Open Source Adalah Masa Depan UKM - Presentation Transcript

03 Ogos 2009 | Label: , | |


Open Source Adalah Masa Depan UKM - Presentation Transcript

1. Open Source adalah Masa Depan UKM Harisfazillah Jamel 27 Julai 2009
2. Wajah Masa Depan ?
3.
4. Masa depan umpama kertas kosong... Kitalah pelukisnya
5. Berus pada pelukis adalah OSS Cat-cat warna adalah perisian OSS
6. Pelukis Perlu Ilham Ilham di tempat yang jauh
7. Kereta ini adalah kenderaan pelukis
8. Tayar kereta adalah Ilmu Pengalaman sokongan dan Komuniti … Tanpa tayar-tayar ?
9. Ilham Kepada Pelukis
10. Green IT Open Souce Car Project
o Prinsip Open Source
o Perisian Open Source
o Perkakas Open Source
o http://www.theoscarproject.org/
11. Virtualization Satu Perkakasan moden boleh menjalankan pelbagai OS dan tugasan. Microsoft sumbangkan kod kepada kernel Linux bagi tujuan Virtualization. OSS VZ
* XEN
* VirtualBOX
* KVM
* OpenVZ
12. ELGG OSS Social Network For Education
13. Cloud Computing GroundOS http://groundos.org/
14. Data Visualization Using Map
* Google Earth, Yahoo Map and Microsoft Bing
* Open Source Map Server http://mapserver.org/
15. OS Browser
* Aplikasi dijalankan dalam Cloud
* Capaian hanya dengan browser
* Mozilla Firefox dan Google Chrome
o Plugin dan Online
16. UKM Sudah Sedia Untuk Mengubah Masa Depan OSS
17. Ilmu Open Source adalah berkongsi ilmu Sama ada sedar atau tidak prinsip OSS sudah sedia wujud di UKM
* Kuliah
* Penerbitan
* Persidangan
* Penyelidikan
* Kursus
* Kursus OSS anjuran komuniti OSS UKM
* tingkatkan kemahiran dan ilmu
18. Pengalaman Ilmu perlukan amalan Amalan timbulkan pengalaman Ilmu + Pengalaman = Penyelidikan OSS menghasilkan jiwa menyelidik kepada Penggunanya …
Satu bentuk motivasi . Membuat sendiri. - Budaya penyelidik
19. Sokongan Sedia wujud komuniti OSS UKM sebagai tiang sokongan
* Sesi latihan
* Penyelesaian sendiri
* Kempen
20. Komuniti OSS tidak boleh hidup tanpa komuniti. Itulah jiwa raga OSS. Sokongan komuniti dalam dan luar UKM
* Tidak bergantung kepada syarikat
* Perkongsian ilmu antara komuniti-komuniti
* Mewujudkan rangkaian social network

21. Cabaran Mengapa tidak? UKM mengubah masa depan OSS
22.
23. Google Diasaskan oleh dua orang pelajar Universiti Standford Menggunakan teknologi OSS Linux, NFS, Python dan pelbagai.
24. Facebook Diasaskan oleh pelajar-pelajar sains komputer Universiti Harvard PHP sebagai aturcara utama.
25. Mobile Desktop Grid USM mewakili Malaysia untuk “Open Jive Regional Challenge” 2009 di Singapura. Pertandingan Menggunakan teknologi OSS daripada SUN Microsystem.
26. Kesimpulan People come into our life for a reason,a season or a lifetime. OSS di UKM dengan pelbagai sebab, atas dasar polisi kerajaan, atas dasar minat kakitangan, atas dasar sikap ingin tahu individu. Adalah diharapkan ia bukan hanya satu usaha bermusim.... UKM perlu mengambil OSS sebagai satu hubungan sepanjang hayat. UKM “OSS Ready”
27. Sekian

Slide

http://www.slideshare.net/linuxmalaysia/open-source-adalah-masa-depan-ukm

http://www.scribd.com/doc/17768298/Open-Source-Adalah-Masa-Depan-UKM-Hari-OSS-UKM-2009

--


Laman Web Minum Pagi Pentadbir Sistem Komputer

20 Julai 2009 | Label: | |


Laman Web Minum Pagi Pentadbir Sistem Komputer adalah laman-laman web yang perlu dilawati oleh pentadbir sistem komputer sebaik sahaja memulakan tugas. Laman-laman ini adalah untuk keperluan memastikan sebarang notis keselamatan komputer diketahui dengan lebih awal.

http://isc.sans.org/

http://www.cert.org/blogs/vuls/

http://www.linux.com/
Link
http://gcert.mampu.gov.my/

http://www.mycert.org.my/en/

http://www.cert.org/vuls/discovery/

http://slashdot.org/

Projek Bukubusas - Mengumpul Tulisan Harisfazillah Bin Jamel Atau Hafnie

19 Julai 2009 | Label: , | |


Projek Bukubusas - Mengumpul Tulisan Harisfazillah Bin Jamel Atau Hafnie

Laman asal berada di http://blog.harisfazillah.info/

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahukah anda bahawa penggunaan komputer dan Internet bukan setakat membaca email, membina laman dan mencari bahan ?.

Anda boleh menjalankan banyak kerja-kerja dalam hidupan anda dalam Internet. Contoh, anda boleh menggunakan laman tertentu untuk mengingatkan anda hari lahir seseorang dan menggunakan laman bunga dan hadiah untuk membeli hadiah. Semuanya dilakukan hanya dengan komputer dan Internet.

Usaha pembinaan laman saya ini adalah dengan tujuan itu. Mendidik pengguna komputer dan Internet, bagaimana menggunakan Internet dan komputer dengan lebih baik lagi. Bukan Sekadar Internet Sahaja.

Projek Bukubusas adalah usaha saya untuk mengumpulkan semula tulisan saya di Internet. Telah banyak saya menulis pelbagai topik komputer dan Internet terutama untuk pengguna komputer dan Internet Malaysia. Setelah begitu banyak menulis artikel dan nota, tergerak hati saya untuk mengumpulkan semuanya dalam satu buku.

Pada mulanya ia hanyalah kumpulan cetakan nota-nota untuk simpanan saya dan ia dikumpulkan seperti buku. Selepas mendengar beberapa pandangan, saya memutuskan untuk menjualnya kepada yang berminat.

Tulisan-tulisan saya boleh anda didapati di sambungan laman

http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital

Selain disebarkan melalui email saya juga meletakkan ia di laman saya di

http://www.harisfazillah.info/
http://blog.harisfazillah.info/
http://linuxmalaysia.harisazillah.info/

Dengan pengumpulan ini diharapkan ia dapat dijadikan bahan rujukan di luar capaian talian Internet.

Pengumpulan dalam bentuk buku ini dilakukan dalam bentuk A4 separuh. Dengan saiz ini, diharapkan ia akan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Diharapkan juga ia juga tidak terlalu kecil sehinggakan ia tidak selesa untuk dibaca.

Dengan mencetak sebegini Penyusunan bahan-bahan adalah lebih kemas dan teratur. Maklum balas anda begitu dihargai untuk menghasilkan pengumpulan buku yang lebih baik.

Dengan pengumpulan ini saya akan membuat kemas kini dan pembetulan. Saya akan memastikan semula sambungan laman atau link yang dicadangkan masih berfungsi dan menambah mana-mana bahan yang perlu.

Untuk menampung kos pengumpulan, pengurusan cetakan dan penghantaran. saya akan mengenakan bayaran untuk setiap pengumpulan buku.

Saya tidak bercadang untuk menghantar buku saya kepada kedai pencetak atau menerbitkan ia seperti buku-buku lain. Walaupun ia akan menjadi lebih murah, keadaan Internet dan komputer yang sering berubah-ubah menyukarkan saya untuk membuat kemas-kini dengan cepat jika ia dihantar untuk percetakan dan penerbitan.

Dengan penerbitan dan percetakan saya perlu cetakkan ia dengan banyak terlebih dahulu dan ini juga memerlukan modal yang besar. Selagi stok tidak habis atau mencecah keuntungan sukar bagi saya untuk membuat perubahan dan mencetak semula.

Dengan masalah cetak rompak dan pelbagai masalah yang timbul dalam soal penerbitan. Saya tidak mahu ambil risiko. Jika ada sambutan, mungkin saya boleh beranikan diri.

Buat masa ini tujuan utama pengumpulan nota-nota ini adalah untuk mereka yang berminat untuk mendapatkan artikel dan nota saya dalam bentuk salinan keras (hardcopy). Anda masih boleh mendapatkan artikel dan nota saya di Internet melalui sambungan laman di atas. Terletak kepada pilihan anda.

Buku ini dicetak dengan pencetak laser dan di atas kertas A4 80 gram. Ianya dicantumkan dengan stapler. Sedaya upaya saya akan menjaga mutu buku saya ini dan memastikan ia hampir setanding dengan buku yang bercetak.

Penghantaran akan dibuat melalui pos laju untuk memastikan anda menerima

Buku Bukan Sekadar Internet Sahaja.

Antara isi kandungan buku ini

(1) Kerahsiaan dan keperibadian di Internet
(2) Panduan Internet bagi buat yang baru
(3) Netika penggunaan Internet
(4) Organisasi secara maya
(5) Mencapai Internet hanya dengan email
(6) Menentang Email sampah (sampah)
(7) Projek Satulaman
(8) Panduan mendapatkan bantuan komputer dan Internet
(9) Kempen peningkatan sokongan komputer dan Internet Malaysia
(10) Altersoft - Kita ada pilihan - Perisian Sumber Terbuka
(11) Kempen anti cetak rompak
(12) Panduan Melajukan pelayan Internet
(13) Panduan mencari Di Internet
(14) Laman kumpulan diskusi Internet dan senarainya
(15) Menhadapi serangan perisian perosak (virus dan trojan)
(16) Kempen menjadikan Internet ini percuma
(17) Projek Jaringan Malaysia
(18) Sukarelawan Internet
(19) Panduan membuat laman Internet
(20) Masalah Kesihatan akibat pengunaan komputer
(21) Kenapa Linux ?

Jika anda masih berminat sila cucuk sambungan di bawah ini untuk notis pemberitahuan apabila buku ini sudah sedia untuk ditempah. Penempahan untuk penduduk Malaysia. Untuk tempahan daripada negara lain. Saya akan pertimbangkan.

Jadilah peminat Buku Bukan Sekadar Internet Sahaja untuk makluman awal dan memberikan maklum balas dan pandangan.

http://www.facebook.com/pages/Bukan-Sekadar-Internet-Sahaja/100866715422

Atau jadi Blog Harisfazillah Jamel

http://blog.harisfazillah.info/

**** Tahun 2009 saya sedang memikirkan mahu menerbitkan buku ini dengan penerbit berdasarkan perkembangan yang positif dalam industri penerbitan Malaysia ****

Bila anda memiliki nota-nota ini secara bercetakan, akan memudahkan anda membacanya dimana-mana yang anda suka, tanpa perlu berada di Internet untuk mendapatkannya di dalam laman. Saya percaya ia lebih menjimatkan dibandingkan dengan membuat capaian dalam Internet.

Disamping itu juga Anda juga boleh menjadikan ia rujukan permulaan bila anda mula hendak berada di Internet.

Anda juga dibenarkan untuk membuat salinan kepada nota-nota saya ini. Yang saya harapkan, jika ia disalin, hormati hakcipta Harisfazillah Jamel dengan menyertakan perenggan hakcipta Harisfazillah Jamel dan menyalin kesemua nota-nota secara penuh.

Jika anda hanya berminat untuk memdapatkan sebahagian sahaja. Anda boleh lakukan dan hanya perlu letakkan perenggan hakcipta ini.

Hakcipta milik Harisfazillah Jamel 1998-2009

http://www.harisfazillah.info/

linuxmalaysia@harisfazillah.info

Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Wassalam.

: )

12 Januari 2003
19 Julai 2009

Harisfazillah Jamel


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular