Kumpulan Terjemahan Bahasa Melayu Perisian Sumber Terbuka

13 Ogos 2009 | Label: , , | |


Kumpulan Terjemahan Bahasa Melayu Perisian Sumber Terbuka

Bagi memudahkan kerja-kerja terjemahan perisian sumber terbuka (OSS) ke bahasa Melayu, Ubuntu-my adalah menjadi penyelaras bagi kerja-kerja terjemahan. Ini adalah kerana kemudahan laman web Lauchpad.net digunakan bagi membuat kerja-kerja terjemahan. Linux Ubuntu turut menjadikan Lauchpad.net sebagai teras dalam pembangunan perisian-perisian mereka.

Bagi anda yang berminat dengan kerja-kerja terjemahan dan ingin menyertai Kumpulan Terjemahan, sila sertai kumpulan terjemahan di Lauchpad.net

https://launchpad.net/~ubuntu-my-transdocs

dan anda turut dijemput untuk menyertai kumpulan perbincangan di

http://groups.google.com.my/group/ubuntu-my-transdocs

Ini membolehkan penyelarasan dan kemas kini dapat disampaikan.

Untuk kerja-kerja terjemahan kali ini (Ogos 2009) ia dilakukan di

https://translations.launchpad.net/ubuntu/karmic/+lang/ms

Perubahan akan berlaku setiap 6 bulan dan ia melibatkan kemas kini perisian dan pertukaran versi oleh Linux Ubuntu. Maka adalah penting kumpulan terjemahan mempunyai penyumbang yang ramai bagi memastikan kerja-kerja terjemahan dapat dilakukan dalam masa yang ditetapkan.

Pada masa artikel ini ditulis (13 Ogos 2009) ada terdapat 452681 baris telah diterjemah dan 374253 baris belum lagi diterjemah dengan jumlah keseluruhan 826934 baris. Jumlah yang masih besar dan aktiviti terjemahan juga masih perlahan dengan hanya 150 penyumbang.

Yang menjadi keutamaan sekarang adalah untuk terjemahkan Xulrunner di

https://translations.launchpad.net/ubuntu/karmic/+source/xulrunner-1.9/+pots/xulrunner/ms/+translate

Ini membolehkan terjemahan lengkap Mozilla Firefox dalam bahasa Melayu dapat dilepaskan dalam masa terdekat.

Bagi yang baru bermula, sila rujuk di http://wiki.ubuntu.com.my/



***** Mula tampalan untuk rujukan *****

Menterjemah Perisian Asas dan Pakej Perisian Ubuntu

Untuk menterjemah perisian dalam Ubuntu, anda boleh mengikut langkah berikut:

*** Pra Syarat ***

Untuk mula membantu dalam usaha terjemahan perisian ini, anda perlu memenuhi pra-syarat berikut:

1. Mempunyai akses internet.
2. Mempunyai akaun email yang sah.
3. Telah mendaftar sebagai ahli di https://edge.launchpad.net/. Jika belum, sila daftarkan diri anda di launchpad.
4. Telah mendaftarkan diri sebagai ahli di https://edge.launchpad.net/~ms-translators. Rujuk Bagaimana Menyertai ms-translators untuk maklumat lanjut.
5. Telah mendaftarkan diri sebagai ahli di https://edge.launchpad.net/~malaysianteam. Rujuk Bagaimana Menyertai malaysianteam untuk maklumat lanjut.

*** Mula Menterjemah ***

1. Setelah anda memenuhi pra-syarat di atas, anda bolehlah memulakan terjemahan anda dengan melayari halaman web berikut:

https://translations.launchpad.net/ubuntu/karmic/+lang/ms

2. Pastikan anda telah log masuk ke akaun anda dalam halaman tersebut. Di sana terdapat jadual yang menyenaraikan pakej-pakej perisian dalam Ubuntu yang perlu diterjemah.

3. Anda boleh mula dengan meng'klik' pada nama templat di ruangan "Template Name". Dari sini, anda akan melihat contoh-contoh terjemahan yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu untuk anda contohi.

4. Seterusnya, anda boleh klik pada kotak senarai bertajuk "Translating" pada bahagian atas senarai dan memilih "untranslated items". Klik "Change" untuk melihat perubahan.

5. Senarai seterusnya ini adalah senarai yang belum diterjemah. Jika anda melihat tiada apa-apa dalam senarai ini, maka ianya bermaksud bahawa semua perkataan telah diterjemah dalam pakej tersebut. Anda boleh kembali ke menu pertama (Nombor 1) dan memilih pakej yang masih banyak perkataan belum diterjemah.

6. anda boleh mula menterjemah dengan memasukkan terjemahan kepada perkataan dalam senarai bernombor tersebut.

7. Apabila selesai menterjemah sesuatu senarai (biasanya dalam kumpulan 10 ayat untuk satu halaman), anda boleh menekan butang "Save & Continue" yang terdapat pada bahagian bawah-kanan senarai tersebut.

8. Lakukanlah terjemahan mengikut kemampuan anda. Anda boleh tinggalkan bahagian yang ragu-ragu atau tidak dapat diterjemah dalam senarai tersebut.


Dengan usaha yang berterusan, semoga kita dapat menterjemah Ubuntu dan perisian yang digunakan di dalam Ubuntu ke Bahasa Melayu sepenuhnya.

Semoga Berjaya!!

***** Tamat tampalan untuk rujukan *****



*** Cadangan-cadangan lain bagi Kumpulan Terjemahan ***

(1) Mewujudkan penyelarasan kerja-kerja penterjemahan berdasarkan keutamaan perisian. Contohnya

- Firefox, OpenOffice, Gnome dan KDE. Perisian-perisian ini sudah besar daripada segi jumlah baris kod.

(2) Mewujudkan pangkalan data bagi penterjemahan. Pangkalan data ini penting bagi memudahkan rujukan dan juga penyelarasan penggunaan bahasa.

(3) Mewujudkan kerjasama dengan pihak luar seperti Persatuan Penterjemah Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka

(4) Bergabung dengan kumpulan penterjemahan yang lain. Bagi maksud ini cadangan untuk bersama dengan senarai email Teraju

http://groups.yahoo.com/group/teraju/

(5) Melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi terjemahan seperti sesi JAM Translation dengan kerjasama Universiti-universiti.

(6) Mewujudkan satu kumpulan teknikal bagi membantu mempercepatkan hasil usaha terjemahan diterima oleh "upstream".

*** Lain-lain laman untuk rujukan Kumpulan Terjemahan ***

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia
http://prpm.dbp.gov.my/

Senarai Email Ubuntu-my
https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my

Open Source Developers Club Malaysia
http://www.osdc.my/ dan senarai email di
http://groups.google.com/group/osdcmy-list

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

13 Ogos 2009

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Jadilah Hero Dengan Menderma Darah
http://untuklelaki.noorjannah.com/2009/01/jadilah-hero-dengan-menderma-darah.html


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular