Memaparkan catatan dengan label events. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label events. Papar semua catatan

Jemputan Hari Keselamatan ICT - OWASP Day Malaysia 2011

04 September 2011 | Label: , , | |



OWASP Day Kuala Lumpur Malaysia 2011



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kami ingin menjemput anda untuk menyertai OWASP Day Malaysia 2011

Hari The Open Web Application Security Project 2011 atau dengan ringkasnya OWASP Day Malaysia 2011 adalah acara julung kali diadakan. Ia adalah anjuran bersama OWASP Malaysia dan Malaysian Institute of Information Technology (MIIT), Universiti Kuala Lumpur (UniKL-MIIT) dengan kerja sama Open Source Developers Community Malaysia (OSDC.my)

Ia akan diadakan dari 20 hingga 21 September 2011 di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web rasmi



OWASP Day Malaysia 2011 akan menjadi pentas perkongsian pengetahuan yang mengandungi perbincangan dua hala yang akan mewakili semua pihak yang terlibat dalam dunia keselamatan komputer. Iaitu pembangun perisian berasaskan web (web application), sektor swasta dan kerajaan.

Persidangan ini menyasarkan penyertaan daripada agensi kerajaan dan sektor perindustrian dan perniagaan, diseluruh negara terutama anda yang terlibat dalam keselamatan ICT. Ini adalah peluang yang amat baik untuk anda meningkatkan keupayaan teknologi keselamatan ICT kepada organisasi anda dan membina rangkaian hubungan kepakaran.

Senarai penuh penceramah-penceramah dan jadual terkini OWASP Day Malaysia 2011 boleh dirujuk di laman web


Pendaftaran dan bayaran penyertaan diuruskan oleh MIIT UNIKL


Sekiranya tuan/puan memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi Jawatan kuasa penganjur di alamat emel owaspday@osdc.my atau rujuk kepada laman web diatas untuk nombor telepon hubungan ahli jawatan kuasa.

Facebook Event Page OWASP Day Malaysia 2011




UniKL Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT)


OWASP Malaysia


The Open Web Application Security Project (OWASP)


OSDC.my


Sekian, Terima Kasih.

Harisfazillah Jamel

Bagi pihak penganjur OWASP Day Malaysia 2011

3 September 2011

Be An OWASP Member

OSDC.my Bersedia Untuk MSC OSCONF 2010

21 November 2009 | Label: , , | |


OSDC.my Bersedia Untuk MSC OSCONF 2010

MSC Malaysia sekali lagi merancang MSC Malaysia Open Source Conference 2010 (MSC OSCONF 2010). Untuk tahun 2010, penglibatan komuniti dan sukarelawan akan dipertingkatkan bagi menjadikan acara tahunan OSS ini adalah kepunyaan komuniti secara keseluruhan.

Perancangan dan jawatan kuasa telah dibentuk dan ia memerlukan pandangan dan cadangan daripada anda.

Sila sertai perbincangan di


atau melalui email kepada osdcmy-list+subscribe@googlegroups.com

Khusus untuk perbincangan tentang MSC OSCONF 2010 di Facebook.com



Antara yang ditelah dicadangkan dan dibincangkan

1) Menjadikan Jun 2010 sebagai Bulan OSS Malaysia
2) Mempelbagaikan tempat untuk persidangan yang setiap satu membawa tema masing-masing. Antara tema yang dicadangkan adalah :-

projek terjemahan, virtualization, keselamatan komputer dan developers

3) Summit kepada LinuxVarsiti http://www.linuxvarsiti.org.my/
4) Summit kepada Penguin Masuk Kampung http://penguinmasukkampung.org/
5) OSDC.my conference

OSDC.my

MSC Malaysia Open Source Conference 2009 pada bulan Jun yang lalu, telah mendapat sambutan yang baik dan ia telah memberikan pelbagai kesan baik kepada pelbagai sektor sama ada kerajaan, swasta dan komuniti Sumber Terbuka (OSS) Malaysia.

Kesan yang terbaik adalah dengan penubuhan OSDC.my bagi mencapai matlamat dalam melahirkan pembangun perisian OSS Malaysia yang bertaraf dunia.

Pelancaran OSDC.my



dan laman web OSDC.my


Bagi anda yang tidak berminat untuk mendapat banyak email daripada kumpulan perbincangan OSDC.my, anda boleh menyertai kumpulan email pengumuman sahaja di


Untuk sertai melalui email sila hantar email kepada osdcmy-announcements-subscribe@yahoogroups.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular