Panduan Penjagaan PC

27 Februari 2008 | Label: | |


Untuk memastikan komputer peribadi di rumah atau pun di pejabat sentiasa berada dalam keadaan yang baik, pengendalian dan penjagaan yang betul adalah amat penting. Di bawah disenaraikan beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan dalam pengendalian komputer dengan kaedah yang betul.

  1. Sentiasa "log off" PC anda semasa anda tiada di tempat kerja. Ini penting sekiranya anda dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan dokumen rahsia.
  2. Sekiranya anda ingin "shutdown" PC anda, adalah penting mengikut prosedur yang betul. Ini dapat menyelamatkan sistem fail dari sebarang kerosakan.
  3. Sentiasa melakukan salian (backup) kepada fail yang anda fikirkan penting ke dalam disket atau pun thumbdrive. Ini dapat mengelakkan kehilangan data sekiranya berlaku kerosakan komputer.
  4. Amalkan kemaskini fail definisi virus (anti-virus) sekurang-kurangnya seminggu sekali. Amalan ini hendaklah dilakukan secara berjadual dan berterusan.
  5. Amalkan mengimbas (scan) virus sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ini adalah untuk mengelakkan PC anda menjadi lambat semasa proses mengimbas dilakukan, anda dinasihatkan melakukan kerja mengimbas virus ini semasa waktu rehat tengahari.
  6. Amalkan pemeriksaan ruang kosong hard disk anda terutamanya pemacu (drive) C. Ini penting untuk mengelakkan PC anda menjadi lambat semasa anda membuka sesuatu fail.
  7. Sekiranya anda ingin menyimpan fail atau mencipta folder, jangan hanya menyimpan di bahagian atau pada drive yang sama sahaja. Tetapi juga perlu di bahagian atau drive lain yang bersesuaian.
  8. Simpan disket atau thumbdrive yang mengandungi maklumat yang penting di tempat yang selamat
  9. Sentiasa kosongkan Recycle Bin. Amalan ini dapat mengurangkan peruntukan memori
  10. Sila kemaskini sistem fail anda. Buang mana-mana fail yang tidak diperlukan seperti fail temp. Contoh :- <~namafail.tmp>. Biasanya fail ini terdapat di dalam folder Temp.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular