Tips Penggunaan Kad Kredit Dan Kad Debit

07 Mei 2013 | Label: , , | |




Panduan dan tips penting untuk anda menjaga kad kredit dan debit kad anda.


  1. Perkara paling penting, anda perlu menjaga kad kredit dan debit anda seperti wang tunai, Simpan ia dengan selamat. Hilang dan disalahguna anda mungkin menanggung hutang yang bukan sepatutnya anda bayar akibat salahguna orang lain.

  2. Kad debit juga perlu dijaga seperti mana kad kredit dan wang tunai anda. Dengan kemudahan pembayaran elektronik kad debit yang semakin diterima dan bank-bank mula satukan akaun simpanan dengan kemudahan kad debit ini, ia memudahkan pembayaran tanpa perlu keluarkan wang tunai.

    Namun, ia turut meningkat risiko kad debit dicuri dan disalahguna oleh pihak lain.

    Anda boleh ketahui kad ATM bank anda adalah kad debit apabila ia mempunyai lambang Visa atau Mastercard. Sila dapatkan maklumat lanjut daripada bank anda.

  3. Pastikan kad kredit dan debit kad ditanda tangan dibelakang dengan pen dakwat kekal (ball-point pen). Pastikan ianya sama apabila anda tanda tangan membuat bayaran 

    Anda perlu minta penjual untuk periksa semula tanda tangan anda pada kad dan juga resit bayaran. Perkara ini perlu dilakukan oleh penjual untuk mengelakkan penipuan bayaran melalui kad kredit dan debit.

  4. Apabila menerima kad baru, buat panggilan kepada perkhidmatan pelanggan bank anda untuk pengesahan diri anda dan kad. Sahkan nombor kad dan anda adalah pemiliknya adalah sama pada kad dan dalam rekod bank anda.

  5. Pastikan setiap masa anda ketahui dimana kad kredit dan debit kad anda berada. Seperti mana anda sentiasa periksa duit anda dalam dompet atau beg, pastikan juga anda turut periksa kad kredit dan debit anda.

  6. Setiap kali anda membuat bayaran, pastikan maklumat adalah tepat dan sama seperti yang dipersetujui. Tanya kepada penjual sekira anda perlu membayar khidmat penggunaan kad. Apabila puashati barulah anda tandatangan ia.

  7. Batalkan kertas bayaran yang silap dengan menandakan  dengan pen, dengan perkataan BATAL atau VOID secara melintang diatas kertas bayaran.

  8. Pastikan kad kredit dan debit kad anda dipulangkan kepada anda beserta salinan slip bayaran. Jangan buang slip bayaran sehingga anda mendapat penyata kad kredit dan debit kad anda. Pastikan maklumat pada slip bayaran dan penyata adalah sama. Sebarang keraguan perlu dengan segera dilaporkan kepada pihak bank dalam masa 14 hari, bergantung kepada polisi setiap bank.

  9. Apabila berlaku kehilangan, dicuri atau ada pembayaran yang meragukan, sila dengan segera telepon perkhidmatan pelanggan untuk membatalkan kad dan pembayaran.

  10. Anda tahu nombor telepon perkhidmatan bank anda? Cari dan catatkan ia sekarang.

  11. Setiap kad kredit dan debit mempunyai nombor pin. Jangan dedahkan ia dan sentiasa menukarkan nombor pin dengan kerap.

  12. Jangan pinjamkan kad kredit dan debit anda kepada orang lain. Kad kredit dan debit anda adalah untuk penggunaan anda sahaja. Anda mungkin tidak dilindungi sekiranya ada bayaran tidak sah berlaku dan ia telah digunakan oleh orang lain.

  13. Pastikan penyata kad anda diterima pada alamat yang anda daftarkan setiap bulan. Sekiranya anda menerima melalui email maka pastikan anda menerima ia dalam bentuk PDF atau format yang boleh dicetak semula dengan kemas dan cantik. Adakah anda tahu tarikh penyata dikeluarkan dan bila bayaran akhir? Sila catatkan.

  14. Pastikan setiap pembayaran atas talian (online) melalui Internet, anda menerima nombor rahsia pembayaran melalui sms dan anda menerima pengesahan pembayaran telah dibuat juga melalui sms. Hubungi perkhidmatan bank anda jika ini tidak berlaku.

  15. Pastikan pembayaran dibuat melalui atas talian (online) dilakukan pada komputer peribadi anda bukannya menggunakan komputer yang dikongsi ramai. Pastikan anda masukkan maklumat kad kredit atau debit pada laman web yang berciri selamat seperti penggunaan sijil digital dan protokol HTTPS.


Kad kredit dan debit anda adalah umpama wang ringgit anda. Gunakan dengan cermat dan simpan ia dengan selamat.



Artikel oleh,

Harisfazillah Jamel

06 Mei 2013

Hakcipta adalah dituntut oleh penulis.

http://www.tipswanita.com/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular