Perniagaan Anda Secara Virtual Dengan Google Business Photos

07 Februari 2014 | Label: , | |


Perniagaan Anda Secara Virtual Dengan Google Business Photos

Tentu anda berminat untuk melihat keadaan satu kedai atau perniagaan sebelum anda berkunjung ke sana. Tentu lagi menarik hanya dengan perisian pelayar Internet, dalaman sebuah kedai atau perniagaan, rekabentuk, susun atur boleh dilawati tanpa perlu anda hadir sendiri ke kedai tersebut.

Bagi memahami maksud ini, sila lawat laman web ini "Google Business Photos in Malaysia".

http://www.seeinside.my/

Ia membolehkan anda untuk melawat kedai dan perniagaan secara virtual. Antara yang dipaparkan adalah restoran, kedai basikal, kedai jualan pakaian, kedai kopi dan pelbagai lagi. Sebagai contoh, pada muka laman utama Google Business Photos In Malaysia , anda akan dibawa secara virtual melawat dalaman restoran Laman Grill, steak & bar-b-que, Persiaran Sukan, Shah Alam, Selangor. Gunakan tetikus anda untuk melihat sekeliling 360 darjah dan bergerak seluruh arah, dalam restoran tersebut.

Kemudahan yang disediakan ini adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Google melalui Google Business Photos. Ia menggunakan teknologi Google Maps Street View dan Photo Sphere bagi menayangkan keadaan dalaman kedai secara virtual. Gabungan Google+, Google Maps dan Google Business Photos membolehkan perniagaan anda lebih ketara dan mudah dicari di Internet melalui Google.

Satu lagi perkhidmatan yang menarik untuk dicuba adalah Google Photos Sphere. Gambar-gambar pada atas peta boleh dilihat dengan sudut pandangan 360 darjah sekeliling. Gambar-gambar yang diambil telah dicantumkan sebegitu untuk memudahkan ianya dilihat dan lebih interaktif. Bagi anda yang mahu menyumbang kepada Google Photo Sphere boleh melawat laman web ini

https://www.google.com/maps/about/contribute/photosphere/

Anda boleh mengambil gambar secara panorama dan kemudian menyumbang kepada Photo Sphere. Apa yang telah disumbang boleh dicari dan dilihat melalui laman web ini :-

http://goo.gl/6qKTqz

Laman web diatas, adalah carian kepada sumbangan Google Photos Sphere untuk peta Malaysia. Cubalah.

Dan bagi anda yang mahu mencuba perisian sumber terbuka bagi proses menyatukan gambar bagi tujuan pandangan panorama, anda boleh mencuba Hugin iaitu dalam carian Google "360 panorama software open source".

http://hugin.sourceforge.net/

dan bagi anda yang menggunakan perisian Hugin atau mengambil gambar menggunakan fungsi , pastikan anda masukkan maklumat metadata Photosphere sebelum muat naik. Antaranya adalah :-

http://photo-sphere.appspot.com/

Sila rujuk laman web ini untuk maklumat lanjut :-

https://sites.google.com/site/carpebble/home/360x180-panoramas/photospheres-on-google

Sekian, terima kasih.

Sumbangan :-

Harisfazillah Jamel

Lovhafnie

7 Feb 2014.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular