Sumbangan Dan Sukarela MOSC2011 Malaysia Open Source Software Conference 2011

09 Januari 2011 | Label: | |


Sumbangan Dan Sukarela MOSC2011 Malaysia Open Source Software Conference 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Komuniti OSS Malaysia akan menganjurkan Malaysia Open Source Conference 2011 atau MOSC2011 untuk kali ke tiga dan akan diadakan pada 3 Julai 2011 sehingga 6 Julai 2011. Persidangan perisian sumber terbuka (Open Source Software @ OSS) ini adalah bertujuan bagi menemukan pengguna-pengguna OSS daripada seluruh negara Malaysia dan luar negeri.

Ia turut menyatukan kumpulan pakar komputer dan OSS daripada pelbagai bidang daripada sektor kerajaan, swasta dan komuniti. MOSC 2011 adalah usaha komuniti OSS Malaysia dan ia adalah projek tahunan yang dilakukan secara sukarela.

Kami membuka kepada individu, sukarela dan organisasi yang berminat untuk menyumbang dalam persediaan persidangan ini. Sumbangan bolah dalam pelbagai bentuk dan bagi anda yang boleh menyumbangkan masa dan tenaga boleh sertai kumpulan email ini.


Untuk makluman awal, kelulusan penyertaan adalah atas budi bicara Jawatan kuasa MOSC2011. Sila berikan sebab yang kuat dan bersesuaian bagi menyertainya. Anda juga boleh email kepada

secretariat @ mosc.my

Pendaftaran dan maklumat lanjut MOSC2011 boleh juga didapati di


Untuk makluman laman web akan sentiasa dikemas kini dan perbaiki menjelang hari-hari persidangan. Bagi melihat MOSC 2010 yang telah lepas sila lawat laman web http://conf.oss.my/

Bagi anda yang hanya mahu menerima email pengumuman sahaja sila sertai kumpulan email ini


Lain-lain rujukan yang berkaitan dengan MOSC2011






Harisfazillah Jamel
Secretariat OSDC.my dan MOSC2011


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular