Perkhidmatan Email Yang Baik dan Selamat Bahagian Satu

11 Januari 2009 | Label: , , , , | |


Perkhidmatan Email Yang Baik dan Selamat Bahagian Satu

Email kini menjadi alamat komunikasi penting bagi organisasi sama ada kerajaan dan pihak swasta. Kepentingan email memerlukan email perlu sampai dengan cepat dan tidak berlaku kehilangan email.

Sistem email pada awal pembangunannya tidak dibina bagi tujuan komunikasi seperti apa yang digunakan sekarang. Ia dibina bagi penyampaian mesej dalam bentuk tulisan dan dalam saiz yang kecil. Perkembangan Internet membuatkan keperluan email lebih daripada apa tujuan sebenar ia dibangunkan. Ini menyebabkan sistem email mencecah had kapasiti dan kemampuannya.

"Email adalah bertujuan untuk komunikasi ringkas dan mudah". Itulah asal ianya dibina.

Keperluan email hari ini bukan sahaja bagi tujuan penghantaran dalam bentuk tulisan text malah fail-fail dokumen dan grafik yang saiz semakin besar turut dihantar. Ia sebenarnya telah memberi tekanan kepada rangkaian sistem email secara keseluruhan.

Dengan kapasiti cakera keras membuat ruang penggunaan email boleh dibesarkan dan semakin ramai yang menggunakan email bukan sekadar untuk menghantar email, malah ia menjadi ruang simpanan fail-fail dan melangkau sifat email itu sendiri.


(A) Dalam memastikan komunikasi email berjalan dengan baik, kefahaman teknologi email ada hadnya perlu difahami dan disampaikan kepada pengguna email. Antaranya :-

*** Saiz Yang Terhad ***

(A.1) Saiz penghantaran perlulah terhad. Miskipun dengan penambahan kelajuan rangkaian Internet sedia ada dan pentambahan ruang cakera keras, saiz yang boleh dihantar masih perlu dihadkan. Semakin ramai dihantar kepada (To: atau CC: atau Bcc:) dalam email, semakin banyak ruang cakera keras dan jalur lebar Internet diperlukan bagi penghantaran.

Sebagai contoh email dengan fail sebesar 10MB kepada 10 pengguna adalah bersamaan 100MB ruang cakera keras dan 100MB jumlah jalur lebar adalah diperlukan untuk penghantaran.

Projek Dbmail http://www.dbmail.org/ dengan versi pembangunan 2.3 sedang membangunkan fungsi agar data yang sama untuk lebih seorang pengguna disimpan hanya setempat. Versi stabil Dbmail 2.4 jangkaan akan dikeluarkan pada penggal ke dua 2009.

Satu lagi cara untuk mengatasi masalah penghantaran email dengan fail saiz besar adalah dengan mewujudkan laman web muat turun fail. Dengan laman web ini pengguna hanya perlu menghantar sambungan laman (link) kepada fail yang mahu dikongsikan dalam email.

Perisian Email melalui Web, Horde Groupware Email Edition http://www.horde.org/ mempunyai ciri-ciri tersebut. Ciri ini dipanggil "Inline Attachement".

Portal atau Content Management Software seperti Jomlaa, Drupal dan pelbagai lagi boleh dibentuk untuk tujuan penyimpanan fail dan sambungan laman boleh diemail.

Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) OSCC MAMPU sejak tahun 2007 telah menjadikan DBmail dan Horde IMP sebagai asas kepada pakej sistem email MyWorkSpace.

http://myworkspace.oscc.org.my/

Pengalaman projek ini turut dikongsikan di Internet melalui Songketmail.org http://www.songketmail.org/

Turut didapati urusan-urusan mengadakan mesyuarat di agensi-agensi kerajaan melibatkan penghantaran email-email yang mengandungi fail-fail sokongan. Perkara ini membebankan sistem email dan turut menambah beban pihak urus setia dalam pengurusan dan penyimpanan fail-fail.

Dicadangkan agar agensi-agensi kerajaan Malaysia menggunakan MyMeeting perisian pengurusan minit mesyuarat hasil MAMPU di laman web

http://mymeeting.oscc.org.my/

Minit-minit meeting dan dokumen boleh dibaca, dikemas kini dan dimuat turun melalui laman web.

*** Penghantaran Email Tidak Masa Benar ***

(A.2) Email tidak dibina untuk penghantaran pada masa benar atau dengan segera. Email dihantar bukan sahaja bergantung kepada sistem email penghantar malah ia juga bergantung kepada keadaan sistem email di pihak penerima. Sekiranya sistem email penerima dalam keadaan sibuk dan gagal membuat penerimaan maka email penghantar akan disimpan dalam "queue" dalam sistem email penghantar. Cubaan akan dibuat dalam turutan minit, kemudian jam dan kemudian hari sehingga maksimun 4 hari bergantung kepada konfigurasi sistem email masing-masing.

*** Kandungan Email Boleh Dibaca ***

(A.3) Email dihantar dalam bentuk Text. Fail yang dihantar bersama email akan ditukar dan dihantar dalam kod MIME, masih lagi boleh dibaca dan difahami. Ini bermaksud email boleh dibaca atau kandungannya boleh dilihat sepanjang perjalanan dan simpanan email. Pengguna harus diajar untuk membuat proses rawakan (encryption) bagi melindungi isi kandungan email daripada diketahui.

GnuPG dan Mozilla Thunderbird Enigma boleh digunakan.

GnuPG
http://www.gnupg.org/

Enigmail For Mozilla Thunderbird
http://www.mozilla-enigmail.org/

*** Sambungan Bahagian Dua sila rujuk http://groups.yahoo.com/group/haris/


Artikel sebelum ini

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi dalam satu komputer
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang
http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Kempen Hijau Tipswanita
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/12/kempen-hijau-tipswanita.html

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

6 Januari 2009

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Jadilah Hero Dengan Menderma Darah
http://untuklelaki.noorjannah.com/2009/01/jadilah-hero-dengan-menderma-darah.html

Menulis Untuk Jadi Kaya
http://cybermoney2u.blogspot.com/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular