Memaparkan catatan dengan label Nasihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasihat. Papar semua catatan

Semua Agensi Kerajaan Akan Laksana Perisian Sumber Terbuka

25 April 2009 | Label: , , , , | |


Semua Agensi Kerajaan Akan Laksana Perisian Sumber Terbuka

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) menjangka semua agensi kerajaan akan melaksanakan perisian sumber terbuka (OSS) menjelang akhir tahun depan.

Sehingga kini sebanyak 462 agensi daripada 720 agensi telah melaksanakan OSS, yang berjaya memberikan penjimatan lebih RM47 juta, kata timbalan pengarah bahagian perancangan dan dasar ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) Mampu, Tan King Ing.

"Kami telah memanfaatkan model pembangunan OSS untuk pembangunan pantas produk pada kos yang lebih rendah dengan menggunakan penyelesaian sedia ada," kata beliau pada taklimat media di sini Khamis.

Lapan produk OSS telah dibangunkan untuk kegunaan semua agensi sektor awam, katanya kepada pemberita.

Untuk terus menyumbang kepada industri, Mampu dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Sumber Terbuka Malaysia MSC 2009 mulai 31 Mei hingg 3 Jun ini.

Persidangan yang disasarkan kepada eksekutif perniagaan, pembangun teknologi dan komuniti sumber terbuka, dijangka menarik kira-kira 1,000 peserta tempatan dan luar negara, kata naib presiden MDeC Saifol Shamlan.

Bertemakan "Open to Change", persidangan itu bertujuan untuk menyediakan pendedahan dan pengetahuan mengenai kepentingan sumber terbuka dalam meningkatkan daya saing dengan kos pemilikan yang lebih rendah, kata Saifol.

"Persidangan ini akan menyediakan platform untuk para peserta berinteraksi secara aktif, berkongsi dan bertukar-tukar pandangan mereka serta perkakasan mengenai trend serta isu terkini," katanya.

Antara penceramahnya ialah wakil dari Mozilla, Google, Microsoft, Linux, Red Hat, Sun Microsystems, Extol, Ubuntu-my, Krimmet, Hack In The Box dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Saifol berkata industri OSS menunjukkan trend positif dan kekal bingkas walaupun dalam krisis ekonomi global.

"Kami mahu industri berdaya maju dan berkembang," katanya, sambil menambah bahawa kira-kira empat peratus daripada syarikat Malaysia berstatus MSC kini dalam perniagaan OSS.

-- BERNAMA

MSC Malaysia Open Source Conference 2009

Daripada Bernama

Awas Penipuan Kad Kredit Melalui Telepon

12 April 2008 | Label: | |


Awas Penipuan Kad Kredit Melalui Telepon

Sekiranya anda menerima panggilan telepon daripada individu yang mengaku sebagai wakil syarikat kad kredit Visa dan Mastercard. Awas, ini adalah satu usaha mendapatkan maklumat kad kredit anda.

Jangan dedahkan apa-apa maklumat.

Syarikat kredit kad Mastercard dan Visa dan pihak Bank sendiri tidak akan membuat panggilan telepon dan email untuk mendapatkan maklumat.

Sekira ini berlaku, ini bermaksud nombor kad kredit anda mungkin telah diketahui. Langkah membuat panggilan telepon oleh pihak tidak bertanggung jawab ini adalah untuk lebih mendapatkan maklumat lanjut bagi tujuan memudahkan mereka membuat urusan pembelian terutamanya melalui Internet.

Untuk makluman, dengan hanya nombor kad kredit masih belum cukup membolehkan mana-mana pihak menggunakan kad kredit anda. Akan tetapi dengan mendedahkan tarikh luput (Valid Thru) atau (Expired Date) sudah cukup untuk membolehkan pihak tidak bertanggung jawab mempergunakan ia untuk membuat pembelian di Internet.

Jangan sesekali dedahkan Nama tertera di atas Kad, bank pengeluar, Tarikh luput kad dan nombor yang ditulis dibelakang. Jangan sesekali benarkan mana-mana pihak dapatkan semua maklumat ini sama ada melalui telepon ataupun email.

Yang paling penting jangan dedahkan Nombor dibelakang kad kredit anda. Nombor tersebut yang dipanggil Card Verification Value or Code (CVV or CVC). Nombor ini bagi tujuan pengesahan tanpa kehadiran pemilik kad. Jangan sesekali dedahkan.

http://en.wikipedia.org/wiki/Card_Security_Code

Sekira anda menerima panggilan sebegini, langkah yang boleh dilakukan.

(1) Cuba dapatkan maklumat pemanggil. nombor telepon, nama individu dan nombor daftar syarikat.

(2) Jangan dedahkan maklumat anda. And boleh palsukan bagi tujuan merosakkan data mereka. Contoh berikan nama bank berlainan, tarikh luput yang berlainan, no CVV yang berlainan.

(3) Segera laporkan kepada bank. Sila dapatkan maklumat tentang akaun anda dengan segera untuk sebarang masalah.

(4) Sampaikan email ini kepada orang ramai bagi mendedahkan wujudnya usaha penipuan ini.

Maklumat di Internet

http://www.snopes.com/crime/warnings/creditcard.asp


Sampaikan kepada rakan-rakan anda.


----

Buat duit di Internet
http://cybermoney2u.blogspot.com/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular