Facebook Anda Dalam Bahaya Jika

27 September 2012 | Label: , | |


Facebook anda dalam bahaya jika :-

a) Password Email anda sama dengan password Facebook anda. Sila tukarkan sekarang. Jangan mudahkan orang lain untuk ceroboh akaun anda terutama akaun email.


Bahaya lain sila rujuk kepada gambar, sekurangnya dua "Security Setting" dalam Facebook ini perlu Enabled.


b) Anda tidak login dengan HTTPS

Secure Browsing mesti Enabled.

Login dan Facebook anda akan mengggunakan HTTPS. HTTPS akan memastikan data dan password dengan menggunakan wireless dilindungi. Lihat contoh pautan Bukan Sekadar Internet Sahaja dibawah.


c) Anda tidak tahu bila anda login Facebook sebelum ini

Login Notification mesti Enabled.

Membolehkan anda diberitahu melalui email sebarang penggunaan Facebook anda tanpa izin.


d) Anda tidak tahu "Logout" dimana

Biasakan diri untuk "logout" daripada Facebook jika anda hendak ke mana-mana.

Ia umpama keluar rumah lupa hendak kunci pintu. Walaupun browser telah ditutup atau anda telah tutup komputer, bila kita lalai, Facebook boleh dimasuki tanpa perlu masukkan "Password". Ada setting "Remember Me" yang default selalu bertanda dan kita alpa untuk matikan ia.

Lain-lain nasihat komputer dan Internet di


Facebook security setting.

Peta Lokasi Google Map Kamera AES JPJ Malaysia

23 September 2012 | Label: , , | |


Lokasi Kamera Projek Automated Enforcement System (AES) JPJ Dengan Google Map

Tarikh kemaskini : 23 September 2012

Berikut adalah senarai kedudukan dimana kamera Automated Enforcement System (AES) diatas Google Map. Senarai ini boleh anda simpan dalam perisian Google Map telepon Android anda.
Panduan lanjut penggunaan dalam telepon bimbit Android dan Google Map anda sila tekan butang "Pay With A Tweet" dibawah ini. Ia masih percuma, hanya mohon jasa anda untuk sebarkan melalui Twitter atau Facebook.





View Senarai Kamera AES JPJ Aktif Pada 23 September 2012 in a larger map

Panduan Google Map Lokasi Kamera Projek Automated Enforcement System (AES) JPJ

| Label: , | |


Lokasi Kamera Projek Automated Enforcement System (AES) JPJ Dengan Google Map

Tarikh kemaskini : 23 September 2012

Berikut adalah senarai kedudukan dimana kamera Automated Enforcement System (AES) diatas Google Map. Senarai ini boleh anda simpan dalam perisian Google Map telepon Android anda.

Anda boleh melakukan ini dengan cara berikut :-

(A) Import fail KML

1) Lawat laman Google Map http://maps.google.com/ dan login dengan akaun Google anda.

2) Klik butang "My Places" dan klik butang "Create Map". Berikan "Title" (tajuk) dan Description yang sesuai seperti Senarai Kamera AES JPJ Aktif. Pilih juga sama ada anda mahu Map anda adalah Public atau Unlisted. Selesaikan dengan tekan butang "Done".

2) Sila lawat Peta Google  Senarai Kamera AES JPJ Aktif Pada 23 September 2012 melalui pautan ini

http://goo.gl/maps/1gfyf

https://maps.google.com/maps/ms?msid=215123527052055442384.0004ca562eea20e518172&msa=0

3) Tekan pautan KML dan download Fail KML Google MAP dan simpan dalam komputer anda.

4) Tekan semula butang "My Places" dan dan butang "Maps". Klik kepada pautan peta anda tadi.

5) Tekan butang "Edit" dan klik pada pautan "Import".

6) Tekan butang "Browse" dan pilih fail KML yang anda telah muat turun dan tekan butang "Upload from file".

7) Senarai siap dimasukkan dalam Google Map anda.

Pasang Google Map dalam telepon Android anda dan gunakan fungsi "Layers" untuk melihatnya.


(B)  Atau anda boleh "Save" (simpan) hanya lokasi pilihan anda.
1) Sila lawat Peta Google  Senarai Kamera AES JPJ Aktif Pada 23 September 2012 melalui pautan ini

http://goo.gl/maps/1gfyf

https://maps.google.com/maps/ms?msid=215123527052055442384.0004ca562eea20e518172&msa=0

Anda juga boleh download Fail KML Google MAP untuk dimasukkan dalam Google Map anda atau Google Earth anda melalui pautan diatas.

2) Klik pada lokasi, sama ada pada senarai iaitu ruang sebelah kiri atau pada ikon kamera di atas peta. Popup maklumat lanjut lokasi akan tertera diatas peta.

3) Klik pautan "Save to map", buat pilihan "Create a new map" dan tekan butang "Save".

4) Selepas ia disimpan, tekan butang "Edit" pula untuk tukarkan tajuk "Title" dengan yang sesuai seperti Senarai Kamera AES JPJ.

5) Ulang semula langkah 1 untuk lokasi yang lain.


Sila berikan komen dan maklum balas disini atau dalam komen dipautan ini :-

https://maps.google.com/maps/ms?authuser=0&msa=19&msid=215123527052055442384.0004ca562eea20e518172

Cekupan Google Map lokasi AES JPJ peringkat percubaan

Sumber lokasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia

Laporkan Dengan Cara Betul Video Youtube

21 September 2012 | Label: , | |


Jika anda tidak suka dengan sesuatu dalam Youtube anda boleh membuat laporan untuk keluarkan video daripada ditayang. Ia memerlukan anda lakukan dengan cara yang betul. Youtube mempunyai ratus ribu video yang perlu diperhatikan. Hanya dengan sokongan komuniti pengguna Internet, banyak video yang tidak sesuai dapat dikeluarkan.

Cara yang betul adalah dengan membuat laporan dengan menekan Bendera atau icon "Flag As Inappropriate". Tekan Icon bendera itu. Jangan tekan  butang Dislike kerana hanya undi tiada makna. Ia tidak laporkan apa-apa.

Lagi ramai tekan Bendera "Flag As Inappropriate" , lagi cepat ia dikeluarkan. Kita cari dan kita "Flag As Inappropriate".


Petikan :-

http://www.youtube.com/t/community_guidelines

We encourage free speech and defend everyone's right to express unpopular points of view. But we don't permit hate speech (speech which attacks or demeans a group based on race or ethnic origin, religion, disability, gender, age, veteran status, and sexual orientation/gender identity).

WM8850-mid Android Tablet PC Murah Dari Taiwan

08 September 2012 | Label: , , , , | |


Pada 1 September 2012, saya telah membeli sebuah Tablet Android dalam kumpulan model berharga murah sekitar RM290 sebuah. Tujuan pembelian adalah untuk mencuba penggunaan Android dan misi saya dalam belajar programming dalam Android.

Kotak pembungkusan tidak menyatakan model khusus. Hanya dinyatakan Tablet PC, spesifikasi dan cetakan "Made In Taiwan". Berdasarkan carian Google kepada "Model Number" WM8850-mid ia membawa saya kepada speksifikasi berikut :-

  • Model : VIA WonderMedia WM8850
  • CPU: ARM Cortex-A9
  • Versi Android : 4.0.3 ICS (ver1.0.2-20120625.111656)
  • Versi Kernel : 3.0.8
Saya dapati di laman web pengeluar tidak lagi mengeluarkan SOC tersebut namun kemas kini SOC yang berkait dengan CPU ARM Cortex-A9 adalah berikut

http://www.wondermedia.com.tw/en/products/platform/soc/wm8950/index.jsp

Nasihat saya adalah untuk mendapatkan Tablet PC terkini dengan model number "WM8950", tidak lagi mencari WM8850-mid.

Saya telah memasang "Go Launcher EX" daripada Google Play bagi mengatasi masalah antara muka yang tidak tepat dan tidak sensitif apabila ditekan dan dipilih.

Saya akan kemas kini lagi mengenai tablet ini.

LinuxMalaysia - 8 Sep 2012.

Kotak Bungkusan WM8850-mid

WM8850-mid Android Tablet PC

Gambar Isi Kandungan Sebuah Server (Komputer Pelayan)

01 September 2012 | Label: | |


Ramai yang pasti mahu melihat isi kandungan sebuah server tetapi tidak kesempatan berbuat demikian. Perkakasan dalaman sebuah server adalah berlainan daripada komputer peribadi atau notebook anda. Ia jauh lebih laju dan lebih besar saiz permintaan. Sebagai contoh gambar-gambar ini adalah sebuah Google Search Appliance yang berasaskan Server Dell R710. Dengan dua unit CPU, memori sebanyak 8GB dan ruang cakera keras RAID5 sebanyak 1 Terabytes.

Imej "Inside A Server" di Pinterest LinuxMalaysia. Perhatikan susun atur bahagian dalam memori, kipas, CPU, cakera keras dan pelbagai. Dapat anda mengenalinya ? Komen anda di post ini.

https://pinterest.com/pin/249035054365768715/

Memori Server, pemasangan memerlu ia dalam pasangan dan setiap pasangan harganya sekitar Ringgit Malaysia seribu (RM1000)

http://followgram.me/i/238784427806181481_45094625



LinuxMalaysia



1 Sept 2012

http://blog.harisfazillah.info/

http://followgram.me/linuxmalaysia/

Inside a server


Source: via linuxmalaysia on Pinterest


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular