Jom Sertai Projek Terjemahan Bahasa Melayu

06 Disember 2013 | Label: , , , | |


Projek Terjemahan Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Luahkan masa anda untuk perkembangan bahasa Melayu di Internet. Dengan hanya memperuntukan masa 10 minit dalam sehari atau sejam dalam seminggu anda boleh mempelbagaikan sumbangan anda kepada perkembangan bahasa Melayu di Internet.

Usaha pertama anda adalah dengan kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan yang lain. Pentingnya usaha ini dikembangkan untuk menerus kesinambungan usaha terjemahan ini.

Jadikan minat untuk membuat kerja-kerja sukarela dan menyumbang tenaga, ilmu dan buah fikiran kepada masyarakat dan komuniti Internet Malaysia, Internet boleh menjadi tempat untuk anda menyumbang untuk masyarakat.

Terdapat pelbagai projek dan usaha yang memerlukan tenaga sukarela terutamanya terutamanya daripada pengguna komputer dan Internet Malaysia. Usaha yang paling penting, adalah usaha terjemahan dan dokumentasi pelbagai perisian percuma dan bebas dan laman-laman web.

Usaha terjemahan antara muka (User Interface - UI) perisian sumber terbuka atau Open Source Software memerlukan bantuan sukarelawan. Sukarelawan adalah terbuka kepada semua. Sama ada daripada golongan berpendidikan komputer (IT) atau tidak, ianya tidak dipentingkan kerana kerja-kerja penterjemahan tidak melibatkan pengetahuan mendalam tentang IT.

Ianya mudah dan anda akan dibantu oleh sukarelawan yang lebih berpengalaman. Sebagai permulaan daftar diri anda dengan kamus untuk bahasa melayu boleh dirujuk di laman web ini.

http://ms.wiktionary.org/wiki/Laman_Utama

Tidak kira apa jua peranan anda, keperluan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa IT perlu diusahakan dengan lebih bersungguh dan peranan yang dimainkan adalah besar.

Tidak kira apa jua peranan anda. Sebagai penterjemah, pemeriksa, penjaga kualiti, pemerhati, pembetul maklumat, penyebar maklumat dan pelbagai lagi peranan. Kita sepatutnya berada di dalam projek ini untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa IT.

Antara Projek yang anda boleh sertai dan sumbangkan tenaga dan masa.

Ubuntu Bahasa Melayu


https://edge.launchpad.net/~ms-translators

Ini adalah usaha untuk menterjemahkan perisian-perisian dalam Linux Ubuntu (http://www.ubuntu.com/) . Sila sertai kumpulan diatas sebelum melakukan kerja-kerja terjemahan. Kerja-kerja terjemahan yang sedang berjalan boleh dilihat di

https://translations.launchpad.net/ubuntu/saucy/+lang/ms
 

Wikipedia Bahasa Melayu


http://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama

Dipetik terus daripada Wikipedia bahasa melayu.

Sumbangan anda dialu-alukan! Tapak web ini diusahakan oleh penutur bahasa Melayu tanpa mengira negara asal, dan anda semua digalakkan untuk turut serta. Anda boleh menyumbang apa-apa jua rencana yang anda ingini, yang pada pandangan anda, dapat memberi manfaat kepada pembaca, terutama sekali rencana berbentuk akademik. Setiap rencana di Wikipedia ini mempunyai pautan sunting di bahagian atas; anda hanya perlu menekan pautan tersebut untuk membuat perubahan pada rencana berkenaan. Anda digalakkan membuat percubaan di kotak pasir untuk mempelajari cara anda boleh menyunting sebarang rencana sekarang.

Sertai Rapat Umum Wikipedia Bahasa Melayu

http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:WikiProjek_Rapat_Umum_Wikipedia_Bahasa_Melayu

Rujukan



Risalah Projek Terjemahan Bahasa Melayu

http://foss.org.my/projects/events/pcfair/flyers/TerjemahanBM.pdf/view

Terjemahan menggunakan Google Translate

http://translate.google.com/#en/ms/

Terjemahan English ke Bahasa Melayu

http://www.citcat.com/green_ov.jsp?lang=2

Sertai MyPenguin99 untuk pertanyaan dan penyertaan kumpulan penterjemahan

https://www.facebook.com/groups/mypenguin99/

dan

http://tech.groups.yahoo.com/group/mypenguin99/


Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/ atau email kepada

haris-subscribe@yahoogroups.com

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...


Kemasan 5 Dis 2013.

Sebaran pertama 27 Nov 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...

http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Yang Pertama

30 November 2013 | Label: , | |


Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Yang Pertama

"A journey a thousand miles begin with the first step"


Suatu perkara yang dirancang perlu dijalankan. Suatu perubahan yang hendak dibuat perlu ada permulaan. Sebuah cita-cita perlu dijadikan kenyataan, bukan lagi sekadar angan-angan sahaja.

Semuanya memerlukan langkah pertama.

Memang sukar untuk individu untuk mulakan melangkah dalam membuat perubahan atau perancangan. Ini disebabkan terdapat rasa kurang selesa atau takut kepada perubahan.

Kurang selesa kerana mungkin perubahan yang dilakukan akan membawa kesan negatif kepada perancangan.

Rasa takut, kerana takut kepada kegagalan yang mungkin berlaku kepada apa yang dirancangkan.

Ada yang mempunyai rasa rendah diri terhadap cita-cita yang hendak dicapai. Takut dicemuh dan diketawa.

dan ada juga yang hanya masih mampu berangan-angan kepada apa yang dicita-cita. Tiada usaha untuk bermula walaupun hanya langkah pertama.

Tanpa langkah pertama tidak mungkin perjalanan beribu batu akan bermula. Tanpa langkah pertama tiada kejayaan akan dicapai.

Rasa takut melangkah merupakan penyebab utama mengapa ramai yang tidak mahu mula melangkah. Rasa takut ini adalah kerana beberapa faktor.

Faktor Pertama

Takut gagal. Ada yang sebelum bermula sudah memikirkan kegagalan daripada bakal usaha yang dirancangkan. Takut gagal ini mendorong untuk tidak melakukan apa-apa langsung.

Takut gagal juga menyebabkan perancangan hanya tinggal perancangan. Perkara ini boleh melemahkan keyakinan diri dan keyakinan orang lain.

Fikiran negatif, aku tidak boleh, aku tidak boleh, aku tidak boleh menguasai diri.

Faktor Kedua

Takut perubahan. Ada pula yang tidak mahu melangkah kerana takut kepada perubahan. Perubahan yang tidak lagi pasti sama ada membawa kepada kebaikan atau keburukan. Perubahan yang belum tahu lagi kesannya positif atau negatif. Yang pastinya ada yang takut perubahan sebelum lagi melangkah.

Faktor Ketiga

Takut cemuhan. Melangkah tidak lagi, sudah jatuh tersungkur angkara orang lain. Cemuhan, kritikan dan kutukan adalah sifat semulajadi manusia terhadap manusia yang lain. Mungkin kerana cemburu, mereka mencemuh. Mungkin kerana dengki mereka mengutuk. Mungkin kerana irihati mereka mengkritik secara negatif. Tanpa kecekalan tiada siapa yang mampu menghadapi cemuhan, kritikan negatif dan kutukan. Maka kecundang jatuh sebelum lagi bermula. Sebelum lagi melangkah.

Faktor-faktor diatas perlu diatasi agar langkah pertama mampu dilakukan. Penyelesaian adalah terletak didalam minda setiap individu yang mahu membuat langkah.

Jika takut kepada kegagalan fikirkan sejenak kepada kejayaan orang lain. Setiap mereka yang berjaya pasti ada kegagalan yang disebaliknya. Malah kegagalan adalah lebih banyak daripada kejayaan namun bagi mereka kegagalan adalah hanya satu nota kecil daripada sebuah novel kejayaan mereka.

Lihatlah kejayaan Rasullah menyebarkan Islam itu sendiri. Adakah ia dicapai dengan begitu mudah atau ia dicapai dengan banyak kegagalan. Adakah baginda terus mengalah?

Bayangkan kesukaran Baginda untuk mengajak penduduk Mekah kepada mengenali Islam pada awal perkembangan Islam itu sendiri, namun Baginda tidak berputus asa membawa ajaran Islam ke tempat lain, ke tempat yang bernama Madinah. Disitulah, Islam berkembang menjadi kerajaan dan akhir secara aman Baginda kembali ke Mekah dan penduduk Mekah menerima Islam akhirnya.

Bagi mereka yang berjaya, tiada dalam kamus hidup mereka erti kegagalan. Bagi yang berjaya, kegagalan yang berlaku membolehkan mereka untuk membuat penilaian semula dan membuat langkah lain untuk mencapai kejayaan. Mereka tidak takut gagal. Mereka yang berjaya hanya mahu terus melangkah.

Bagi yang takut kepada perubahan. Fikirkan sejenak tentang diri kita ini. Fikirkan sejenak tentang ciptaan Allah ini. Diri kita sendiri.

Bayangkan diri kira sewaktu hari pertama kejadian kita ini. Daripada satu cel berubah menjadi beribu cel, kemudian menjadi daging dan tulang, darah mengalir, jantung berdengup.

Sembilan bulan, Kepada ibu berlaku perubahan semata-mata untuk kita dalam kandungan. Sembilan bulan kita berubah pada tahap setiap minggu pasti ada perkembangan.

Apabila kita lahir apakah perkara pertama seorang manusia mahu apabila lahir ke dunia? Mahu cuba melangkah. Mahu cuba mengetahui dan mengenali dunia sekeliling. Perkara ini hanya mampu dilakukan dengan perubahan pada tubuh badan. Kekuatan otot dan tulang. Akhirnya mengiring, kemudian merangkak, kemudian bertatih dan akhirnya pandai bangun sendiri, melangkah dan berjalan.

Lihatlah dan perhatikan diri kita sendiri. Ia memerlukan perubahan agar kita berjaya berdiri dan membuat langkah pertama. Apakah kesan perubahan itu membawa kesan negatif kepada kita? Adakah ia membawa keburukan kepada kita?

Pasti yang ada hanyalah kesan parut jatuh bangun kita belajar berjalan dan jika sekarang ditanya tiada siapa boleh tunjukkan parut bila mula belajar berjalan untuk langkah pertama.

Dan lihat diri kita sekarang ini bermisai, berjanggut, berdada dan sudah matang. Maka fikirkan sejenak, perubahan yang berlaku kepada tubuh kita adalah untuk persediaan untuk kita menjadi lebih matang dan bersedia dalam mencapai kejayaan.

Mengapa kita masih lagi takut perubahan untuk membuat langkah.

Bagi yang takut cemuhan. Cemuhan, kritikan negatif dan kutukan adalah lumrah. Lumrah alam. Ia melambangkan keikhlasan mereka yang memberikan perhatian kepada diri kita. Ia merupakan pertanda bahawa kita diperhatikan.

Mengapa masih takut lagi. Tiada lagi kita keseorangan dalam membuat langkah. Cemuhan mereka adalah keikhlasan hati mereka. Kejujuran mereka dalam penyataan mereka. Jadikan kata-kata mereka sebagai cabaran dan kata-kata semangat. Bahawa apa yang telah dinyatakan tidak sama sekali tidak.

Hanya selepas mencapai kejayaan dengan membuat langkah pertama barulah kita mampu menangkis cemuhan, kritikan negatif dan kutukan, tanpa perlu berkata apa-apa.

Akhir bicara, marilah kita ambil masa sebentar untuk menilaikan perjalanan hidup kita ini, Perjalanan hidup yang beribu batu. Adakah kita sudah ambil langkah pertama, langkah yang betul dalam mencapai kejayaan kepada apa yang kita cita-citakan?

Adakah kita sudah mulakan langkah pertama untuk mencapai cita-cita hidup kita.

Tutuplah mata. Tutuplah mata dan bayangkan cita-cita yang kita mahu capai. Sila tutup mata anda semua selama 10 saat, Bayangkan cita-cita masing-masing.

Jangan buka mata lagi. Dengan kaki kanan, langkahlah setapak ke depan. Buatlah langkah yang pertama. Anda teleh membuat langkah pertama cita-cita anda.

Wassalam.

Harisfazillah Jamel

13 Mac 2004


Bukan Sekadar Internet Sahaja

Bukan Sekadar Internet Sahaja

Netika Dunia Internet

25 November 2013 | Label: , , | |


Salinan dengan izin penulis asal.

Internet adalah satu medium perhubungan yang luas, dimana ia tidak mempunyai badan perundangan dan undang-undang yang jelas untuk mengawalnya. Internet kini semakin popular dan meluas namun langkah-langkah untuk membuat undang-undang untuk Internet masih tidak lengkap lagi untuk meliputi semua perkara.

Internet sebenarnya mempunyai kod etikanya sendiri. Kita tidak boleh lupa bahawa internet ini adalah hasil usaha kerja tangan manusia dan sudah tentulah akan terbentuk adab-adab dan tingkah laku ianya tersendiri. Walaupun dimana kita berada, diruangan "YM", “chat”, “IRC”, “ICQ”, Kumpulan Perbincangan (forum) dan senarai email (mailing list), akan wujud netika atau “netiquette” tersendiri.

Artikel ini, akan membincangkan soal netika atau “netiquette” secara asas. Pertama-tama sekali yang anda perlu lakukan ialah anda perlu berfikir walaupun anda menggunakan Internet di hadapan sebuah komputer, anda sebenarnya masih berhubungan dengan manusia. Cara bagaimana anda saling berhubungan dengan orang lain empat mata, sepatutnya anda lakukan juga di dalam Internet.

Sebagai seorang insan sudah tentu anda mahu dilayan dengan baik. Walaupun di dalam Internet kita dibayangi dengan nama samaran dan orang lain tidak nampak siapakah kita, namun anda masih tidak berhak melakukan apa sahaja yang anda suka di dalam Internet. Anda perlu tunjukkan tingkah laku yang baik. Cuba fikirkanlah, sanggupkah anda berlaku sikap kurang ajar jika anda berhadapan dengan seseorang ?

Saya sendiri pernah mendapat email yang mempersoalkan tentang satu penulisan saya. Caranya agak kasar, mempersoalkan seolah-olah, kita yang bersalah. Kita sepatutnya walaupun di dalam email perlulah beradab dan bersopan-santun. Kita akan dinilaikan dengan apa yang kita tulis.

Jika anda membaca artikel yang bertajuk “KERAHSIAAN DAN KEPERIBADIAN INTERNET” tentu anda sudah tahu bahawa apa yang anda tulis di dalam email, tidak hilang begitu sahaja. Email-email anda mungkin akan disimpan untuk jangka masa yang lama oleh pelbagai komputer pelayan (server). Mungkinkah email anda akan ditemui semula ? dan diri anda akan dinilaikan dengan apa yang anda tulis dimasa silam.

Maka, sebelum anda menghantar sesuatu email, tanyalah kepada diri anda. “Adakah anda akan kata sebegini di depan seseorang?” Jika tidak, tuliskan semula email anda sehingga anda berpuas hati.

Sebagaimana anda mahu dilayan dengan baik di dunia luar sana maka begitu juga di dalam Internet. Di luar sana anda akan bersifat sopan-santun penuh hati-hati dengan seseorang kerana dengan harapan anda juga akan dilayan begitu. Di Internet anda juga sepatutnya berkelakukan sebegitu. Seperti juga cara kita di luar sana, masyarakat Internet juga akan melayani anda dengan baik sekiranya anda juga bersikap baik dan mengamalkan sikap yang baik sama seperti yang anda lakukan diluar Internet.

Bagaimana pula jika anda pula menerima email, yang isinya anda tidak kehendaki. Cara yang terbaik ialah terus padamkannya. Anda sebenarnya tidak perlu membalas apa-apa yang dikatakan, kerana ia akan lagi menggalakkan pengirim menghantar email sebegini kepada anda. Bila anda tidak membalas, dia akan menganggap anda tidak berminat menerima emailnya dan mungkin terus melupakan sahaja anda.

Jika email itu satu gangguan dan mempunyai unsur-unsur jenayah anda digalakkan untuk mendapat bantuan Mycert. Rujuk laman mereka di


Anda juga perlu beringat, di dalam Internet, anda juga dirangkumi oleh undang-undangnya tersendiri. Bagi kita di Malaysia, jika email anda mempunyai unsur fitnah atau tuduhan yang boleh menimbul kekacauan anda oleh didakwa. Begitu juga dengan akta hakcipta dan sebagainya. Anda perlu tahu kemungkinan-kemungkinan ini.

Malaysia mempunyai akta dan undang-undang yang melibatkan Internet, sila rujuk laman Mycert ini.


Sebelum anda menjelajahi Internet. Anda masih dirangkumi oleh undang-undang lain, Internet belum punya undang-undang tersendiri. Maka berhati-hatilah bila menghantar sesuatu atau mengambil sesuatu bahan. Pastikan sekurang-kurangnya anda letakkan sambungan bahan-bahan rujukan anda.

“Masuk kandang kambing mengembek, dan masuk kandang harimau mengaum”. Begitulah bidalan yang kita sepatutnya pegang. Apabila kita memasuki sesuatu kumpulan perbincangan, perhatikan dahulu cara dan bagaimana kumpulan itu berbincang sesama mereka. Pasti ada satu nilai netika mereka sendiri dalam kumpulan perbincangan itu.

Ketahuilah apa yang boleh dan tidak boleh dalam kumpulan dan bila anda telah mengenali cara mereka, maka barulah anda menyertai perbincangan mereka. Adalah satu netika yang baik, jika anda memulakan dengan mengenalkan diri anda. Itu pun bergantung kepada kumpulan perbincangan. Namun begitu bagi kumpulan perbincangan di Malaysia, ia adalah satu langkah yang baik dan bersopan. Tidak perlu anda mendedah identiti penuh anda.

Sekadar bicarakan anda baru di senarai email ini dan pandangan anda tentang tajuk semasa dalam senarai email itu. Pilihlah tajuk yang tidak kontrovosi dahulu. Perhatikan dan cuba fahami rentak dan “netika tidak bertulis” dalam kumpulan perbincangan yang anda pilih. Pasti lambat laun anda akan diterima dengan identiti anda sendiri. Jika anda pakar didalam sesuatu bidang. Adalah digalakkan anda menyumbang sesuatu yang anda pakar dan tahu untuk kumpulan perbincangan. Anda akan lebih dihargai lagi.


Contoh-contoh netika kumpulan perbincangan dan forum yang boleh anda lihat di


Anda juga perlu tahu, kebanyakan kumpulan perbincangan telah menetapkan apa yang perlu dan sepatutnya dibincangkan. Jangan sesekali cuba bawa tajuk luar daripada skop kumpulan perbincangan yang anda sertai, mungkin kiriman anda tidak diterima dan paling teruk sekali anda mungkin akan diserang dengan email yang tidak senang dengan tindakan anda. Sebagai contohnya, sekiranya anda menyertai kumpulan perbincangan tentang Windows, janganlah pula anda posting tentang Linux di dalamnya.

Kenapa ada kumpulan perbincangan sebegini? Dengan menetapkan dan menentukan apa yang boleh dan perlu dibncangkan, kita akan membuatkan kumpulan itu lebih fokus. Bila kumpulan perbincangan ada fokus, email-email akan lebih berkualiti dan dapat mengumpul pakar-pakar dalam satu kumpulan perbincangan.

Anda perlu juga beringat, bukan semua orang menerima email seperti anda. Anda perlu ketahui bahawa ada yang masih menggunakan Internet dengan kelajuan talian yang perlahan. Ada yang masih menggunakan email dalam “plain-text” sahaja, tanpa ciri-ciri tambahan yang lain.

Anda perlu hormati kos yang mereka hadapi bagi setiap saat yang mereka gunakan untuk memasuki Internet. Adalah satu perkara yang membazirkan masa dan wang untuk membaca setiap email kemudiannya ia didapati hanya satu dua baris sahaja atau email ulangan. Anda hanya menimbulkan kemarahan kepada orang lain atas sikap tidak ambil berat anda. Hormati masa mereka pastikan sebelum anda hantarkan email anda pastikan ia punya isi dan berkualiti. Pastikan juga anda tidak terhantar lebih daripada sekali email anda itu. Anda perlu menunggu sekurang-kurangnya sejam atau dua, sebelum anda membuat keputusan untuk menghantar email anda.

Anda juga perlu pastikan "auto responder" atau "vacation" dihentikan. "Auto responder" dan "vacation" hanya menghantar email-email yang tidak perlu dan memenuhkan peti surat email orang lain, terutama bila anda menyertai kumpulan perbincangan yang sibuk. Terlalu banyak email boleh menyebabkan komputer pelayan terpaksa melakukan kerja yang banyak dan ini mungkin boleh menyebabkan pengendalian penghantaran email dalam kumpulan perbincangan menjadi perlahan. Maka hormatilah masa, tenaga dan sumber-sumber orang lain yang mungkin anda akan bazirkan kerana email-email anda.

Adalah digalakkan jika dalam kumpulan perbincangan ada topik yang anda rasa hanya perlu diluahkan, secara peribadi dihantar kepada satu pihak sahaja tanpa perlu dihantar kepada kumpulan perbincangan. Email satu dua baris seperti “kami sokong” hanya perlu dihantar kepada satu pihak sahaja, kepada penghantar. Seumpama juga anda mahu diri kelihatan cantik dan baik di dalam majlis dan apa-apa perjumpaan. Anda juga perlu berbuat sebegini di dalam internet. Jaga budi bicara dan tatacara anda sebagaimana anda bersopan-santun bila berbicara diluar sana.

Didalam internet anda juga dinilaikan berdasarkan tulisan anda. Perhatikan ejaan dan tatabahasa anda. Jika anda selalu di internet, adalah baik anda ambil masa menghadiri kelas bahasa. Tidak merugikan anda kerana dengan apa yang dipelajari untuk internet anda juga akan pratikkan diluar sana berhubung dengan orang lain.

Anda juga boleh mengajak orang lain di dalam Internet untuk mengajar anda tentang bahasa yang anda ingin pelajari. Saya percaya pasti ramai yang ingin membantu. Bagi mereka yang pakar dan tahu di dalam sesuatu bahasa, cuba tubuhkan kelas melalui email atau kumpulan “chat” untuk mengajar perlbagai bahasa. Anda boleh menggunakan kemudahan perbincangan email yang disediakan di http://www.yahoogroups.com/ dan http://www.googlegroups.com/ .

Sebelum anda menghantarkan sesuatu email pastikan anda memeriksa email anda sebanyak 2 kali, sekurang-kurangnya. Jika anda berpuas hati, periksa sekali lagi. Jangan ada kesalahan ejaan atau tatabahasa, yang paling penting email anda tidak menginggung perasaan terlalu ramai orang. Selain daripada itu, pastikan penyampaian anda jelas dan mudah difahami. Di dalam internet email adalah terlalu mudah untuk disalah-ertikan. Adakalanya email yang kita tulis bermaksud baik, namun pengguna Internet ini terdiri daripada pelbagai golongan. Pasti ada yang tidak dapat menerima pendapat anda. Anda pasti mendapat email daripada mereka dengan nada marah.

Adalah tidak mustahil anda akan berkelahi atau berdebat panas melalui email. Di dalam internet barat ia dipanggil “flame war”. Dari segi netika Internet adalah dibolehkan untuk berdebat dan email yang isi kandungannya panas. Namun begitu jagalah tata susila bahasa anda kita tidak perlu mengikut cara Internet barat penuh kutukan dan kata-kata kesat. Berdebat dengan cara bijaksana.

Jika perdebatan anda melibat “user group”, mailing list,kumpulan chat atau pelbagainya. Anda perlu tahu apa yang anda tulis akan dibaca oleh ramai orang. Anda perlu menghormati mereka kerana ia juga mengambil masa mereka dan mungkin menambah beban dari segi penggunaan talian dan komputer, tanpa mereka kehendaki. Anda mungkin dalam pedebatan apa yang anda tulis akan meninggung perasaan orang lain dan anda kan mengajak lebih ramai lagi menyertai perdebatan ini. Perkara ini akan menimbulkan keadaan yang tidak sihat di mana jika terlalu banyak email dihantar dan terlalu banyak yang perlu dikendalikan oleh pelayan email, ini mungkin akan menyebabkan pelayan menjadi terlalu sibuk, menjadi perlahan atau terus tidak berfungsi.

Ada beberapa langkah yang anda boleh lakukan dalam penggunaan internet agar anda lebih dihormati dan dihargai lagi.

Setiap kali anda menulis pastikan anda memeriksanya sekurangnya dua kali dan jika anda telah berpuas hati. Periksa sekali lagi untuk memastikan tiada kesalahan bahasa dan tatabahasa. Tanyalah juga pada diri anda adakah ini cara anda mahu orang lain berhubung dengan anda. Jika tidak, tulis sekali lagi yang bersesuaian.

Anda juga perlu kenal tiap-tiap perisian yang anda gunakan, terutama perisian email anda. Dalam kumpulan perbincangan yang menggunakan email, terdapat pelbagai perisian email yang mempunyai formatnya sendiri dalam menghantar email. Bagi perisian email sekarang, ada kecenderungan untuk menghantar email dalam bentuk HTML. Bahasa yang digunakan dalam pelayar Internet kita. Namun begitu bukan semua perisian dapat menerima format HTML dan ini akan menimbulkan banyak masalah bagi ramai pengguna. Jika anda terlibat dengan kumpulan perbincangan adalah digalakkan untuk anda menentukan bahawa email anda dihantar dalam “plain-text” sahaja. Dengan format “plain-text”, dengan ini lebih ramai pengguna dapat membacanya.

Configuring Mail Clients to Send Plain ASCII Text

Anda juga perlu memerhatikan format penulisan email anda. Jangan sesekali menulis semuanya dalam huruf besar. Di dalam Internet ia dianggap sebagai menjerit. Perhatikan dan cuba tetapkan panjang satu baris dalam 60-70 patah perkataan sahaja. Ini adalah kerana sesetengah applikasi email akan “wrap” atau memendekkan baris-baris email anda dan ini menyebabkan email anda menjadi tidak kemas dan sukar dibaca.

Jika anda berminat untuk berkongsi satu-satu laman, janganlah hantar ruang laman itu semua. Cukuplah dengan anda meletakkan alamat laman itu. Pastikan alamat laman itu bermula dengan penuh “http://”. Ada sesetengah email akan mengenal ia sebagai sambungan laman dan ini memudahkan pembaca pergi ke laman itu dengan satu klik sahaja.

Jika anda membalas sesuatu email pastikan anda tidak mengambil semua email asal (Quote). Ambil sekadar yang berkait dengan email yang anda ingin balaskan. Anda juga perlu memberikan tajuk yang sesuai dan berkaitan dengan email anda. Jadikan tajuk email anda jelas menerangkan tentang kandungan email anda. Anda juga perlu berhati-hati setiap kali anda menghantar email, pastikan anda menghantar kepada penerima yang betul. Adalah sesuatu yang memalukan jika anda terhantar email peribadi kepada kumpulan perbincangan. Email anda akan dibaca oleh ramai orang.

Pastikan anda menyimpan email pengenalan dan permulaan kumpulan perbincangan anda. Di dalamnya ada dinyatakan cara-cara untuk berhenti daripada kumpulan. Catatkan juga alamat penyelanggara kumpulan perbincangan anda. Ini akan memudahkan anda untuk menyuarakan sebarang masalah anda. Jangan sesekali menghantar email untuk keluar ke kumpulan perbincangan. Ini hanyalah satu gangguan. Pastikan anda tahu cara untuk keluar dengan betul dan jika menghadapi masalah sila hantarkan email terus kepada penyelenggara. Bagi pengguna email percuma daripada laman seperti Yahoo, Hotmail, Ikhlas.com dan webmail. Anda perlu berhati-hati bila menekan butang hantar (send), jangan anda terhantar lebih daripada sekali. Sabarlah menunggu, mungkin pelayan laman anda lambat atau perlahan dalam melayan permintaan anda. Selalunya jika pelayan laman email anda menghadapi masalah ia akan keluarkan, laporan masalah kepada anda.

Cuba elakkan diri anda daripada mengiklankan perniagaan anda di dalam kumpulan perbincangan. Pastikan jika anda mahu juga mengiklankan sesuatu, lihat samada ia boleh diterima dengan baik oleh kumpulan perbincangan itu. Pastikan anda meletakkan dalam subject perkataan IKLAN atau “AD” bagi kumpulan perbincangan barat.

Dengan mematuhi netika dan undang-undang tidak bertulis ini, anda akan membuat internet sesuai untuk hampir semua orang. Internet memerlukan kerjasama dan sikap tolenrasi penggunanya. Jadikan anda diterima oleh dengan mematuhi kehendak-kehendak penghuninya .

Rujukan lain.

Netiquette home page

Achiving the Internet

RFC 1855 Netiquette Guidelines

Perisian Email Pilihan

Mail Archive


Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

Artikel Kemas kini versi 1.1
1 Mar 2008

Artikel Asal Versi 1

Harisfazillah Jamel
6 Dis 2002

Oleh : Harisfazillah Jamel
Untuk http://cikgucyber.blogspot.com/

Kemas kini 24 Nov 2013.

Kongsikan Keadaan Jerebu Setempat Secara Rangkaian Sosial Internet

22 Jun 2013 | Label: , , , | |


Kongsikan Keadaan Jerebu Setempat Secara Rangkaian Sosial Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mohon jasa baik dan kerja sama semua penduduk Malaysia dan Asia Tenggara untuk berkongsi keadaan jerebu setempat (haze) secara hubungan rangkaian sosial Internet.


Gunakan hashtag bagi setiap perkongsian keadaan jerebu dalam Twitter, Facebook, Foursquare dan Google+ :-

#jerebu

#myhaze


Contoh penggunaan hashtag boleh anda lihat di Facebook Page "Bukan Sekadar Internet Sahaja"

 https://www.facebook.com/Bukan.Sekadar.Internet.Sahaja

Jerebu semakin buruk. Jam 9.55 pagi dan bau asap boleh dihidu. Ini gambar sekitar Keramat. Harap rakan-rakan lain boleh kongsikan keadaan jerebu dengan hashtag #jerebu dan #myhaze http://instagram.com/p/a1-znxSEp5

Gambar banyak membantu dalam perkongsian maklumat. Contoh yang boleh anda lihat adalah melalui Instagram ini

http://instagram.com/p/a1-znxSEp5

Perkongsian ini boleh membantu penduduk setempat dalam mengetahui keadaan jerebu (haze) yang meningkat dan membuat langkah-langkah menjaga kesihatan. Dinasihatkan :-

  1. Minum banyak air
  2. Pakai penutup mulut dan hidung
  3. Kurangkan aktiviti luar rumah dan bangunan
  4. Tutup pintu dan tingkap rumah
  5. Makan buah-buahan yang kaya vitamin C, untuk meningkatkan pertahanan badan.

Laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar Air Pollutant Index (API)


http://www.doe.gov.my/apims/index.php


Sebarkan maklumat jerebu di Malaysia dengan hashtag #jerebu dan #myhaze

Bukan Sekadar Internet Sahaja

Harisfazillah Jamel

22 Jun 2013

Hashtag Facebook #jerebu

https://www.facebook.com/hashtag/jerebu

Hashtag Facebook #myhaze

https://www.facebook.com/hashtag/myhaze


Keramat 9.54 Pagi 22 Jun 2013

Setiawangsa 12.35 22 Jun 2013

Tips Penggunaan Kad Kredit Dan Kad Debit

07 Mei 2013 | Label: , , | |




Panduan dan tips penting untuk anda menjaga kad kredit dan debit kad anda.


  1. Perkara paling penting, anda perlu menjaga kad kredit dan debit anda seperti wang tunai, Simpan ia dengan selamat. Hilang dan disalahguna anda mungkin menanggung hutang yang bukan sepatutnya anda bayar akibat salahguna orang lain.

  2. Kad debit juga perlu dijaga seperti mana kad kredit dan wang tunai anda. Dengan kemudahan pembayaran elektronik kad debit yang semakin diterima dan bank-bank mula satukan akaun simpanan dengan kemudahan kad debit ini, ia memudahkan pembayaran tanpa perlu keluarkan wang tunai.

    Namun, ia turut meningkat risiko kad debit dicuri dan disalahguna oleh pihak lain.

    Anda boleh ketahui kad ATM bank anda adalah kad debit apabila ia mempunyai lambang Visa atau Mastercard. Sila dapatkan maklumat lanjut daripada bank anda.

  3. Pastikan kad kredit dan debit kad ditanda tangan dibelakang dengan pen dakwat kekal (ball-point pen). Pastikan ianya sama apabila anda tanda tangan membuat bayaran 

    Anda perlu minta penjual untuk periksa semula tanda tangan anda pada kad dan juga resit bayaran. Perkara ini perlu dilakukan oleh penjual untuk mengelakkan penipuan bayaran melalui kad kredit dan debit.

  4. Apabila menerima kad baru, buat panggilan kepada perkhidmatan pelanggan bank anda untuk pengesahan diri anda dan kad. Sahkan nombor kad dan anda adalah pemiliknya adalah sama pada kad dan dalam rekod bank anda.

  5. Pastikan setiap masa anda ketahui dimana kad kredit dan debit kad anda berada. Seperti mana anda sentiasa periksa duit anda dalam dompet atau beg, pastikan juga anda turut periksa kad kredit dan debit anda.

  6. Setiap kali anda membuat bayaran, pastikan maklumat adalah tepat dan sama seperti yang dipersetujui. Tanya kepada penjual sekira anda perlu membayar khidmat penggunaan kad. Apabila puashati barulah anda tandatangan ia.

  7. Batalkan kertas bayaran yang silap dengan menandakan  dengan pen, dengan perkataan BATAL atau VOID secara melintang diatas kertas bayaran.

  8. Pastikan kad kredit dan debit kad anda dipulangkan kepada anda beserta salinan slip bayaran. Jangan buang slip bayaran sehingga anda mendapat penyata kad kredit dan debit kad anda. Pastikan maklumat pada slip bayaran dan penyata adalah sama. Sebarang keraguan perlu dengan segera dilaporkan kepada pihak bank dalam masa 14 hari, bergantung kepada polisi setiap bank.

  9. Apabila berlaku kehilangan, dicuri atau ada pembayaran yang meragukan, sila dengan segera telepon perkhidmatan pelanggan untuk membatalkan kad dan pembayaran.

  10. Anda tahu nombor telepon perkhidmatan bank anda? Cari dan catatkan ia sekarang.

  11. Setiap kad kredit dan debit mempunyai nombor pin. Jangan dedahkan ia dan sentiasa menukarkan nombor pin dengan kerap.

  12. Jangan pinjamkan kad kredit dan debit anda kepada orang lain. Kad kredit dan debit anda adalah untuk penggunaan anda sahaja. Anda mungkin tidak dilindungi sekiranya ada bayaran tidak sah berlaku dan ia telah digunakan oleh orang lain.

  13. Pastikan penyata kad anda diterima pada alamat yang anda daftarkan setiap bulan. Sekiranya anda menerima melalui email maka pastikan anda menerima ia dalam bentuk PDF atau format yang boleh dicetak semula dengan kemas dan cantik. Adakah anda tahu tarikh penyata dikeluarkan dan bila bayaran akhir? Sila catatkan.

  14. Pastikan setiap pembayaran atas talian (online) melalui Internet, anda menerima nombor rahsia pembayaran melalui sms dan anda menerima pengesahan pembayaran telah dibuat juga melalui sms. Hubungi perkhidmatan bank anda jika ini tidak berlaku.

  15. Pastikan pembayaran dibuat melalui atas talian (online) dilakukan pada komputer peribadi anda bukannya menggunakan komputer yang dikongsi ramai. Pastikan anda masukkan maklumat kad kredit atau debit pada laman web yang berciri selamat seperti penggunaan sijil digital dan protokol HTTPS.


Kad kredit dan debit anda adalah umpama wang ringgit anda. Gunakan dengan cermat dan simpan ia dengan selamat.



Artikel oleh,

Harisfazillah Jamel

06 Mei 2013

Hakcipta adalah dituntut oleh penulis.

http://www.tipswanita.com/

Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia ke 13 (PRU13)

05 Mei 2013 | Label: | |


Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia ke 13 (PRU13)

Sila lawat laman web ini untuk Keputusan PRU13 melalui laman web SPR

http://keputusan.spr.gov.my/

Berita semasa Pilihan raya Malaysia ke 13 turut boleh didapati melalui laman web News Google

http://www.google.com/elections/ed/my/home

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia turut mempunyai laman Facebook untuk PRU13. Dapatkan maklumat lanjut disini :-

https://www.facebook.com/pages/Pilihan-Raya-Umum-ke-13/284414261652527

Untuk Dashboard lain boleh juga rujuk disini

http://live.undi.info/

Moga ini membantu semua.

Harisfazillah Jamel

5 Mei 2013.

Bukan Sekadar Internet Sahaja

https://www.facebook.com/Bukan.Sekadar.Internet.Sahaja

Google Buzz LinuxMalaysia

24 Mac 2013 | Label: , , , | |


Google Buzz telah ditamatkan perkhidmatannya oleh Google. Untuk sebarang kemas kini saya dan Blog Cikgu Cyber sila sertai Twitter LinuxMalaysia dan Facebook Page Bukan sekadar Internet Sahaja.

24 Mar 2013

Google Buzz LinuxMalaysia
Adakah anda telah mencuba Google Buzz? Jika tidak lawat laman ini untuk daftarkan diri anda.


Jika anda pengguna Twitter dan Facebook, Google Buzz adalah kemas kini status (status update) yang digabungkan dengan kemudahan email Gmail. Anda boleh kongsikan pandangan anda secara umum atau secara peribadi kepada rakan-rakan. Malah berkongsi artikel, gambar dan video.

Satu lagi kemudahan yang menarik ialah anda boleh gabungkan laman-laman yang kepunyaan anda agar setiap kemas kini laman web anda turut di dipaparkan dalam Buzz. Hanya pilih dalam Google Buzz “Connected Sites”.

Anda juga boleh gabungkan kemas kini anda daripada laman web Twitter, Picasa, Flickr, and Google Reader.

Menarik bukan?

Daftarkan diri anda dan untuk permulaan hubungkan Buzz anda dengan Buzz LinuxMalaysia


Anda juga boleh sertai rangkaian kemas kini saya di Twitter


Yahoo! Pulse


Buka Sekadar Internet Sahaja Facebook


Saya menumpukan pengkongsian mengenai komputer dan Internet yang melibatkan perisian sumber terbuka atau Open Source Sofware (OSS). Ikut saya untuk perkembangan mengenai perisian sumber terbuka, daripada kaca mata LinuxMalaysia.

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di


haris-subscribe@yahoogroups.com

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di


Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

Email : linuxmalaysia @ gmail . com

24 Oct 2010



Dapatkan email-email terus dari


I love Aardvark! Join my network so we can help each other out... http://vark.com/s/foGQ

Malaysia Open Source Conference (MOSCMY) 2013

05 Mac 2013 | Label: , , | |



Laman Facebook Page MOSC.my


Sejarah :-


Malaysia Open Source Conference atau persidangan sumber terbuka Malaysia adalah persidangan tahunan yang telah dijayakan sejak tahun 2009. Ia adalah usaha komuniti perisian sumber terbuka atau Open Source Software Community (OSS) bagi mengadakan acara tahunan yang dapat mengumpulkan komuniti OSS dan orang ramai dalam memperkenalkan dan mengembangkan OSS di Malaysia.

Multimedia Development Corporation atau MDeC telah menjadi penaung dan penaja utama bagi MSC Malaysia Open Source Conference (MSC CONF) 2009 dan MSC Malaysia Open Source Conference (MOSCMY) 2010. Pada tahun 2011, AMDI USM pula telah menjadi penaung dan penaja bagi Malaysia Open Source Conference di Pulau Pinang.

Ini adalah usaha sukarela kami dalam komuniti OSS. Secara tradisi, setiap awal tahun, kami akan berkumpul semula, berbincang dan memilih mana-mana individu yang mahu secara sukarela mengendalikan MOSC.my. Ia umpama kami "Factory Reset" semua usaha kami sebelum ini. Ia merupakan satu yang sukar namun ia dapat memberi peluang kepada ramai daripada kami dalam komuniti OSS menimbang pengalaman dan pengetahuan dalam mengendalikan persidangan sumber terbuka dan diharapkan dengan pengalaman itu ia dapat memberikan mereka pengalaman dalam menghasilkan perisian OSS yang bertaraf dunia.

Untuk permulaan komuniti akan melakukan beberapa perkara permulaaan bagi tujuan pemasaran dan pendedahan. Dua perkara yang kami akan lakukan adalah :-

1) Menerbitkan semula slide penceramah-penceramah dan bahan-bahan MOSC.my sebelum ini yang bermula sejak tahun 2009 sehingga 2012. Perkongsian bahan-bahan tersebut akan dilakukan dilaman Facebook Malaysia Open Source Conference 2013 dan portal rasmi simpanan (archive) kami.

Malaysia Open Source Conference Facebook Page


Portal pengumpulan bahan-bahan MOSC.my dan Secretariat MOSC2013


Dengan itu kami ingin menjemput anda semua untuk Like MOSC.my Facebook Page dan juga melawat Portal MOSC.my bagi mendapatkan salinan bahan-bahan MOSC.my

2) Bagi tujuan pemasaran kami turut menyediakan kemudahan-kemudahan rangkaian sosial bagi tujuan promosi dan hubungan dengan peminat-peminat MOSC.my

Anda boleh sertai Twitter MOSC.my di


dan perbincangan mengenai persidangan MOSC.my melalui Facebook Group OSDC.my di


Untuk makluman, laman Web Rasmi Malaysia Open Source Conference (MOSC.my) akan dilancarkan pada April 2013. Nantikan pengumumannya melalui Twitter MOSC.my

Moga usaha kami ini mendapat sokongan daripada semua.

Sekian, terima kasih.

Harisfazillah Jamel
LinuxMalaysia




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular