Anda mahu lajukan lagi pelayaran Internet anda? Anda mahu kurangkan "lagging" menunggu laman web yang anda lawati dibuka? Berikut disenaraikan langkah-langkah yang oleh anda lakukan untuk lajukan lagi pelayaran Internet anda.
Langkah-langkah yang dicadangkan ini adalah cadangan sahaja. Ia mungkin dapat atau tidak melajukan pelayaran Internet anda. Pastikan anda mencatatkan dahulu konfigurasi asal sebelum anda membuat perubahan.
1) Tukarkan konfigurasi DNS komputer anda
Konfigurasi Domain Name Service (DNS) adalah perkhidmatan yang membantu komputer anda mengetahui dimana ia perlu capai laman web yang anda mahukan. Ia akan menukarkan nama domain kepada nombor alamat IP yang difahami oleh komputer. Kebiasaannya konfigurasi DNS di Malaysia akan menggunakan DNS TMNet atau Unifi atau mana-mana pembekal perkhidmatan Internet di Malaysia.
Kemudahan DNS tersebut adakalanya sesak dengan pengguna yang semakin ramai dan boleh melambatkan anda.
Ada dua pilihan yang boleh digunakan bagi menukarkan konfigurasi DNS komputer anda.
1.a) Menggunakan Google Public DNS
Google menyediakan kemudahan umum DNS yang menggunakan alamat IP 8.8.8.8 dan 8.8.4.4 dan rujukan konfigurasi boleh anda lawati laman web ini
Pilih "Using Google Public DNS". Sila ikut arahan-arahan yang telah disediakan bagi sistem operasi anda. Rujukan lain adalah artikel berikut :-
Lajukan Internet Dengan Google Public DNS
1.b) Menggunakan Opendns.com
OpenDNS turut menyediakan kemudahan umum DNS yang menggunakan alamat IP 208.67.222.222 dan 208.67.220.220 dan panduan konfigurasi DNS komputer anda boleh dirujuk di laman ini dan untuk pendaftaran
dan terus ke laman web ini
2) Gunakan Perisian Pelayaran Internet yang terbaru
Anda perlu muat turun dan gunakan perisian pelayaran Internet versi terbaru bagi perisian pelayaran Internet yang anda gunakan sekarang. Dengan perkembangan laman web yang banyak menggunakan Javascript dan CSS dan perkembangan penggunaan HTML5 dan CSS3 maka sudah sampai masa pelayaran Internet anda dikemas kini.
Selain daripada Internet Explorer yang anda gunakan dalam Windows, terdapat juga perisian lain yang anda boleh cuba dan gunakan. Antaranya adalah :-
2.a) Google Chrome
2.b) Mozilla Firefox
2.c) Opera
Kemaskini versi terkini atau menggunakan perisian pelayaran Internet yang lain bukan sekadar untuk melajukan pelayaran Internet malah ia boleh meningkatkan keselamatan komputer anda daripada dijangkiti trojan.
3) Gunakan Plugin atau Extension yang sesuai
Anda boleh gunakan plugin atau extension khusus yang disediakan oleh pihak ketiga yang boleh melajukan dan membantu anda mencepatkan pelayaran anda di Internet. Antaranya adalah :-
3.a) Google Chrome
Pengguna Google Chrome boleh mencuba "FastestChrome Extension" yang boleh dimuat turun disini
Antaranya adalah kemudahan mendapatkan muka laman berikutnya tanpa perlu menunggu anda klik muka laman berikut. Ia akan dilakukan secara senyap sementara anda membaca muka laman sedia ada.
3.b) Mozilla Firefox
Pengguna Mozilla Firefox boleh mencuba "Fasterfox" yang boleh dimuat turun disini
Seperti "FastestChrome Extension" ia turut menyediakan kemudahan mendapatkan muka laman berikutnya tanpa perlu menunggu anda klik muka laman berikut. Ia akan dilakukan secara senyap sementara anda membaca muka laman sedia ada.
4) Padamkan History (sejarah) dan Cookies
Memadamkan History dan cookies perisian pelayar Internet anda bukan sahaja baik dari segi keselamatan malah ia boleh memastikan perisian pelayar Internet anda sentiasa berfungsi dengan baik dan laju. Simpanan history dan cookies yang banyak boleh membebankan perisian pelayar Internet anda dan anda akan merasakan ia semakin perlahan.
5) Periksa TCP/IP setting anda
Sistem operasi terkini seperti Linux, FreeBSD, Windows Vista dan Windows 7 telah menggunakan setting TCP/IP yang disesuaikan untuk penggunaan Internet secara automatik. Anda boleh merujuk ke laman web ini bagi mengetahui kesesuaian settinh TCP/IP komputer anda.
Jika anda tidak berpuas hati dengan kelajuan yang ada dan mahu membuat perubahan kepada setting TCP/IP maka perubahan yang dicadangkan oleh laman web di atas memerlukan kemahiran dalam komputer. Sila dapatkan bantuan.
Laman diatas ditujukan kepada pengguna modem dan broadband.
Diharapkan panduan ringkas ini dapat membantu anda dalam melajukan pelayaran Internet. Ia merupakan cadangan dan tiada jaminan ada kesan yang positif. Lakukan dengan risiko anda tanggung sendiri.
Langgan laman Cikgu Cyber dengan Google RSS Reader
Baca mengenainya di
Wassalam.
Harisfazillah Jamel aka LinuxMalaysia
Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...
12 Okt 2011