Bash Shell Script For Remount External Drive

21 Januari 2009 | Label: , , | |


We've one 1TB external USB storage that keep on disconnect and remount itself read-only. We've create this script that we include it in the cronjob. When this event happen this script will try to remount the storage. Check it's here.

http://songketmail.wiki.sourceforge.net/checkmount

This week we're manage to minimize the occurring of the problem by changing the file system type to ext2. We used this storage for backuppc pool and it's only happen when backuppc doing the incremental backup and at the stage of hardlink last unchange files.

Intranet Sekolah Dengan Linux Dan Sumber Terbuka

19 Januari 2009 | Label: | |


Intranet Sekolah Dengan Linux Dan Sumber Terbuka

Berikut adalah cadangan untuk cikgu-cikgu sekolah untuk menambah lagi penggunaan komputer pelayan sekolah di makmal sekolah. Cadangan ini melibatkan penggunaan Linux sebagai sistem operasi utama dan pelbagai aplikasi dalam sumber terbuka (Open Source). Dengan Linux dan pelbagai lagi aplikasi sumber terbuka sistem Intranet sekolah dapat dibangunkan.

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email dengan email kepada haris-subscribe@yahoogroups.com atau lawat laman

http://groups.yahoo.com/group/haris/


(1) DHCP - Dynamic Host Configuration Protocol (DHCP) memudahkan komputer mempunyai sambungan rangkaian (network). Komputer pelayan sepatutnya menjadi komputer utama DHCP bagi memberikan IP secara automatik. Walaupun Router ADSL boleh melakukannya namun ia bukan dibina untuk mengendali komputer yang banyak.

Dengan komputer pelayan Linux sebagai pelayan DHCP, cadangan-cadangan yang lain dapat dilaksanakan. Konfigurasi baru dengan mudah dapat disampaikan kepada komputer pelanggan.

Terdapat juga cadangan untuk mengekal pengunaan IP yang tetap sama pada setiap komputer yang mendapatkan IP melalui DHCP. Ia dapat dilakukan dengan memasukkan alamat perkakas (hardware address) setiap komputer dalam konfigurasi DHCP. Dengan ini setiap komputer mempunyai IP yang kekal namun kawalan konfigurasi yang lain masih dipusatkan.

(2) DNS - Domain Name Service (DNS) adalah cara untuk kaitkan IP server dengan nama komputer yang mudah diingat oleh manusia. Menjadikan komputer pelayan sebagai "cache" DNS mampu mengurangkan beban komputer DNS utama di Internet. Disamping sebagai DNS "backup" jika DNS utama tidak dapat dihubungi.

Sila pastikan capaian DNS lain seperti TMnet, Jaring dan Opendns.com tidak dihalang. Dengan cara ini jika masalah timbul kepada komputer pusat cache DNS setiap sekolah ini mampu bertanya kepada DNS "upstream" sama ada Tmnet atau Jaring.

Sekolah boleh mewujudkan nama domain untuk kegunaan dalaman yang biasa hujungnya .lan (dot lan) dengan DNS server dalaman. Sebagai contoh Sekolah Alam Shah dengan domain dalaman sas.lan akan membolehkan capaian dalaman untuk Intranet server seperti web sekolah, email dalam sekolah dan pelbagai lagi.

Jabatan Pendidikan Negeri boleh mewujudkan Intranet sekolah-sekolah dalam negeri masing-masing dengan membuat DNS berpusat bagi negeri.

(3) Apache - Sebagai pelayan web (web server) banyak perkara boleh dilakukan untuk penyampaian dan interaksi dan juga perkongsian maklumat. Dengan penggunaan perisian berasaskan PHP pelbagai lagi cara pengajaran dan pengkongsian ilmu pengetahuan dapat dilakukan.

Kemudahan yang Apache berikan terlalu banyak dan ia akan dibincangkan kemudian. Sebagai contoh sekolah boleh memasang Moodle bagi penggunaan dalaman melalui Intranet sekolah. Malah laman web boleh dibangunkan dengan menggunakan perisian berasaskan bahasa aturcara PHP seperti "Cms Made Simple", Joomla dan pelbagai lagi.

(4) SAMBA - Ia boleh dikonfigurasi sebagai Primary Domain Controller (PDC) dan WINS Server. Apabila setiap Windows XP berada dalam domain mempunyai PDC ia dapat mengurangkan trafik broadcast.

Pengkongsian dan penyimpanan fail di komputer pelayan dapat dilakukan oleh Windows XP.


(5) Squid - Ini merupakan perisian web proxy sama ada untuk menjadi tempat cache berpusat atau sebagai penapis kepada tapak-tapak laman lucah dan tidak dingini. Gabungan dengan Dansguardian lagi meningkatkan proses penapisan ini.

(6) Router dan Firewall juga mampu dilakukan oleh Linux. Namun ia memerlukan konfigurasi yang berlainan daripada penggunaan IP School-net.

Cadangan-cadangan lain.

Jika dapat disediakan komputer DNS utama berpusat untuk menjadikan semua sekolah mempunyai nama domain maka semua sekolah dapat mempamerkan tapak laman masing-masing.

Perkhidmatan email dalaman antara sekolah-sekolah boleh diadakan jika mempunyai DNS berpusat dan setiap sekolah mempunyai nama domain sendiri. Linux dengan MTA seperti Postfix, Spamassassin, Amavis-new dan Clamav mampu menjadikan komputer pelayan email yang sedia menapis SPAM dan virus dan trojan. Dengan penggunaan Horde IMP sebagai email berasaskan web maka pelbagai kemungkinan dapat dilakukan.

Panduan pemasangan akan disediakan kemudian dan pada masa ini untuk Distribusi terkini. Untuk distribusi Red Hat 9 dan Suse yang mungkin sudah tersedia terpasang di sekolah, oleh kerana ia sudah jauh ketinggalan maka dicadangkan perubahan dilakukan dengan pemasangan distribusi lebih terkini. Antara yang dicadangkan adalah.

(1) OpenSuse http://www.opensuse.org/ - Distribusi berasaskan distribusi Suse yang kini digunakan di sekolah (Suse Linux Enterprise 9).

(2) Centos http://www.centos.org/ - Distribusi yang berasaskan Red Hat Enterprise terkini. Sesuai untuk menggantikan Red Hat 9 kerana Centos masih mengekalkan fungsi dan ciri-ciri Red Hat.

(3) Ubuntu Linux http://www.ubuntu.com/ - Distribusi yang berasaskan Debian Linux. Sesuai untuk menggantikan komputer yang dijalankan dengan Windows 98 dan Windows XP. Lawat laman Ubuntu Linux untuk muat turun atau penghantaran CD secara percuma.

Rakan-rakan di Linuxdotmy dan saya akan cuba menyediakan panduan yang mudah untuk cikgu-cikgu ikuti. Cadangan dan pandangan sila rujuk di

http://linuxdotmy.multiply.com/

http://blog.linuxdotmy.com/

http://linuxmalaysia.harisfazillah.info/

Untuk masalah-masalah yang mahu diselesaikan sendiri sila gunakan forum-forum berikut

http://knowledge.oscc.org.my/support

http://www.ittutor.net/

Sebagai kakitangan kerajaan, cikgu-cikgu boleh mendapatkan bantuan melalui OSCC MAMPU.

http://www.oscc.org.my/

Lagi senarai kumpulan OSS Malaysia boleh dilihat disini

http://mosca.songketmail.org/2008/12/senarai-kumpulan-oss-malaysia.html

Slide Pengenalan Kepada Rangkaian Setempat (LAN)
http://blog.linuxdotmy.com/2008/11/pengenalan-kepada-rangkaian-setempatlan.html

Artikel sebelum ini :-

Perkhidmatan Email Yang Baik dan Selamat Bahagian Satu
http://cikgucyber.blogspot.com/2009/01/perkhidmatan-email-yang-baik-dan.html

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi dalam satu komputer
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Kempen Hijau Tipswanita
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/12/kempen-hijau-tipswanita.html

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

18 Januari 2009

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Jadilah Hero Dengan Menderma Darah
http://untuklelaki.noorjannah.com/2009/01/jadilah-hero-dengan-menderma-darah.html

Menulis Untuk Jadi Kaya
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Perkhidmatan Email Yang Baik dan Selamat Bahagian Satu

11 Januari 2009 | Label: , , , , | |


Perkhidmatan Email Yang Baik dan Selamat Bahagian Satu

Email kini menjadi alamat komunikasi penting bagi organisasi sama ada kerajaan dan pihak swasta. Kepentingan email memerlukan email perlu sampai dengan cepat dan tidak berlaku kehilangan email.

Sistem email pada awal pembangunannya tidak dibina bagi tujuan komunikasi seperti apa yang digunakan sekarang. Ia dibina bagi penyampaian mesej dalam bentuk tulisan dan dalam saiz yang kecil. Perkembangan Internet membuatkan keperluan email lebih daripada apa tujuan sebenar ia dibangunkan. Ini menyebabkan sistem email mencecah had kapasiti dan kemampuannya.

"Email adalah bertujuan untuk komunikasi ringkas dan mudah". Itulah asal ianya dibina.

Keperluan email hari ini bukan sahaja bagi tujuan penghantaran dalam bentuk tulisan text malah fail-fail dokumen dan grafik yang saiz semakin besar turut dihantar. Ia sebenarnya telah memberi tekanan kepada rangkaian sistem email secara keseluruhan.

Dengan kapasiti cakera keras membuat ruang penggunaan email boleh dibesarkan dan semakin ramai yang menggunakan email bukan sekadar untuk menghantar email, malah ia menjadi ruang simpanan fail-fail dan melangkau sifat email itu sendiri.


(A) Dalam memastikan komunikasi email berjalan dengan baik, kefahaman teknologi email ada hadnya perlu difahami dan disampaikan kepada pengguna email. Antaranya :-

*** Saiz Yang Terhad ***

(A.1) Saiz penghantaran perlulah terhad. Miskipun dengan penambahan kelajuan rangkaian Internet sedia ada dan pentambahan ruang cakera keras, saiz yang boleh dihantar masih perlu dihadkan. Semakin ramai dihantar kepada (To: atau CC: atau Bcc:) dalam email, semakin banyak ruang cakera keras dan jalur lebar Internet diperlukan bagi penghantaran.

Sebagai contoh email dengan fail sebesar 10MB kepada 10 pengguna adalah bersamaan 100MB ruang cakera keras dan 100MB jumlah jalur lebar adalah diperlukan untuk penghantaran.

Projek Dbmail http://www.dbmail.org/ dengan versi pembangunan 2.3 sedang membangunkan fungsi agar data yang sama untuk lebih seorang pengguna disimpan hanya setempat. Versi stabil Dbmail 2.4 jangkaan akan dikeluarkan pada penggal ke dua 2009.

Satu lagi cara untuk mengatasi masalah penghantaran email dengan fail saiz besar adalah dengan mewujudkan laman web muat turun fail. Dengan laman web ini pengguna hanya perlu menghantar sambungan laman (link) kepada fail yang mahu dikongsikan dalam email.

Perisian Email melalui Web, Horde Groupware Email Edition http://www.horde.org/ mempunyai ciri-ciri tersebut. Ciri ini dipanggil "Inline Attachement".

Portal atau Content Management Software seperti Jomlaa, Drupal dan pelbagai lagi boleh dibentuk untuk tujuan penyimpanan fail dan sambungan laman boleh diemail.

Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) OSCC MAMPU sejak tahun 2007 telah menjadikan DBmail dan Horde IMP sebagai asas kepada pakej sistem email MyWorkSpace.

http://myworkspace.oscc.org.my/

Pengalaman projek ini turut dikongsikan di Internet melalui Songketmail.org http://www.songketmail.org/

Turut didapati urusan-urusan mengadakan mesyuarat di agensi-agensi kerajaan melibatkan penghantaran email-email yang mengandungi fail-fail sokongan. Perkara ini membebankan sistem email dan turut menambah beban pihak urus setia dalam pengurusan dan penyimpanan fail-fail.

Dicadangkan agar agensi-agensi kerajaan Malaysia menggunakan MyMeeting perisian pengurusan minit mesyuarat hasil MAMPU di laman web

http://mymeeting.oscc.org.my/

Minit-minit meeting dan dokumen boleh dibaca, dikemas kini dan dimuat turun melalui laman web.

*** Penghantaran Email Tidak Masa Benar ***

(A.2) Email tidak dibina untuk penghantaran pada masa benar atau dengan segera. Email dihantar bukan sahaja bergantung kepada sistem email penghantar malah ia juga bergantung kepada keadaan sistem email di pihak penerima. Sekiranya sistem email penerima dalam keadaan sibuk dan gagal membuat penerimaan maka email penghantar akan disimpan dalam "queue" dalam sistem email penghantar. Cubaan akan dibuat dalam turutan minit, kemudian jam dan kemudian hari sehingga maksimun 4 hari bergantung kepada konfigurasi sistem email masing-masing.

*** Kandungan Email Boleh Dibaca ***

(A.3) Email dihantar dalam bentuk Text. Fail yang dihantar bersama email akan ditukar dan dihantar dalam kod MIME, masih lagi boleh dibaca dan difahami. Ini bermaksud email boleh dibaca atau kandungannya boleh dilihat sepanjang perjalanan dan simpanan email. Pengguna harus diajar untuk membuat proses rawakan (encryption) bagi melindungi isi kandungan email daripada diketahui.

GnuPG dan Mozilla Thunderbird Enigma boleh digunakan.

GnuPG
http://www.gnupg.org/

Enigmail For Mozilla Thunderbird
http://www.mozilla-enigmail.org/

*** Sambungan Bahagian Dua sila rujuk http://groups.yahoo.com/group/haris/


Artikel sebelum ini

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi dalam satu komputer
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang
http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Kempen Hijau Tipswanita
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/12/kempen-hijau-tipswanita.html

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

6 Januari 2009

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Jadilah Hero Dengan Menderma Darah
http://untuklelaki.noorjannah.com/2009/01/jadilah-hero-dengan-menderma-darah.html

Menulis Untuk Jadi Kaya
http://cybermoney2u.blogspot.com/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular