Bengkel Ilmu Open Source Software Malaysia

28 Februari 2009 | Label: , | |


Bengkel Ilmu Open Source Software

Komuniti Open Source Software di Malaysia aktif menjalankan bengkel, kelas, perjumpaan (meetup) dan majlis pekongsian ilmu. Pelbagai bidang dalam dunia ICT dibincangkan dalam setiap bengkel, kelas dan perjumpaan (meetup) yang meliputi bidang teknikal komputer, programming dalam pelbagai bahasa komputer seperti PHP, Ruby on Rail dan perl, dan pelbagai lagi.

Aktiviti-aktiviti ini dijalankan secara sukarela, percuma atau dengan bayaran yang minimum (tampung kos sahaja).

Bagi mendapatkan aktiviti-aktiviti dalam dunia OSS Malaysia sila lawat laman-laman web kumpulan-kumpulan OSS di Malaysia. Antaranya :-

FOSS.org.my Meetups

atau melalui Planet FOSS blogger OSS di Malaysia.


Kumpulan Pengguna Linux Ubuntu Malaysia


atau melalui forum Ubuntu Malaysia di


Kumpulan-kumpulan lain yang mengadakan perjumpaan (meetups)

Forum Ittutor.net


MyPenguin99


Senarai kumpulan-kumpulan OSS di Malaysia

Senarai kumpulan OSS Malaysia di blog MOSCA

Senarai OSS Group Malaysia di Knowledge Bank OSS MAMPU

Adalah penting bagi kita untuk meluaskan ilmu pengetahuan dalam bidang OSS ini bagi menambah ilmu, menghadapi masalah kemelesetan ekonomi dan meningkatkan diri untuk tidak bergantung kepada orang lain. Bagi kita di Malaysia pengetahuan dalam OSS memboleh kita membina pelbagai lagi aplikasi sendiri dan meningkatkan jumlah mereka yang jumlah jurutera, programmer dan penyelidik dalam bidang ICT.

Saya turut menyiarkan maklumat bengkel, aktiviti dan acara OSS Malaysia dalam blog Harisfazillah Jamel di


Bagi anda yang ingin kongsikan maklumat acara, bengkel dan seminar melibatkan OSS sila email kepada saya di

linuxmalaysia @ gmail.com

Jika ada sesiapa yang boleh menaja tempat, saya dan rakan-rakan yang lain boleh mengajar hujung minggu untuk orang awam dan pelajar. Yang biasa dilakukan adalah dengan membentuk kumpulan dan berkongsi untuk menampung kos sewa makmal komputer.

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di


haris-subscribe@yahoogroups.com

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di


Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

28 Feb 2009

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Making Money Online For Malaysian

Senarai pelbagai artikel-artikel

RAID5 Dan RAID6

10 Februari 2009 | Label: | |


Saya sedang mengkaji kesesuaian perkakasan bagi tujuan membuat virtualization. Laman web yang bersesesuaian saya senaraikan disini.

http://blog.harisfazillah.info/2009/02/virtualization-notes.html

Buat masa ini adalah mengenai RAID.

RAID5 RAID6 menggunakan "Strip" (RAID 0) dalam pembahagian data ke semua harddisk dalam RAID. Ini memastikan data dapat dibaca dan ditulis dengan lebih laju berbanding capaian satu data dalam satu harddisk. "Strip" juga lebih laju bila dibandingkan dengan Mirror (RAID 1).

RAID 5 dan RAID6 menggunakan "parity" data untuk tujuan "tahan kegagalan" dan "Siap Sedia". "Parity" data ini turut dibahagikan kepada semua harddisk dalam RAID. "Parity" data saiznya sebesar saiz harddisk paling besar dalam RAID.

RAID6 pula menambahkan satu lagi parity data ini. Yang juga dibahagikan antara semua harddisk dalam RAID. Ini membolehkan RAID6 menghadapi keadaan rosak 2 harddisk. Namun RAID6 meningkatkan masa untuk "tulis" kerana 2 set parity data perlu ditulis. Harddisk yang lebih laju diperlukan bagi mengatasi kelemahan ini.

RAID5 memerlukan minimum 3 harddisk dan bertahan 1 harddisk rosak.
RAID6 memerlukan minimum 4 harddisk dan betahan 2 hardisk rosak.

http://www.facebook.com/home.php#/note.php?note_id=49652997860


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular