WM8850-mid Android Tablet PC Murah Dari Taiwan

08 September 2012 | Label: , , , , | |


Pada 1 September 2012, saya telah membeli sebuah Tablet Android dalam kumpulan model berharga murah sekitar RM290 sebuah. Tujuan pembelian adalah untuk mencuba penggunaan Android dan misi saya dalam belajar programming dalam Android.

Kotak pembungkusan tidak menyatakan model khusus. Hanya dinyatakan Tablet PC, spesifikasi dan cetakan "Made In Taiwan". Berdasarkan carian Google kepada "Model Number" WM8850-mid ia membawa saya kepada speksifikasi berikut :-

  • Model : VIA WonderMedia WM8850
  • CPU: ARM Cortex-A9
  • Versi Android : 4.0.3 ICS (ver1.0.2-20120625.111656)
  • Versi Kernel : 3.0.8
Saya dapati di laman web pengeluar tidak lagi mengeluarkan SOC tersebut namun kemas kini SOC yang berkait dengan CPU ARM Cortex-A9 adalah berikut

http://www.wondermedia.com.tw/en/products/platform/soc/wm8950/index.jsp

Nasihat saya adalah untuk mendapatkan Tablet PC terkini dengan model number "WM8950", tidak lagi mencari WM8850-mid.

Saya telah memasang "Go Launcher EX" daripada Google Play bagi mengatasi masalah antara muka yang tidak tepat dan tidak sensitif apabila ditekan dan dipilih.

Saya akan kemas kini lagi mengenai tablet ini.

LinuxMalaysia - 8 Sep 2012.

Kotak Bungkusan WM8850-mid

WM8850-mid Android Tablet PC

Gambar Isi Kandungan Sebuah Server (Komputer Pelayan)

01 September 2012 | Label: | |


Ramai yang pasti mahu melihat isi kandungan sebuah server tetapi tidak kesempatan berbuat demikian. Perkakasan dalaman sebuah server adalah berlainan daripada komputer peribadi atau notebook anda. Ia jauh lebih laju dan lebih besar saiz permintaan. Sebagai contoh gambar-gambar ini adalah sebuah Google Search Appliance yang berasaskan Server Dell R710. Dengan dua unit CPU, memori sebanyak 8GB dan ruang cakera keras RAID5 sebanyak 1 Terabytes.

Imej "Inside A Server" di Pinterest LinuxMalaysia. Perhatikan susun atur bahagian dalam memori, kipas, CPU, cakera keras dan pelbagai. Dapat anda mengenalinya ? Komen anda di post ini.

https://pinterest.com/pin/249035054365768715/

Memori Server, pemasangan memerlu ia dalam pasangan dan setiap pasangan harganya sekitar Ringgit Malaysia seribu (RM1000)

http://followgram.me/i/238784427806181481_45094625



LinuxMalaysia



1 Sept 2012

http://blog.harisfazillah.info/

http://followgram.me/linuxmalaysia/

Inside a server


Source: via linuxmalaysia on Pinterest

Sila Betulkan Jam Anda. Saat Telah Dilompatkan 1 Saat

01 Julai 2012 | Label: , | |


Sila perbetulkan jam anda. Anda tahu tentang tahun lompat yang berlaku setiap 4 tahun dengan penambahan hari sehari pada bulan Febuari. tahukah anda, masa kita telah dilompatkan satu saat sejak tengah malam Sabtu, semalam. 30 Jun 2012 telah dipanjangkan selama 1 saat bersamaan 24 jam dan 1 saat bagi membetulkan jam seluruh dunia.

Saat lompat jarang dibuat hanya jika ada perbezaan yang ketara seperti satu saat. Ia mungkin tidak penting kepada umum namun kepada alatan sensitif seperti komputer dan GPS, ia amat penting bagi tentukan ketepatan.

dan

Rakan-rakan penjaga Linux dan Windows server, sila buat ntpdate bagi membetulkan kiraan masa yang telah dilambatkan selama 1 saat. Iaitu 30 Jun 2012 adalah dengan masa 24 Jam dan 1 saat.

Masa saat perlu disesuaikan satu saat ke belakang.

Bagi masa standard Malaysia sila rujuk di laman web SIRIM ini.


 Artikel berkaitan

http://www.harisfazillah.info/selaraskanjamandadenganmasastandardmalay

Harisfazillah Jamel

LinuxMalaysia @ hafnie

1 Julai 2012


Cekupan Skrin Linux Ubuntu 12.04
 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular