Laporkan Dengan Cara Betul Video Youtube

21 September 2012 | Label: , | |


Jika anda tidak suka dengan sesuatu dalam Youtube anda boleh membuat laporan untuk keluarkan video daripada ditayang. Ia memerlukan anda lakukan dengan cara yang betul. Youtube mempunyai ratus ribu video yang perlu diperhatikan. Hanya dengan sokongan komuniti pengguna Internet, banyak video yang tidak sesuai dapat dikeluarkan.

Cara yang betul adalah dengan membuat laporan dengan menekan Bendera atau icon "Flag As Inappropriate". Tekan Icon bendera itu. Jangan tekan  butang Dislike kerana hanya undi tiada makna. Ia tidak laporkan apa-apa.

Lagi ramai tekan Bendera "Flag As Inappropriate" , lagi cepat ia dikeluarkan. Kita cari dan kita "Flag As Inappropriate".


Petikan :-

http://www.youtube.com/t/community_guidelines

We encourage free speech and defend everyone's right to express unpopular points of view. But we don't permit hate speech (speech which attacks or demeans a group based on race or ethnic origin, religion, disability, gender, age, veteran status, and sexual orientation/gender identity).

WM8850-mid Android Tablet PC Murah Dari Taiwan

08 September 2012 | Label: , , , , | |


Pada 1 September 2012, saya telah membeli sebuah Tablet Android dalam kumpulan model berharga murah sekitar RM290 sebuah. Tujuan pembelian adalah untuk mencuba penggunaan Android dan misi saya dalam belajar programming dalam Android.

Kotak pembungkusan tidak menyatakan model khusus. Hanya dinyatakan Tablet PC, spesifikasi dan cetakan "Made In Taiwan". Berdasarkan carian Google kepada "Model Number" WM8850-mid ia membawa saya kepada speksifikasi berikut :-

  • Model : VIA WonderMedia WM8850
  • CPU: ARM Cortex-A9
  • Versi Android : 4.0.3 ICS (ver1.0.2-20120625.111656)
  • Versi Kernel : 3.0.8
Saya dapati di laman web pengeluar tidak lagi mengeluarkan SOC tersebut namun kemas kini SOC yang berkait dengan CPU ARM Cortex-A9 adalah berikut

http://www.wondermedia.com.tw/en/products/platform/soc/wm8950/index.jsp

Nasihat saya adalah untuk mendapatkan Tablet PC terkini dengan model number "WM8950", tidak lagi mencari WM8850-mid.

Saya telah memasang "Go Launcher EX" daripada Google Play bagi mengatasi masalah antara muka yang tidak tepat dan tidak sensitif apabila ditekan dan dipilih.

Saya akan kemas kini lagi mengenai tablet ini.

LinuxMalaysia - 8 Sep 2012.

Kotak Bungkusan WM8850-mid

WM8850-mid Android Tablet PC

Gambar Isi Kandungan Sebuah Server (Komputer Pelayan)

01 September 2012 | Label: | |


Ramai yang pasti mahu melihat isi kandungan sebuah server tetapi tidak kesempatan berbuat demikian. Perkakasan dalaman sebuah server adalah berlainan daripada komputer peribadi atau notebook anda. Ia jauh lebih laju dan lebih besar saiz permintaan. Sebagai contoh gambar-gambar ini adalah sebuah Google Search Appliance yang berasaskan Server Dell R710. Dengan dua unit CPU, memori sebanyak 8GB dan ruang cakera keras RAID5 sebanyak 1 Terabytes.

Imej "Inside A Server" di Pinterest LinuxMalaysia. Perhatikan susun atur bahagian dalam memori, kipas, CPU, cakera keras dan pelbagai. Dapat anda mengenalinya ? Komen anda di post ini.

https://pinterest.com/pin/249035054365768715/

Memori Server, pemasangan memerlu ia dalam pasangan dan setiap pasangan harganya sekitar Ringgit Malaysia seribu (RM1000)

http://followgram.me/i/238784427806181481_45094625



LinuxMalaysia



1 Sept 2012

http://blog.harisfazillah.info/

http://followgram.me/linuxmalaysia/

Inside a server


Source: via linuxmalaysia on Pinterest


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular