Kuiz Kempen Keselamatan Facebook

15 Oktober 2012 | Label: , | |


Sumber gambar : Wikipedia

Tujuan kuiz Kempen Keselamatan Facebook adalah untuk memberikan kesedaran keselamatan Facebook kepada pengguna Internet. Anda dimohon menjawab dengan sejujurnya semua soalan-soalan kuiz yang disediakan bagi menimbulkan kesedaran keselamatan Facebook anda.

Jika jawapan anda adalah "Ya", maka langkah itu telah anda ambil untuk memastikan Facebook anda selamat.

Sekiranya jawapan anda ada yang "Tidak", sila jawab "Tidak" pada kuiz ini dan kemudian ambil tindakan untuk membetulkan ia.

Jawapan anda akan memberikan maklumat penting kepada kami, bahagian mana yang perlu menjadi tumpuan utama bagi meningkatkan lagi kempen kesedaran keselamatan Facebook.

Sila lawat borang kuiz ini untuk mengetahui tips dan panduan keselamatan Facebook anda :-



1) Adakah anda menggunakan HTTPS dengan Facebook anda?


HTTPS adalah protokol hubungan yang lebih selamat kerana hubungan antara komputer anda dan Facebook adalah dilindungi dalam bentuk encryption.  Ia turut digunakan laman web bank-bank dan juga Google Email Gmail.


2) Adakah kata laluan anda 8 atau lebih perkataan.


3) Adakah kata laluan anda mempunyai nombor


4) Adakah kata laluan anda mempunyai huruf khas (contoh @ # $ % )


5) Adakah kata laluan anda mempunyai campuran huruf kecil dan besar

Contoh kata laluan P@ssw00rD


6) Adakah kata laluan Email dan Facebook anda berlainan antara satu sama lain


7) Adakah anda tahu Wireless adalah tidak selamat tanpa penggunaan HTTPS?


8) Adakah anda tukarkan kata laluan anda setiap 90 hari?


9) Adakah anda sentiasa Log Out setiap hari akaun Facebook anda selepas penggunaannya?


10) Adakah anda telah tetapkan dalam Facebook anda "Login Notification" mesti "Enabled" ?


Sila lawat borang kuiz ini untuk mengetahui tips dan panduan keselamatan Facebook anda

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dE1KU1YxZlJRQmpVVGFJUXVfVzdudnc6MQ

Satu usaha sukarela

Harisfazillah Jamel aka LinuxMalaysia

15 Okt 2012



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular