RAID5 Dan RAID6

10 Februari 2009 | Label: | |


Saya sedang mengkaji kesesuaian perkakasan bagi tujuan membuat virtualization. Laman web yang bersesesuaian saya senaraikan disini.

http://blog.harisfazillah.info/2009/02/virtualization-notes.html

Buat masa ini adalah mengenai RAID.

RAID5 RAID6 menggunakan "Strip" (RAID 0) dalam pembahagian data ke semua harddisk dalam RAID. Ini memastikan data dapat dibaca dan ditulis dengan lebih laju berbanding capaian satu data dalam satu harddisk. "Strip" juga lebih laju bila dibandingkan dengan Mirror (RAID 1).

RAID 5 dan RAID6 menggunakan "parity" data untuk tujuan "tahan kegagalan" dan "Siap Sedia". "Parity" data ini turut dibahagikan kepada semua harddisk dalam RAID. "Parity" data saiznya sebesar saiz harddisk paling besar dalam RAID.

RAID6 pula menambahkan satu lagi parity data ini. Yang juga dibahagikan antara semua harddisk dalam RAID. Ini membolehkan RAID6 menghadapi keadaan rosak 2 harddisk. Namun RAID6 meningkatkan masa untuk "tulis" kerana 2 set parity data perlu ditulis. Harddisk yang lebih laju diperlukan bagi mengatasi kelemahan ini.

RAID5 memerlukan minimum 3 harddisk dan bertahan 1 harddisk rosak.
RAID6 memerlukan minimum 4 harddisk dan betahan 2 hardisk rosak.

http://www.facebook.com/home.php#/note.php?note_id=49652997860


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular