S.M.A.R.T Untuk Cakera Keras Anda Lakukan Pemeriksaan

20 April 2014 | Label: | |


S.M.A.R.T Untuk Cakera Keras Anda

S.M.A.R.T Untuk Cakera Keras Anda

Kami telah menjalankan Smartmontools http://sourceforge.net/apps/trac/smartmontools/wiki iaitu perisian utiliti bagi mendapatkan maklumat tentang cakera keras komputer. Bagi memudahkan pengendalian Smartmontools boleh dikawal melalui perisian GSmartControl http://gsmartcontrol.sourceforge.net/home/

Cakera keras masa kini dibangunkan dengan teknologi S.M.A.R.T bagi membolehkan keadaan cakera keras dikuti melalui perisian seperti HDTune. Dengan ini sebarang masalah kepada cakera keras dapat dikesan daripada awal dan pengguna dapat membuat penukaran awal dan menyalin data ke tempat lain.

Disamping itu dengan pengesan haba, suhu cakera keras dapat ketahui. Suhu yang tinggi seperti lebih 55 darjah Celcius boleh merosakkan cakera keras. Dengan perisian ini keadaan suhu yang tinggi boleh dikesan dan anda akan diberikan amaran.

Cekupan skrin adalah hasil menjalankan "Extended Self-Test" yang melibatkan pemeriksaan permukaan cakera keras. Ujian yang dijalankan oleh pemeriksaan ini tidak menunjukkan sebarang masalah.

Sertai Dunia Digital Facebook untuk lagi tips dan petua penggunaan komputer dan Internet.

https://www.facebook.com/Dunia.Digital

Amaran Untuk Pentadbir Sistem Laman Web : OpenSSL Heartbleed Information Disclosure Vulnerability

08 April 2014 | Label: , | |





Amaran Untuk Pentadbir Sistem Laman Web : OpenSSL Heartbleed Information Disclosure Vulnerability

[HIGH ALERT] Status SEGERA dan KRITIKAL.

Semua laman web HTTPS, yang menggunakan OpenSSL sama ada Apache, Nginx dan lain-lain, dalam Linux atau Windows, XAMPP. Sila segerakan kemasan (upgrade).

Rujukan


https://www.openssl.org/news/secadv_20140407.txt

Amaran dari MyCERT http://www.mycert.org.my/en/services/advisories/mycert/2014/main/detail/963/index.html

Pengesanan


Saya gunakan https://www.ssllabs.com/ssltest/ untuk periksa OpenSSL apa yang digunakan.

Selepas keputusan keluar gunakan fungsi find (CTRL dan F) dalam page result, cari OpenSSL. Apa jua versi 1.0.1 perlu kemasan ke 1.0.1g

Bacaan lanjut

http://heartbleed.com/



Bantuan


Pertanyaan dan panduan boleh berbincang di Perbincangan OWASP.my di Facebook

https://www.facebook.com/groups/owaspmy/

Sebaran oleh Harisfazillah Jamel (LinuxMalaysia)

8 Apr 2014

Endorse  on Coderwall

OpenSSL Security Advisory [07 Apr 2014]


TLS heartbeat read overrun (CVE-2014-0160)


A missing bounds check in the handling of the TLS heartbeat extension can be
used to reveal up to 64k of memory to a connected client or server.

Only 1.0.1 and 1.0.2-beta releases of OpenSSL are affected including
1.0.1f and 1.0.2-beta1.

Thanks for Neel Mehta of Google Security for discovering this bug and to
Adam Langley <agl@chromium.org> and Bodo Moeller <bmoeller@acm.org> for
preparing the fix.

Affected users should upgrade to OpenSSL 1.0.1g. Users unable to immediately
upgrade can alternatively recompile OpenSSL with -DOPENSSL_NO_HEARTBEATS.

1.0.2 will be fixed in 1.0.2-beta2.

Peningkatan Trend Bagi Carian Google Malaysia Dan MH370

22 Mac 2014 | Label: | |


Peningkatan Trend Bagi Carian Google Malaysia Dan MH370

Ini adalah pandangan secara objektif. Peristiwa MAS #MH370 telah meningkatkan minat pengguna Internet dunia untuk Google tentang Malaysia. Perkara ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak yang mempunyai ranking yang tinggi Google terutama laman-laman kerajaan Malaysia. Anda boleh lihat sendiri disini.

http://goo.gl/DbOmlq

http://www.google.com/trends/explore?hl=en-US&q=Malaysia,+MH370,+/m/049d1&date=today+1-m&cmpt=q&content=1

Oleh kerana matlumat ini sentiasa berubah dan sementara, cekupan skrin 30 hari yang diambil pada 22 Mac 2014 boleh dirujuk dibawah ini.

Peluang untuk menyampaikan maklumat yang tepat perlu diambil daripada peningkatan trend yang mendadak ini. Antaranya, membuat satu laman khusus MAS MH370 dan diisikan dengan maklumat yang hendak disampaikan.

Google Page Rank Checker boleh digunakan untuk mengetahui Google page rank anda.

http://www.prchecker.info/

dan daftarkan laman web anda dengan untuk membaiki lagi laman web dalam meningkatkan page rank. https://www.google.com/webmasters/tools
 Perkongsian Twitter :-

Google Trends - Web Search interest: malaysia, mh370, Kuala Lumpur - Worldwide, Past 30 days  http://goo.gl/DbOmlq #googletrendsexplore







Ruang Perbincangan Mencari MH370 Dengan Bantuan Satelit Imej

12 Mac 2014 | Label: | |


Ruang Perbincangan Mencari MH370 Dengan Bantuan Satelit Imej

Sila sertai Facebook Group Carian MAS MH370 Dengan Imej Satelit

https://www.facebook.com/groups/mh370satelitmencari/

Ruang perbincangan ini dibuka bagi tujuan perbincangan dan perkongsian mana-mana individu yang ingin membantu mencari MH370 dengan imej satelit oleh Tomnod.com. Ruang perbincangan ialah usaha sukarela saya sendiri tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Bagi yang berminat membantu sila tuju dan daftar disini

http://www.tomnod.com/nod/challenge/malaysiaairsar2014

Mohon kongsikan nombor peta (map number) pada ruang sebelah bawah kanan, apa jua yang anda jumpa dan telah anda tag untuk tujuan pengesahan oleh ahli-ahli lain.

Anda boleh email saya Harisfazillah Jamel linuxmalaysia@gmail.com untuk sebarang pertanyaan secara peribadi.

Ini hanya usaha sukarela sendiri tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Sekian, terima kasih.

Haris

Bukan Sekadar Internet Sahaja.

12 Mar 2014.

Artikel asal

http://cikgucyber.blogspot.com/2014/03/carian-secara-crowdsourcing-satellite.html

Carian Secara Crowdsourcing Satellite Imagery Search - Cadangan Untuk MAS MH370

09 Mac 2014 | Label: , | |


Carian Secara Crowdsourcing Satellite Imagery Search - Cadangan Untuk MAS MH370

Saya cadangkan carian secara crowdsourcing satellite imagery untuk mencari MAS MH370. Cara ini boleh membuat "keyboard" worriors membantu dalam mencari tanda-tanda di kawasan laut dijangkakan MAS MH370 berada.

Dapatkan gambar-gambar satelit nilai tinggi untuk 3 hari ini dan kumpulkan pada servers dan berikan capaian kepada orang awam untuk mencari sebarang tanda-tanda.

Ini contoh grid carian dengan menggunakan Google Maps Search. Ujian anda adalah untuk mencari sebuah kapal sekitar grid ini dan sila komen alamat koodinat GPS, sekiranya anda menjumpai sebarang kapal dalam ujian ini.

https://www.google.com.my/maps/search/7.25,103.2320/@7.25,103.232,8z

Sila tukarkan kepada imej "Satellite".

Ini hanya ujian untuk anda kemampuan anda membantu sekiranya "crowdsourcing satellite imagery" disediakan. Dan bayangkan sukar mana pasukan mencari dan menyelamat di dunia nyata.


Arikel yang berkaitan.

http://www.digitalglobeblog.com/2013/09/01/crowdsourcingnina/

dan laman web berkaitan

http://www.tomnod.com/

Bukan Sekadar Internet Sahaja

https://www.facebook.com/Bukan.Sekadar.Internet.Sahaja


MH370 - Maklumat Semasa Malaysia Airlines MH370

| Label: , , , | |


MH370 - Maklumat Semasa Malaysia Airlines MH370

Sebarkan laman web ini untuk maklumat terkini dan rasmi berkenaan Malaysia Airlines MH370. Adalah penting untuk mengetahui dan menyerbarkan maklumat yang benar dan tepat.

http://www.malaysiaairlines.com/my/en/site/dark-site.html

dan http://bit.ly/MH370updates

dan Facebook Malaysia Airlines (MAS)

https://www.facebook.com/my.malaysiaairlines

Sila Like dan berikan sokongan positif kerana syarikat penerbangan rasmi milik negara kita.

Perbincangan secara teknikal boleh anda baca disini. https://www.facebook.com/flightradar24/posts/678729728833120

dan topik perbincangan di forum Flight24.com

http://forum.flightradar24.com/threads/7146-Malaysia-Airlines-Flight-Goes-Missing-En-Route-to-China-Flight-MH370

Perjalanan MAS MH370 Kuala-Lumpur Ke Beijing pada 7 Mar 2014 http://www.flightradar24.com/data/flights/mh370#2d81a27
 
Laman web Flightradar24.com menyediakan kemudahan untuk mengikut perjalanan kapal terbang di udara. Anda boleh gunakan laman web ini untuk mengetahui perjalanan udara orang yang tersayang. Gunakan laman web dibawah untuk maklumat udara sekitar Malaysia.

http://www.flightradar24.com/4.23,106.4/6

Bukan Sekadar Internet Sahaja.

https://www.facebook.com/Bukan.Sekadar.Internet.Sahaja



Perniagaan Anda Secara Virtual Dengan Google Business Photos

07 Februari 2014 | Label: , | |


Perniagaan Anda Secara Virtual Dengan Google Business Photos

Tentu anda berminat untuk melihat keadaan satu kedai atau perniagaan sebelum anda berkunjung ke sana. Tentu lagi menarik hanya dengan perisian pelayar Internet, dalaman sebuah kedai atau perniagaan, rekabentuk, susun atur boleh dilawati tanpa perlu anda hadir sendiri ke kedai tersebut.

Bagi memahami maksud ini, sila lawat laman web ini "Google Business Photos in Malaysia".

http://www.seeinside.my/

Ia membolehkan anda untuk melawat kedai dan perniagaan secara virtual. Antara yang dipaparkan adalah restoran, kedai basikal, kedai jualan pakaian, kedai kopi dan pelbagai lagi. Sebagai contoh, pada muka laman utama Google Business Photos In Malaysia , anda akan dibawa secara virtual melawat dalaman restoran Laman Grill, steak & bar-b-que, Persiaran Sukan, Shah Alam, Selangor. Gunakan tetikus anda untuk melihat sekeliling 360 darjah dan bergerak seluruh arah, dalam restoran tersebut.

Kemudahan yang disediakan ini adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Google melalui Google Business Photos. Ia menggunakan teknologi Google Maps Street View dan Photo Sphere bagi menayangkan keadaan dalaman kedai secara virtual. Gabungan Google+, Google Maps dan Google Business Photos membolehkan perniagaan anda lebih ketara dan mudah dicari di Internet melalui Google.

Satu lagi perkhidmatan yang menarik untuk dicuba adalah Google Photos Sphere. Gambar-gambar pada atas peta boleh dilihat dengan sudut pandangan 360 darjah sekeliling. Gambar-gambar yang diambil telah dicantumkan sebegitu untuk memudahkan ianya dilihat dan lebih interaktif. Bagi anda yang mahu menyumbang kepada Google Photo Sphere boleh melawat laman web ini

https://www.google.com/maps/about/contribute/photosphere/

Anda boleh mengambil gambar secara panorama dan kemudian menyumbang kepada Photo Sphere. Apa yang telah disumbang boleh dicari dan dilihat melalui laman web ini :-

http://goo.gl/6qKTqz

Laman web diatas, adalah carian kepada sumbangan Google Photos Sphere untuk peta Malaysia. Cubalah.

Dan bagi anda yang mahu mencuba perisian sumber terbuka bagi proses menyatukan gambar bagi tujuan pandangan panorama, anda boleh mencuba Hugin iaitu dalam carian Google "360 panorama software open source".

http://hugin.sourceforge.net/

dan bagi anda yang menggunakan perisian Hugin atau mengambil gambar menggunakan fungsi , pastikan anda masukkan maklumat metadata Photosphere sebelum muat naik. Antaranya adalah :-

http://photo-sphere.appspot.com/

Sila rujuk laman web ini untuk maklumat lanjut :-

https://sites.google.com/site/carpebble/home/360x180-panoramas/photospheres-on-google

Sekian, terima kasih.

Sumbangan :-

Harisfazillah Jamel

Lovhafnie

7 Feb 2014.



Adakah Anda Rasa Tertipu Atau Ditekan Dengan Perkhidmatan Internet P1 WiMAX?

02 Januari 2014 | Label: , , , | |


Adakah Anda Rasa Tertipu Atau Ditekan Dengan Perkhidmatan Internet P1 WiMAX?

Sila Sertai Kumpulan Facebook Pengguna "P1 Wimax Sucks"

https://www.facebook.com/groups/159121421506/

Sama ada anda pengguna atau pernah mengguna atau tidak, jom bergabung untuk perjuangkan hak pengguna Malaysia. Sebagai warga negara Malaysia, orang lain tidak berhak melayan kita bagai kelas bawahan kerana kita ada berhutang. Dan lebih meyakitkan hati, diikat dengan pelbagai syarat dan kontrak yang lagi menambah hutang.

Suara kumpulan pengguna yang kecewa dengan perkhidmatan Internet P1 WIMAX telah diterbitkan dalam Utusan Malaysia, bertarikh 1 Jan 2014

Antara petikan :-

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Kira-kira 18,000 pengguna P1 Wimax didakwa tertipu dengan perkhidmatan jalur lebar syarikat itu selepas kegagalan memberikan kemudahan capaian internet terbaik.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, dakwaan ini berikutan ramai pengguna melanggan perkhidmatan tersebut terpaksa berdepan tindakan disenaraihitamkan oleh agensi rujukan kredit, Credit Tip Of Service Sdn. Bhd. (CTOS).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140101/dn_21/18,000-pengguna-dakwa-tertipu#p1wimaxsucks

© Utusan Melayu (M) Bhd

Himpunan artikel dan berkaitan 18,000 Pengguna P1 WIMAX Didakwa Tertipu http://says.com/my/news/14148/shares/6218 #Malaysia

Lagi artikel di Sinar Harian Pengguna dakwa teraniaya - 1 Januari 2014

http://www.sinarharian.com.my/pengguna-dakwa-teraniaya-1.236111

Dipetik daripada Kumpulan Facebook P1 Wimax Sucks

The purpose of this group is to stand for our rights as a P1 wimax subscriber to demand better service and not suffer from their ads campaign.
  1. Cancellation fees should be F.O.C since service provider can't provide what stated on their headline ads as Fastest and uninterrupted.
     
  2. Charges should be according to the current situation which automatically reduce until full restoration on speed and no call require to demand for discount / less.
     
  3. Clear our names from CTOS.
     
  4.  Be more ethical on Promotions and Campaign.

  5. Please report your problem to SKMM and please write in details your problem and your claim (click link below)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular