S.M.A.R.T Untuk Cakera Keras Anda Lakukan Pemeriksaan

20 April 2014 | Label: | |


S.M.A.R.T Untuk Cakera Keras Anda

S.M.A.R.T Untuk Cakera Keras Anda

Kami telah menjalankan Smartmontools http://sourceforge.net/apps/trac/smartmontools/wiki iaitu perisian utiliti bagi mendapatkan maklumat tentang cakera keras komputer. Bagi memudahkan pengendalian Smartmontools boleh dikawal melalui perisian GSmartControl http://gsmartcontrol.sourceforge.net/home/

Cakera keras masa kini dibangunkan dengan teknologi S.M.A.R.T bagi membolehkan keadaan cakera keras dikuti melalui perisian seperti HDTune. Dengan ini sebarang masalah kepada cakera keras dapat dikesan daripada awal dan pengguna dapat membuat penukaran awal dan menyalin data ke tempat lain.

Disamping itu dengan pengesan haba, suhu cakera keras dapat ketahui. Suhu yang tinggi seperti lebih 55 darjah Celcius boleh merosakkan cakera keras. Dengan perisian ini keadaan suhu yang tinggi boleh dikesan dan anda akan diberikan amaran.

Cekupan skrin adalah hasil menjalankan "Extended Self-Test" yang melibatkan pemeriksaan permukaan cakera keras. Ujian yang dijalankan oleh pemeriksaan ini tidak menunjukkan sebarang masalah.

Sertai Dunia Digital Facebook untuk lagi tips dan petua penggunaan komputer dan Internet.

https://www.facebook.com/Dunia.Digital


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular