Wireless Sekarang Mudah Kena Hack

27 Oktober 2010 | Label: , | |


Wireless Sekarang Mudah Kena Hack
Artikel ini telah dikembangkan lagi atas usaha rakan di 

http://bagaimana.oss.my/2010/10/bagaimana-mengekang-kemaraan-firesheep.html 


Terima kasih.

Assamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan berita yang tersebar luas tentang Firesheep, Mozilla Firefox extension bagi mengintai dan menculik (session hijacking) sesi perisian web, seperti Facebook, Twitter, Flickr dan pelbagai, maka pengguna wireless sekarang terdedah dengan ancaman. Rujuk :-

Firefox Add-on Firesheep Brings Hacking to the Masses

Firesheep Sourcecode

Session Hijacking Attack


Ancaman dalam bentuk "Session Hijacking", boleh dihindari dengan memastikan capaian kepada laman web anda sentiasa menggunakan SSL (HTTPS). Kebanyakan laman utama di Internet mempunyai kemudahan SSL ini terutama sewaktu anda masukkan nama pengguna dan kata laluan. Namun ia tidak dibuat secara keseluruhan dalam capaian.

Ancaman Session Hijacking berlaku selepas anda berjaya masukkan nama pengguna dan kata laluan anda. Penggunaan SSL (HTTPS) tidak dilaksanakan selepas itu. Tanpa SSL ia membuka peluang kepada ancaman Session Hijacking dan dengan Firesheep, ia boleh dilakukan dengan mudah sekali.



Lindungi Diri Anda

Saya senaraikan beberapa kemudahan yang boleh menggunakan SSL (HTTPS) secara terus, dan akan sentiasa dikemas kini. Hanya sambungan laman dapat saya sediakan.

(1) Anda perlu tahu sama ada anda dalam Secure Site atau SSL (HTTPS) rujuk disini.


Bahagian Browser integration

Mozilla Firefox


Untuk Internet Explorer rujuk


(2) Gunakan extension Firefox ini untuk sentiasa menggunakan HTTPS bila melayari Internet (bagi laman web yang menyokongnya). Ini berguna untuk capaian ke laman web Facebook dan Twitter.

Muat turun di sini




Anda perlukan pelayar Internet Mozilla Firefox


(3) Capaian Selamat Dengan Google Gmail


Secara umum Gmail menggunakan HTTPS. Anda boleh memastikan ia dengan perkara 1.

(4) Capaian Wikipedia Cara Selamat (Secure Server)


Petua paling mudah adalah, apabila keluar notis yang pelik-pelik dari broswer anda, seperti https certificate invalid. Maka hentikan pelayaran anda. Anda mungkin kena Session Hijack.


Bukan Sekadar Internet Sahaja

Harisfazillah Jamel


27 Okt 2010.


Bagi pengguna Facebook.com jemput sertai Facebook Fan Page saya Bukan Sekadar Internet Sahaja di

http://www.facebook.com/Bukan.Sekadar.Internet.Sahaja

Facebook.com LinuxMalaysia berada di

http://www.facebook.com/linuxmalaysia

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/ atau email kepada

haris-subscribe@yahoogroups.com

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

Email : linuxmalaysia @ gmail . com

http://www.harisfazillah.info/harisfazillahjamel

Dapatkan email-email terus dari

http://groups.google.com/group/hafnie

I love Aardvark! Join my network so we can help each other out... http://vark.com/s/foGQ

Meningkatkan Kebolehan Memulihkan Fail Dengan Parchive

21 Ogos 2010 | Label: | |


Meningkatkan Kebolehan Memulihkan Fail Dengan Parchive

Ancaman yang terbesar bagi pengguna Windows adalah yang disebabkan oleh virus atau trojan. Dengan adanya fail pariti kemungkinan untuk memulihkan fail dapat ditingkatkan. Kerosakan juga boleh berlaku kepada cakera keras dan kebolehan memulihkan fail adalah sangat diperlukan.

Bagi anda yang menggunakan CD atau DVD untuk menyimpan fail. Mempunyai fail pariti bersama fail asal adalah satu keperluan. CD atau DVD mungkin bercalar yang memungkinkan fail yang dikehendaki rosak.

Oleh kerana saiz fail pariti ini adalah kecil maka ia boleh dihantarkan sekali dengan fail utama didalam email atau muat turun laman web atau disekali dalam simpanan CD dan DVD.

Parchive: Parity Archive Volume Set adalah usaha pembangunan secara sumber terbuka atau Open Source Software (OSS) untuk mewujudkan cara bagi membolehkan fail-fail dipulihkan melalui penggunaan fail pariti Par2. Fail pariti Par2 ini adalah satu fail yang mempunyai nilai kiraan matematik berdasarkan Kod Reed-Solomon. Dengan wujudnya fail pariti Par2 ini, sekiranya fail asal alami kerosakan maka perisian Parchive akan menggunakan fail pariti tersebut untuk membuat pemulihan.

Maklumat lanjut mengenai Parchive


Cadangan penggunaan paling sesuai bagi pengguna komputer adalah untuk mengadakan fail pariti dalam folder-folder fail simpanan anda. Folder-folder ini kemudian boleh disalin ke CD atau DVD, atau di email bersama fail asal atau disalin ke simpanan Cloud seperti Ubuntu One Cloud atau dimampatkan bersama dalam satu fail zip atau 7zip

Bagi tujuan melindungi fail-fail anda didalam folder anda sila muat turun perisian Quickpar


dan baca panduan penggunaan disini.

Creating PAR2 files


dan

Using PAR2 files to verify and repair data files


Ringkasan penggunaan :-

1) Buat satu folder khusus untuk anda menyimpan fail-fail penting

2) Jalankan Quickpar pada setiap folder yang anda wujudkan untuk menyimpan fail-fail penting. Pastikan fail pariti Par2  ada.

3) Pastikan apabila anda membuat salinan kepada CD atau DVD, penghantar email atau mampatkan fail, fail pariti par2 dihantarkan sekali.

4) Jalankan Quickpar sekiranya ada fail baru atau berubah dalam folder simpanan.

Rujukan lain :-

Ubuntu One Cloud


7zip adalah pengganti kepada Winzip


Using PAR and PAR2 files


Lain-lain artikel menarik :-

Kumpulan Sokongan Komputer Dan Internet 2 (KemSOIT)


Merangkaikan Rangkaian Sosial Anda


Dunia Digital Facebook Fan page.


Bagi pengguna Facebook.com jemput sertai Facebook Fan Page saya Bukan Sekadar Internet Sahaja di


Facebook.com LinuxMalaysia berada di


Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di


haris-subscribe@yahoogroups.com

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di


Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

Email : linuxmalaysia @ gmail . com

21 Ogos 2010



Dapatkan email-email terus dari


I love Aardvark! Join my network so we can help each other out... http://vark.com/s/foGQ

Kumpulan Sokongan Komputer Dan Internet 2 (KemSOIT 2)

02 Ogos 2010 | Label: | |


Kumpulan Sokongan Komputer Dan Internet 2 (KemSOIT 2)

Adalah menjadi minat saya bagi mewujudkan kumpulan sokongan komputer dan Internet sejak mengenali Internet dan menjawab pelbagai soalan mengenai komputer dan Internet sama ada melalui email atau ruang forum dan perbincangan yang ada.

Perkembangan terkini adalah dengan wujudnya laman seperti Aardvark yang menggunakan jaringan sosial bagi mendapatkan jawapan daripada individu-individu yang bersesuaian dengan topik yang soalan diutarakan.


Yang menariknya, soalan boleh diemail, hantaran melalui chat atau terus melalui laman web Aardvark kepada individu yang bersuaian yang terdiri meliputi pengguna Internet seluruh dunia.

Untuk tujuan KemSOIT 2, dicadangkan bagi anda yang berminat untuk menyertai Aardvark menggunakan sambungan laman ini http://vark.com/s/foGQ bagi membolehkan anda dan saya duduk dalam satu jaringan sosial Aardvark. Anda boleh gunakan login Gmail dan Facebook anda untuk menyertai Aardvark.

Saya masih lagi menjawab soalan-soalan yang bersesuaian dalam pelbagai lagi forum dan senarai email. Antaranya

Forum Ittutor.net


Senarai Email Dunia Digital


dan Facebook Dunia Digital


Senarai pelbagai kumpulan sokongan perisian sumber terbuka dan ICT.


Bagi anda yang mahu bertanya kepada saya secara terus boleh menggunakan rangkaian jaringan sosial saya ini


Atau melalui twitter


Bukan Sekadar Internet Sahaja

Harisfazillah Jamel aka LinuxMalaysia

2 ogos 2010



Archive



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular