleh menjanakan pelbagai peluang dan tindakan yang boleh menghasilkan pelbagai kesan positif terhadap industri ICT Malaysia.

Bayangkan duit harga perlesenan dialirkan dalam negara boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dan kembangkan kemajuan ICT negara Malaysia.

Bayangkan duit harga perlesenan dialirkan dalam negara boleh digunakan untuk latihan tenaga manusia agar lahir pakar-pakar ICT.

Bayangkan duit harga perlesenan dialirkan dalam negara boleh digunakan untuk mendapatkan sokongan teknikal dan perkhidmatan dalam negara.

Perkara-perkara diatas membolehkan Malaysia tidak terlalu bergantung kepada syarikat-syarikat ICT negara luar dan aliran keluar ringgit Malaysia dapat dikurangkan. Adalah baik duit tersebut digunakan untuk pembangunan sumber manusia bidang ICT yang membolehkan Malaysia bersaing dengan lebih baik lagi.

Malah ada usaha untuk meningkatkan harga perlesenan tanpa memikirkan akibat kepada perbelanjaan kerajaan Malaysia. Kos perlesenan dinaikkan semata-mata untuk keuntungan tanpa rasa perlu ambil berat terhadap keperluan negara Malaysia. Ini adalah kerana syarikat-syarikat ICT ini bukanlah berasal daripada Malaysia.

Penjajahan bentuk baru. Menekan sesebuah negara dengan bayaran perlesenan.

Kita perlu merdekakan diri kita daripada penjajahan ICT ...

Open Source Software (OSS) atau Perisian sumber terbuka mewujudkan satu lagi pilihan kepada Malaysia. Perlesenan bagi perisian sumber terbuka (OSS) adalah percuma. Ia boleh dimiliki tanpa perlu membayar apa-apa kos perlesenan.

Perisian sumber terbuka (OSS) bukan sekadar percuma daripada segi harga perlesenan. Free dalam maksud OSS, bermaksud perisian sumber terbuka, boleh dimuat turun sebanyak mana pun, boleh disalin sebanyak mana pun, boleh dipasang sebanyak mana pun dan boleh disebarkan semula sebanyak mana pun, tanpa sekatan perlesenan.

Lagi membezakan perisian sumber terbuka (OSS) dengan yang lain adalah kod sumber, iaitu bagaimana ia dibangunkan, boleh didapati dan disebarkan. Malah perlesenan sumber terbuka, membolehkan kod-kod sumber tersebut diubah dan dibaiki oleh mana-mana individu dan pihak, dengan syarat perubahan yang dilakukan dikongsikan semula kepada pembangun perisian sumber terbuka (OSS) dan orang ramai dan mengekalkan bentuk asal perlesenan.

Perisian Sumber Terbuka (OSS) mewujudkan keadaan budaya pembangunan yang berlainan daripada cara-cara sebelum ini. Pembangunan perisian sumber terbuka (OSS) boleh dilakukan secara bersama, melalui Internet tanpa perlu para pembangunnya duduk dalam satu tempat. Ia turut mewujudkan apa yang dikatakan usaha gotong royong, kerja sama antara para pembangun perisian daripada pelbagai pelusuk dunia saling menyumbang menghasilkan perisian sumber terbuka (OSS).

Gotong royong ini membolehkan perisian sumber terbuka (OSS) dibangunkan menggunakan hasil pengalaman dan pengetahuan pakar-pakar serata dunia, mewujudkan kawalan mutu yang tinggi dan sistem pertolongan dalam talian dalam pelbagai cara komunikasi Internet sama ada Email, IRC, Forum, blog dan pelbagai lagi.

Kekuatan gotong royong ini menghasilkan sistem operasi Linux, Desktop Gnome dan KDE dan OpenOffice.org yang mampu malah telah menggugatkan pelbagai perisian lesen berbayar.

Keterangan lanjut mengenai Open Source Software di http://www.opensource.org/

Pada 19 Jun 2002, Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk menggalakkan penggunaan aplikasi sumber terbuka (OSS) dalam sektor awam. The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri telah dimandatkan untuk mengetuai dan melaksanakan OSS dalam sektor awam.

Pada 16 Julai 2004, Malaysian Public Sektor OSS Master Plan (OSS Master Plan) telah dikeluarkan sejajar dengan pelancaran Open Source Competency Centre (OSCC) MAMPU.

Baca lanjut mengenai OSS Master Plan dan OSCC MAMPU di

http://opensource.mampu.gov.my/
http://www.oscc.org.my/

Sama ada pihak kerajaan atau rakyat Malaysia, kita perlu mempunyai pilihan dan pilihan itu adalah perisian sumber terbuka (OSS). Pilihan-pilihan dalam industri ICT akan memastikan kita tidak dijajah melalui kuasa monopoli ekonomi dan teknologi.

Kita bukan sahaja hanya menggunakan perisian sumber terbuka (OSS), malah kita perlu budayakan cara pembangunan OSS dalam dunia ICT Malaysia. Sama-sama gotong royong membangunkan perisian sumber terbuka (OSS) sama ada oleh kita dan untuk kita. Atau sama-sama menyumbang dengan masyarakat antarabangsa, menaikkan nama Malaysia di mata dunia dalam bidang ICT dan perisian sumber terbuka (OSS).

Anda boleh mula menyumbang dengan menyertai dan menyumbang di Knowledge Bank OSCC MAMPU

http://knowledge.oscc.org.my/

OSCC MAMPU turut keluarkan perisian Mymeeting dengan perlesenan OSS. Ini membolehkan orang ramai terlibat dalam pembangunan perisian MyMeeting. Sila lawat laman web

http://knowledge.oscc.org.my/solution-areas/application/mymeeting

Kita perlu merdeka daripada penjajahan ICT.

Senarai aplikasi OSS yang boleh digunakan

http://linuxwanita.blogspot.com/

Artikel sebelum ini

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Aplikasi Percuma dan Sumber Terbuka untuk Vista
http://www.harisfazillah.info/sumberterbukauntukmicrosoftvista

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/ atau email kepada

haris-subscribe@yahoogroups.com

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

18 Ogos 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

http://www.tipswanita.com/Computers/Kemerdekaan_dan_Perisian_Sumber_Terbuka_OSS/

Malaysian Public Sector Open Source competency Centre OSCC MAMPU

08 Ogos 2008 | Label: , , , | |


Malaysian Public Sector Open Source competency Centre OSCC MAMPU

Open Source competency Centre, OSCC MAMPU Malaysia adalah yang pertama dan pusat rujukan utama bagi rujukan, sokongan dan panduan dalam pelaksanaan Open Source Software (OSS) bagi sektor awam Malaysia. Sebagai peneraju utama OSS bagi sektor awam Malaysia, OSCC MAMPU memainkan peranan penting dalam memastikan perkembangan penggunaan OSS yang berterusan dan berpanjangan dalam sektor awam Malaysia.

OSCC MAMPU adalah hasil daripada satu keputusan kabinet kerajaan Malaysia yang diputuskan pada 19 Jun 2002 yang mahu mengalakkan penggunaan OSS dalam sektor awam. 16 Julai 2004 adalah pelancaran Pelan Utama OSS Sektor Awam Malayia, bersamaan dengan perasmian OSCC MAMPU di Cyberjaya Malaysia.

Laman rasmi OSCC MAMPU boleh dicapai melalui

http://www.oscc.org.my/
http://opensource.mampu.gov.my/

Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh OSCC MAMPU :-

(1) Knowledge Bank

Knowledge Bank adalah perpustakaan elektronik utama kepada pelbagai rujukan, panduan dan berita yang berkaitan dengan OSS dan menjadi tempat bagi tujuan pengkongsian ilmu dan kerjasama antara agensi-agensi, pihak swasta dan umum.

Lawat sendiri Knowledge Bank OSCC MAMPU di

http://knowledge.oscc.org.my/

(2) Aktiviti Promosi dan Penerangan

aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan promosi dan penerangan adalah antara perkara utama dalam memastikan kejayaan pelaksanaan OSS. Timbulnya kesedaran yang meluas akan membantu dan meneruskan usaha OSCC MAMPU agar pelaksanaan OSS terus berjalan dan berkembang dengan sendirinya.

(3) Latihan dan Pensijilan

Latihan dan pensijilan bagi OSS untuk perkhidmatan awam Malaysia adalah diselaraskan dan disediakan oleh OSCC MAMPU. Dengan latihan dan pensijilan ia mampu menghasilkan kepakaran dalam kerajaan Malaysia sendiri bagi menjayakan penggunaan OSS dalam agensi-agensi kerajaan Malaysia.

(4) Sokongan Teknikal

Untuk memastikan kejayaan pelaksanaan OSS, khidmat sokongan teknikal OSS untuk agensi-agensi disediakan melalui Helpdesk OSCC MAMPU. Helpdesk OSCC MAMPU boleh dihubungi melalui talian 03-83191201 atau email kepada contact @ oscc . org . my

Utarakan sebarang masalah berkaitan pelaksanaan OSS melalui talian dan email diatas.

(5) Penyelidikan dan Pembangunan

R&D OSCC MAMPU bertanggung jawab untuk mengenal pasti aplikasi OSS yang sesuai diguna pakai oleh agensi-agensi kerajaan Malaysia. Aplikasi-aplikasi OSS yang telah pasti akan dikemaskan dan dipakej semula bagi memudahkan pelaksanaan, penyebaran dan konfigurasi yang bersesuaian dengan penggunaan agensi-agensi dalam kerajaan Malaysia.

Antara-antara pakej-pakej atau produk yang telah disediakan oleh OSCC MAMPU

MySpamGuard - Gabungan aplikasi OSS seperti MailScanner, Spamassassin, Clamav dan Mailwatch bagi tujuan penapisan email sampah dan virus.

http://myspamguard.oscc.org.my/

MyNetWatch - Gabungan aplikasi OSS seperti Nagios dan NagiosQL bagi tujuan membantu pentadbiran sistem rangkaian LAN

http://mynetwatch.oscc.org.my/

MyWorkSpace - Gabungan aplikasi OSS seperti Horde IMP, Dbmail, Mysql dan Postfix bagi penyelesaian web email.

http://myworkspace.oscc.org.my/

MySurfGuard - Gabungan aplikasi OSS seperti Squid dan Dansguardian bagi tujuan penapisan capaian web Internet

http://mysurfguard.oscc.org.my/

Selain produk-produk OSCC MAMPU diatas, OSCC MAMPU melalui bahagian pembangunan aplikasi turut membangunkan aplikasi OSS kerajaan Malaysia.

MyMeeting iaitu aplikasi menguruskan keputusan-keputusan dan minit mesyuarat bagi penggunaan agensi-agensi kerajaan Malaysia.

http://mymeeting.oscc.org.my/

Kod-kod sumber MyMeeting turut diedarkan secara OSS melalui laman web Sourceforge.net

http://mymeeting.sourceforge.net/

Maklumat lanjut mengenai Open Source Competency Centre (OSCC) MAMPU boleh dicapai melalui laman web rasmi OSCC MAMPU.

http://www.oscc.org.my/

atau berhubung terus dengan OSCC MAMPU.

Open Source Competency Centre (OSCC) MAMPU
3rd Floor, APT E302-304, Enterprise Building 3,
Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya
Selangor, Malaysia.

tel: 603-83191200 Fax: 603-83193206
helpdesk: 603-83191201

----

Maklumat lanjut tentang Linux dan sumber terbuka OSS

Senarai aplikasi sumber terbuka untuk Windows
http://linuxwanita.blogspot.com/

http://blog.linuxdotmy.com/

http://linuxmalaysia.harisfazillah.info/

http://linuxdotmy.multiply.com/

Untuk masalah-masalah OSS yang mahu diselesaikan sendiri sila gunakan forum-forum berikut

http://knowledge.oscc.org.my/support

http://www.ittutor.net/

Senarai aplikasi OSS yang boleh digunakan dalam Windows

http://linuxwanita.blogspot.com/

Artikel sebelum ini

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang
http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Aplikasi Percuma dan Sumber Terbuka untuk Vista
http://www.harisfazillah.info/sumberterbukauntukmicrosoftvista

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

07 Ogos 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Iklankan perkhidmatan dan barangan anda di PutraOnline.com
http://directory.putraonline.com/

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular