Berhati-hati Dengan Email Phishing
23 Januari 2010 | Label: Malay, Security | |Berhati-hati Dengan Email Phishing
Jangan percaya email daripada bank-bank di Malaysia. Ia hanyalah phishing email. Bank tidak akan hantar email kepada pelanggan mereka untuk apa-apa tujuan pun kerana ianya adalah berisiko tinggi. Pencerobohan mudah dilakukan. Percayalah.
Berhati-hatilah apabila menerima email daripada pihak yang tidak dikenal pasti. Email adalah mudah untuk ditipu (spoof). Ia mungkin daripada orang yang anda kenali atau daripada pihak bank atau pihak berkuasa maka berhati-hatilah. Buat pengesahan dengan membuat panggilan telepon kepada rakan, bank dan pihak yang menghantar email sebelum mempercayai atau berkongsi maklumat peribadi.
Sekiranya anda mendapat email kononnya dari Maybank, CIMB dan pelbagai bank sila forward kepada mycert@mycert.org.my bersama header email.
Sekiranya anda mendapat email kononnya dari Maybank, CIMB dan pelbagai bank sila forward kepada mycert@mycert.org.my bersama header email.
Sila lawat laman rasmi MyCERT untuk amaran dan nasihat terkini keselamatan komputer.
Phishing email adalah email yang dihantar kononnya daripada bank yang mungkin anda mempunyai akaun bank terbabit. Sebagai contoh adalah email dibawah ini
--- Mula contoh Email Phishing
Dear Valued Customer,
Maybank security systems detected a serious (PR2) security problem in your account.
Your account has been restricted due to several invalid login attempts from an unauthorized third-party.
Your immediate attention is required to reactivate your account.
Please be informed that your account will be temporarily closed if not activated now.
Activate Below http://www.maybank2u.uk.com Thank you for your understanding and support.
Maybank Berhad
From:
"info@maybank2u.com.my"
--- Akhir contoh Email Phishing
Sila perhatikan sambungan laman akan membawa ke laman web lain. Di laman web tersebut mereka yang tidak bertanggung jawab akan membina ia seakan-akan laman web Maybank2u. Warna sama, kedudukan sama dan imej pun sama. Anda akan diminta login dan akibatnya nama pengguna dan kata laluan (username dan password) akan dicuri oleh mereka. Anda mungkin tidak menyedarinya, kerana selepas cubaan masuk anda akan ke laman web Maybank2u yang sebenar.
Adalah risiko tinggi untuk pihak bank hubungi pelanggan mereka melalui email atau media lain untuk masalah akaun atau pelbagai lagi. Penipuan dengan mudah dilakukan. Bank-bank di Malaysia tidak akan email anda. Jika ada masalah dengan akaun, bank akan terus halang akaun anda. Ini memaksa anda menghubungi bank. Cara ini lebih selamat kepada pelanggan bank.
Bank tidak akan meminta sebarang maklumat anda melalui email. Baca lanjut tentang Phishing email di
http://www.phishtank.com/what_is_phishing.php
Cybersecurity Malaysia telah menyediakan laman web untuk pengguna komputer dan Internet Malaysia mengenai keselamatan penggunaan Internet. Sila lawat laman ini untuk mempelajari pelbagai langkah-langkah perlindungan.
http://www.cybersafe.my/
Lagi laman yang bersesuaian :-
Cybersecurity Malaysia
http://www.cybersecurity.my/
GCERT MAMPU
http://gcert.mampu.gov.my/
MyCERT Facebook Fanpage
http://www.facebook.com/pages/Seri-Kembangan-Malaysia/MyCERT/109264477618
Dunia Digital Facebook Fanpage
http://www.facebook.com/pages/Dunia-Digital/216290990218
Banking Info
http://www.bankinginfo.com.my/
Menu -> Khidmat Nasihat -> Panduan Berguna -> Penipuan Kewangan
http://www.bankinginfo.com.my/04_help_and_advice/0402_helpful_guides/financial_scams.php
Google Gmail Advice About Phishing
http://www.youtube.com/watch?v=tqWVoPu1lLM
Mendapatkan Email Header
http://www.spamcop.net/fom-serve/cache/19.html
Artikel-artikel lain yang menarik untuk dibaca
Sistem Laman Web Dengan Perisian Sumber Terbuka
http://cikgucyber.blogspot.com/2010/01/sistem-laman-web-dengan-open-source.html
Ketahui kemas kini laman-laman web dengan RSS feed
http://planet-oss-malaysia.blogspot.com/2010/01/ketahui-kemas-kini-laman-laman-web.html
Sempena tahun baru 2010. Suaikan jam anda.
http://www.scribd.com/doc/24669433/Sesuaikan-Masa-Anda-Sempena-2010
Harisfazillah Jamel aka LinuxMalaysia aka Hafnie
Email : linuxmalaysia@gmail.com
23 Januari 2010
http://blog.harisfazillah.info/
http://www.harisfazillah.info/harisfazillahjamel
Dapatkan email-email terus dari
http://groups.google.com/group/hafnie