Sistem Laman Web Dengan Open Source Software (OSS)

22 Januari 2010 | Label: , | |


Sistem Laman Web Dengan Open Source Software (OSS)

Ramai yang menggunakan perisian pelayar Internet dan mendapatkan sesuatu laman web melalui alamat domain. Sistem laman web adalah gabungan pelbagai perisian bagi membolehkan laman web atau web server dibina dan dicapai. Perisian laman web hanya untuk menjanakan laman web hasil daripada fail dengan format Hyper Text Markup Language atau HTML.


Bahasa aturcara ini secara asas akan memberikan arahan kepada perisian pelayar laman web bagaimana untuk mempersembahkan maklumat diatas skrin komputer. Tugas perisian laman web pula adalah sebagai pelayan kepada permintaan daripada perisian pelayar laman web untuk mendapatkan fail HTML dan lain-lain fail yang diperlukan seperti fail gambar-gambar gif, jpg dan png.

---- Mula Iklan ----

Bengkel Hujung Minggu. Pemasangan Sistem laman Web dan pendaftaran

Jadual Penuh Bengkel


---- Tamat Iklan ----

HTML hanya statik, untuk membuat laman web interaktif kepada pengguna bahasa lain atur cara seperti PHP, Ruby, Perl, Python dan pelbagai perlu digunakan. Sebagai permulaan pelajari mengenai asas HTML. Laman ini sebagai permulaan.


Jika anda berminat untuk mendapatkan pengajar dan kelas HTML sila lawat


Dengan perisian sedia ada sekarang, memang tidak perlu lagi mengetahui HTML secara mendalam. Namun begitu mempelajari HTML adalah penting dalam mendalami bahasa atur cara web yang lain.

*** Perisian

(1) Perisian untuk membuat laman web, yang membantu dalam segi membina laman web tanpa kod HTML secara terus.

Kompozer. Easy Web Authoring

NVU Web Authoring Software

Bluefish Editor

Senarai perisian di

*** Komuniti

(2) Komuniti yang berkait dengan aturcara laman web seperti PHP, Pyhton dan Ruby dan pelbagai. Dicadangkan anda menyertai komuniti-komuniti ini untuk mendapatkan sokongan dan mengetahui aktiviti semasa mereka terutama bengkel dan kelas.

Open Source Developers Club Malaysia (OSDC.my)

Komuniti PHP Malaysia

Komuniti Python Malaysia


*** Perisian Sistem laman Web

(3) Antara perisian OSS yang boleh digunakan untuk Sistem laman web :-

Apache Web Server

Ini adalah perisian OSS web server yang popular di Internet dan kebanyakan distribusi Linux dan BSD mempunyai pakej untuk pemasangan Apache Web Server. Bagi Windows Server, muat turun boleh dibuat dilaman web diatas. Namun begitu digalakan untuk muat turut pakej penuh Apache, MySQL dan PHP untuk Windows di


Lighttpd Web Server

Semakin popular kerana kepantasannya dari segi prestasi bagi kongfigurasi tertentu. Ia merupakan saingan dekat untuk Apache Web Server dalam dunia OSS.

Untuk muat turun dalam Windows

Maklumat tentang jumlah penggunaan sistem laman web di


Diharapkan artikel ini oleh dijadikan panduan permulaan kepada anda. Sila sertai Dunia Digital di Facebook.com untuk pertanyaan.


Artikel-artikel lain yang menarik untuk dibaca

Nama Domain Perlu Dimiliki oleh semua orang

Ketahui kemas kini laman-laman web dengan RSS feed

Sempena tahun baru 2010. Suaikan jam anda.

Harisfazillah Jamel aka LinuxMalaysia aka Hafnie
Email : linuxmalaysia@gmail.com

22 Januari 2010



Dapatkan email-email terus dari


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular