Sesi Open Day Lembaga Jurukomputer Malaysia (Board Of Computing Professionals Malaysia - BCPM)

09 Disember 2011 | Label: , | |



Untuk makluman rakan-rakan ICT satu akta "Board of Computing Professional Draft" 2011 (CPB2011) akan dibentangkan oleh MOSTI bagi membentuk Lembaga Jurukomputer Malaysia. Satu sesi hari terbuka akan diadakan oleh MOSTI bagi mendapatkan pandangan awam.

Tarikh: 13 Disember 2011 (Selasa)

Masa: 9.30 pagi – 5.00 petang

Tempat:

Dewan Perhimpunan
Aras 1, Blok C4, Kompleks C
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Putrajaya Malaysia.

Harapan rakan-rakan dalam dunia ICT dalam turun ke Open Day ini, sama ada anda menyokong ataupun tidak, sila hadirkan diri anda kerana akta ini menyentuh masa depan kita dan rakan-rakan ICT yang lain.

Facebook Event Page tidak rasmi, sila klik attend untuk buat peringatan buat anda.



Rasa kebimbangan rakan-rakan ICT sehingga tidak menyokong akta ini boleh disimpulkan sebegini

CPB2011 Dengan akta ini, sesiapa yang terlibat dalam bidang pekerjaaan ICT perlu mendaftarkan diri dengan satu lembaga yang dilantik oleh kerajaan dengan bayaran yang akan ditetapkan. Adalah menjadi menjadi satu kesalahan mana-mana syarikat yang menggunakan perkhidmatan pekerja ICT yang tidak berdaftar dengan lembaga ini.

Sertai perbincangan kami disini



Bagi rakan-rakan yang membantah cadangan akta ini sila tanda tangan disini



Lain-lain sumber rujukan


Piece from Erna Mahyuni


  • Oppose it because it seeks to force you to limit and narrowly define the scope of your talents.
  • Oppose it because the government is effectively trying to decide what you can or cannot work on and who you can work with.
  • Oppose it because unnecessary regulation like this will cripple, not enhance the already challenged industry.
  • Oppose it because this is a poorly thought out, badly put-together piece of bullcrap.


Satire : Hitler Angry towards Malaysian Computing Bill 2011



Bantahan Terhadap Cadangan "Board of Computing Professional Draft" 2011 (CPB2011)



Malaysians Against Board of Computing Professionals Bill


Kill CPB 2011

I Know Stuxnet Killbill CPB2011

QuickLink To Project HoneyPot

14 November 2011 | Label: , | |



QuickLink which can be use to track and catch malicious web-bots such as spam harveters, form spammers, and blog spammers. Visit http://www.projecthoneypot.org/ for more information.


QuickLinks are a quick and easy way for anyone who can post to a website to help trap malicious web spiders. We have found that the best honey pots installed online are the ones with the most in-bound links to them. QuickLinks allow users who may not be server administrators to still participate in Project Honey Pot simply by including a link on the pages they post to or Email.

Perkara Anda Boleh Buat Untuk Ubuntu Malaysia LoCo Team

27 Oktober 2011 | Label: , , , , | |



Bagi anda yang minati sistem operasi Linux Ubuntu atau menggunakan ia, diharapkan dapat menyokong kami Ubuntu Malaysia LoCo Team dengan pelbagai sumbangan yang anda boleh sumbangkan. Sumbangan seperti menyertai Facebook group, Mailing list, Lunchpad dan daftarkan diri di forum rasmi Ubuntu Malaysia LoCo Team, dapat menunjukkan kekuatan sokongan peminat dan pengguna Linux Ubuntu di Malaysia.


(Langkah 1)

Ubuntu Malaysia LoCo Team adalah aktif di Facebook Group yang anda boleh menyertai ia melalui jalinan Facebook ini


Sertai kami di Facebook dan aktifkan diri bertanya dan memberikan komen dan pandangan anda tentang Ubuntu.


(Langkah 2)

Adalah menjadi satu perkara yang mesti bagi ahli-ahli dalam Ubuntu Malaysia LoCo Team mendaftarkan diri di Launchpad https://launchpad.net/ dan kemudian tanda tangan secara elektronik (gunupg) Code Of Conduct atau COC. Selepas mendaftarkan diri di Launchpad, kemas kini profil anda berada di dalam profil anda terdapat bahagian "Signed Ubuntu Code of Conduct:", klik dan ikut langkah-langkah yang diarahkan.

Contoh profil yang anda boleh rujuk adalah :-



(Langkah 3)

Setelah mendaftarkan diri di Launchpad sila sertai Ubuntu Malaysia LoCo Team rasmi di Launchpad melalui jalinan ini


Sila sertai terus kumpulan kami diatas sebaik sahaja mendaftar dengan Launchpad. Tidak perlu menunggu anda tanda tangan COC. Satu lagi kumpulan mesti bagi anda sertai adalah "ms-translators team" iaitu kumpulan terjemahan Ubuntu ke Bahasa Melayu. Sila dampingi mereka di



(Langkah 4)

Untuk penyertaan yang lain, diharapkan anda dapat menyertai senarai email Ubuntu Malaysia LoCo Team di


dam forum perbincangan di Internet

http://forums.ubuntu.com.my/


Ubuntu Malaysia LoCo Team begitu mengalu-alukan penyertaan dan sumbangan anda dalam komuniti kami ini.


Sekian, terima kasih.


Harisfazillah Jamel aka LinuxMalaysia


27 Okt 2011


Rujukan tambahan :-


1) Wiki page for Ubuntu Malaysia LoCo re-approval


Ubuntu Malaysia LoCo Team

Senarai Blackspot Kawasan Kemalangan Melalui MySMS

21 Oktober 2011 | Label: | |



Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengenal pasti Blackspot atau kawasan kerap kemalangan yang perlu diambil perhatian serius oleh pemandu kenderaan Malaysia. Pada kawasan ini, pemandu kenderaan perlu berhati-hati dan mengikut arahan papan tanda yang telah disediakan. Maklumat kawasan kerap kemalangan ini boleh anda dapati melalui pekhidmatan SMS yang disediakan oleh mySMS.


Gerbang SMS Kerajaan my SMS adalah satu usaha yang membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor SMS iaitu 15888.


http://www.mysms.gov.my/SenaraiPerkhidmatan.aspx

search blackspot


Nama Agensi                 Kod

Kementerian Kerja Raya (KKR) KKR

Format Penghantaran                  Keterangan

Taip KKR BSPOT_JHR & SMS ke 15888.  Blackspot Negeri Johor
Taip KKR BSPOT_KDH & SMS ke 15888.  Blackspot Negeri Kedah
Taip KKR BSPOT_MLK & SMS ke 15888.  Blackspot Negeri Melaka
Taip KKR BSPOT_NS & SMS ke 15888.  Blackspot Negeri Sembilan
Taip KKR BSPOT_PHG & SMS ke 15888.  Blackspot Negeri Pahang
Taip KKR BSPOT_PRK & SMS ke 15888.  Blackspot Negeri Perak
Taip KKR BSPOT_PER & SMS ke 15888.  Blackspot Negeri Perlis
Taip KKR BSPOT_PP & SMS ke 15888.  Blackspot Negeri Pulau Pinang
Taip KKR BSPOT_SBH & SMS ke 15888.  Blackspot Negeri Sabah
Taip KKR BSPOT_SEL & SMS ke 15888.  Blackspot Negeri Selangor
Taip KKR BSPOT_TRG & SMS ke 15888.  Blackspot Negeri Terengganu
Taip KKR BSPOT_PUT & SMS ke 15888.  Blackspot Wilayah Persekutuan Putrajaya
Taip KKR BSPOT_LBN & SMS ke 15888.  Blackspot Wilayah Persekutuan Labuan
Taip KKR BSPOT_KTN & SMS ke 15888.  Blackspot Negeri Kelantan
Taip KKR BSPOT_SWK & SMS ke 15888.  Blackspot Negeri Sarawak
Taip KKR BSPOT_KL & SMS ke 15888.  Blackspot Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20.

Panduan Melajukan Pelayaran Internet Anda

12 Oktober 2011 | Label: , , , , | |



Anda mahu lajukan lagi pelayaran Internet anda? Anda mahu kurangkan "lagging" menunggu laman web yang anda lawati dibuka? Berikut disenaraikan langkah-langkah yang oleh anda lakukan untuk lajukan lagi pelayaran Internet anda.

Langkah-langkah yang dicadangkan ini adalah cadangan sahaja. Ia mungkin dapat atau tidak melajukan pelayaran Internet anda. Pastikan anda mencatatkan dahulu konfigurasi asal sebelum anda membuat perubahan.

1) Tukarkan konfigurasi DNS komputer anda

Konfigurasi Domain Name Service (DNS) adalah perkhidmatan yang membantu komputer anda mengetahui dimana ia perlu capai laman web yang anda mahukan. Ia akan menukarkan nama domain kepada nombor alamat IP yang difahami oleh komputer. Kebiasaannya konfigurasi DNS di Malaysia akan menggunakan DNS TMNet atau Unifi atau mana-mana pembekal perkhidmatan Internet di Malaysia.

Kemudahan DNS tersebut adakalanya sesak dengan pengguna yang semakin ramai dan boleh melambatkan anda.

Ada dua pilihan yang boleh digunakan bagi menukarkan konfigurasi DNS komputer anda.

1.a) Menggunakan Google Public DNS

Google menyediakan kemudahan umum DNS yang menggunakan alamat IP 8.8.8.8 dan 8.8.4.4 dan rujukan konfigurasi boleh anda lawati laman web ini


Pilih "Using Google Public DNS". Sila ikut arahan-arahan yang telah disediakan bagi sistem operasi anda. Rujukan lain adalah artikel berikut :-

Lajukan Internet Dengan Google Public DNS



1.b) Menggunakan Opendns.com

OpenDNS turut menyediakan kemudahan umum DNS yang menggunakan alamat IP 208.67.222.222 dan 208.67.220.220 dan panduan konfigurasi DNS komputer anda boleh dirujuk di laman ini dan untuk pendaftaran


dan terus ke laman web ini



2) Gunakan Perisian Pelayaran Internet yang terbaru

Anda perlu muat turun dan gunakan perisian pelayaran Internet versi terbaru bagi perisian pelayaran Internet yang anda gunakan sekarang. Dengan perkembangan laman web yang banyak menggunakan Javascript dan CSS dan perkembangan penggunaan HTML5 dan CSS3 maka sudah sampai masa pelayaran Internet anda dikemas kini.

Selain daripada Internet Explorer yang anda gunakan dalam Windows, terdapat juga perisian lain yang anda boleh cuba dan gunakan. Antaranya adalah :-


2.a) Google Chrome



2.b) Mozilla Firefox



2.c) Opera



Pelbagai lagi perisian pelayaran Internet anda boleh rujuk disini http://alternativebrowseralliance.com/

Kemaskini versi terkini atau menggunakan perisian pelayaran Internet yang lain bukan sekadar untuk melajukan pelayaran Internet malah ia boleh meningkatkan keselamatan komputer anda daripada dijangkiti trojan.


3) Gunakan Plugin atau Extension yang sesuai

Anda boleh gunakan plugin atau extension khusus yang disediakan oleh pihak ketiga yang boleh melajukan dan membantu anda mencepatkan pelayaran anda di Internet. Antaranya adalah :-

3.a) Google Chrome

Pengguna Google Chrome boleh mencuba "FastestChrome Extension" yang boleh dimuat turun disini


Antaranya adalah kemudahan mendapatkan muka laman berikutnya tanpa perlu menunggu anda klik muka laman berikut. Ia akan dilakukan secara senyap sementara anda membaca muka laman sedia ada.

3.b) Mozilla Firefox

Pengguna Mozilla Firefox boleh mencuba "Fasterfox" yang boleh dimuat turun disini


Seperti "FastestChrome Extension" ia turut menyediakan kemudahan mendapatkan muka laman berikutnya tanpa perlu menunggu anda klik muka laman berikut. Ia akan dilakukan secara senyap sementara anda membaca muka laman sedia ada.


4) Padamkan History (sejarah) dan Cookies

Memadamkan History dan cookies perisian pelayar Internet anda bukan sahaja baik dari segi keselamatan malah ia boleh memastikan perisian pelayar Internet anda sentiasa berfungsi dengan baik dan laju. Simpanan history dan cookies yang banyak boleh membebankan perisian pelayar Internet anda dan anda akan merasakan ia semakin perlahan.


5) Periksa TCP/IP setting anda

Sistem operasi terkini seperti Linux, FreeBSD, Windows Vista dan Windows 7 telah menggunakan setting TCP/IP yang disesuaikan untuk penggunaan Internet secara automatik. Anda boleh merujuk ke laman web ini bagi mengetahui kesesuaian settinh TCP/IP komputer anda.


Jika anda tidak berpuas hati dengan kelajuan yang ada dan mahu membuat perubahan kepada setting TCP/IP maka perubahan yang dicadangkan oleh laman web di atas memerlukan kemahiran dalam komputer. Sila dapatkan bantuan.


Laman diatas ditujukan kepada pengguna modem dan broadband.

Diharapkan panduan ringkas ini dapat membantu anda dalam melajukan pelayaran Internet. Ia merupakan cadangan dan tiada jaminan ada kesan yang positif. Lakukan dengan risiko anda tanggung sendiri.

Langgan laman Cikgu Cyber dengan Google RSS Reader


Baca mengenainya di



Wassalam.

Harisfazillah Jamel aka LinuxMalaysia

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

12 Okt 2011

Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Yang Pertama

16 September 2011 | Label: | |



"A journey a thousand miles begin with the first step"

Suatu perkara yang dirancang perlu dijalankan.
Suatu perubahan yang hendak dibuat perlu ada permulaan.
Sebuah cita-cita bukan sekadar angan-angan sahaja.

Semua ini memerlukan langkah pertama.

Memang sukar untuk individu untuk melangkah dalam membuat perubahan atau perancangan. Ini disebabkan terdapat rasa kurang selesa atau takut kepada perubahan.

Kurang selesa kerana mungkin perubahan yang dilakukan akan membawa kesan negatif kepada perancangan.

Rasa takut, kerana takut kepada kegagalan yang mungkin berlaku kepada apa yang dirancangkan.

Ada yang mempunyai rasa rendah diri terhadap cita-cita yang hendak dicapai. Takut dicemuh dan takut diketawa.

dan ada juga yang hanya masih mampu berangan-angan kepada apa yang dicita-cita. Tiada usaha untuk bermula walaupun hanya langkah pertama.

Tanpa langkah pertama tidak mungkin perjalanan beribu batu akan bermula. Tanpa langkah pertama tiada kejayaan akan dicapai.

Rasa takut melangkah merupakan penyebab utama mengapa ramai yang tidak mahu mula melangkah. Rasa takut ini adalah kerana beberapa faktor.

Faktor pertama

Takut gagal. Ada yang sebelum bermula sudah memikirkan kegagalan daripada bakal usaha yang dirancangkan. Takut gagal ini mendorong untuk tidak melakukan apa-apa langsung.

Takut gagal juga menyebabkan perancangan hanya tinggal perancangan. Perkara ini boleh melemahkan keyakinan diri dan keyakinan orang lain.

Fikiran negatif, aku tidak boleh, aku tidak boleh, aku tidak boleh menguasai diri.

Faktor kedua

Takut perubahan. Ada pula yang tidak mahu melangkah kerana takut kepada perubahan. Perubahan yang tidak lagi pasti sama ada membawa kepada kebaikan atau keburukan. Perubahan yang belum tahu lagi kesannya positif atau negatif. Yang pastinya ada yang takut perubahan sebelum lagi melangkah.

Faktor ketiga

Takut cemuhan. Melangkah tidak lagi, sudah jatuh tersungkur angkara orang lain. Cemuhan, kritikan dan kutukan adalah
sifat semulajadi manusia terhadap manusia yang lain. Mungkin kerana cemburu, mereka mencemuh. Mungkin kerana dengki mereka
mengutuk. Mungkin kerana irihati mereke mengkritik secara negatif. Tanpa kecekalan tiada siapa yang mampu menghadapi cemuhan, kritikan negatif dan kutukan. Maka kecundang jatuh sebelum lagi bermula. Sebelum lagi melangkah.


Faktor-faktor diatas perlu diatasi agar langkah pertama mampu dilakukan. Penyelesaian adalah terletak didalam minda setiap individu yang mahu membuat langkah.

Jika takut kepada kegagalan fikirkan sejenak kepada kejayaan orang lain. Setiap mereka yang berjaya pasti ada kegagalan yang disebaliknya. Malah kegagalan adalah lebih banyak daripada kejayaan namun bagi mereka kegagalan adalah hanya satu nota kecil daripada sebuah novel kejayaan mereka.

Lihatlah kejayaan Rasullah menyebarkan Islam itu sendiri. Adakah ia dicapai dengan begitu mudah atau ia dicapai dengan banyak kegagalan. Adakah baginda terus mengalah?

Bayangkan kesukaran Baginda untuk mengajak penduduk Mekah kepada mengenali Islam pada awal perkembangan Islam itu sendiri,
namun Baginda tidak berputus asa membawa ajaran Islam ke tempat lain, ke tempat yang bernama Madinah. Disitulah, Islam berkembang menjadi kerajaan dan akhir secara aman Baginda kembali ke Mekah dan penduduk Mekah menerima Islam akhirnya.

Bagi mereka yang berjaya, tiada dalam kamus hidup mereka erti kegagalan. Bagi yang berjaya, kegagalan yang berlaku mereka untuk membuat penilaian semula dan membuat langkah lain untuk mencapai kejayaan. Mereka tidak takut gagal. Mereka yang berjaya hanya mahu terus melangkah.


Bagi yang takut kepada perubahan. Fikirkan sejenak tentang diri kita ini. Fikirkan sejenak tentang ciptaan Allah ini. Diri kita sendiri.

Bayangkan diri kira sewaktu hari pertama kejadian kita ini. Daripada satu cel berubah menjadi beribu cel, kemudian menjadi daging dan tulang, darah mengalir, jantung berdengup.

Sembilan bulan, Kepada ibu berlaku perubahan semata-mata untuk kita dalam kandungan. Sembilan bulan kita berubah pada tahap setiap minggu pasti ada perkembangan.


Apabila kita lahir apakah perkara pertama seorang manusia mahu apabila lahir ke dunia? Mahu cuba melangkah. Mahu cuba mengetahui dan mengenali dunia sekeliling. Perkara ini hanya mampu dilakukan dengan perubahan pada tubuh badan. Kekuatan otot dan tulang. Akhirnya mengiring, kemudian merangkak, kemudian bertatih dan akhirnya pandai bangun sendiri, melangkah dan berjalan.

Lihatlah dan perhatikan diri kita sendiri. Ia memerlukan perubahan agar kita berjaya berdiri dan membuat langkah pertama. Apakah kesan perubahan itu membawa kesan negatif kepada kita? Adakah ia membawa keburukan kepada kita?

Pasti yang ada hanyalah kesan parut jatuh bangun kita belajar berjalan dan jika sekarang ditanya tiada siapa boleh tunjukkan parut bila mula belajar berjalan untuk langkah pertama.

Dan lihat diri kita sekarang ini bermisai, berjanggut, berdada dan sudah matang. Maka fikirkan sejenak, perubahan yang berlaku kepada tubuh kita adalah untuk persediaan untuk kita menjadi lebih matang dan bersedia dalam mencapai kejayaan.

Mengapa kita masih lagi takut perubahan untuk membuat langkah.

Bagi yang takut cemuhan. Cemuhan, kritikan negatif dan kutukan adalah lumrah. Lumrah alam. Ia melambangkan keikhlasan mereka yang memberikan perhatian kepada diri kita. Ia merupakanpertanda bahawa kita diperhatikan.

Mengapa masih takut lagi. Tiada lagi kita keseorangan dalam membuat langkah. Cemuhan mereka adalah keikhlasan hati mereka. Kejujuran mereka dalam penyataan mereka. Jadikan kata-kata mereka sebagai cabaran dan kata-kata semangat. Bahawa apa yang telah dinyatakan tidak sama sekali tidak.

Hanya selepas mencapai kejayaan dengan membuat langkah pertama barulah kita mampu menangkis cemuhan, kritikan negatif dan kutukan, tanpa perlu berkata apa-apa.

Akhir bicara, marilah kita ambil masa sebentar untuk menilaikan perjalanan hidup kita ini, Perjalanan hidup yang beribu batu. Adakah kita sudah ambil langkah pertama, langkah yang betul dalam mencapai kejayaan kepada apa yang kita cita-citakan?

Adakah kita sudah mulakan langkah pertama untuk mencapai cita-cita hidup kita.

Tutuplah mata. Tutuplah mata dan bayangkan cita-cita yang kita mahu capai. Sila tutup mata anda semua selama 10 saat ,Bayangkan cita-cita masing-masing.

Jangan buka mata lagi. Dengan kaki kanan, langkahlah setapak ke depan. Buatlah langkah yang pertama. Anda teleh membuat langkah pertama cita-cita anda.


Wassalam.

Harisfazillah Jamel

14 Mar 2004
Kemasan 16 Sep 2011

Jemputan Hari Keselamatan ICT - OWASP Day Malaysia 2011

04 September 2011 | Label: , , | |



OWASP Day Kuala Lumpur Malaysia 2011



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kami ingin menjemput anda untuk menyertai OWASP Day Malaysia 2011

Hari The Open Web Application Security Project 2011 atau dengan ringkasnya OWASP Day Malaysia 2011 adalah acara julung kali diadakan. Ia adalah anjuran bersama OWASP Malaysia dan Malaysian Institute of Information Technology (MIIT), Universiti Kuala Lumpur (UniKL-MIIT) dengan kerja sama Open Source Developers Community Malaysia (OSDC.my)

Ia akan diadakan dari 20 hingga 21 September 2011 di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web rasmi



OWASP Day Malaysia 2011 akan menjadi pentas perkongsian pengetahuan yang mengandungi perbincangan dua hala yang akan mewakili semua pihak yang terlibat dalam dunia keselamatan komputer. Iaitu pembangun perisian berasaskan web (web application), sektor swasta dan kerajaan.

Persidangan ini menyasarkan penyertaan daripada agensi kerajaan dan sektor perindustrian dan perniagaan, diseluruh negara terutama anda yang terlibat dalam keselamatan ICT. Ini adalah peluang yang amat baik untuk anda meningkatkan keupayaan teknologi keselamatan ICT kepada organisasi anda dan membina rangkaian hubungan kepakaran.

Senarai penuh penceramah-penceramah dan jadual terkini OWASP Day Malaysia 2011 boleh dirujuk di laman web


Pendaftaran dan bayaran penyertaan diuruskan oleh MIIT UNIKL


Sekiranya tuan/puan memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi Jawatan kuasa penganjur di alamat emel owaspday@osdc.my atau rujuk kepada laman web diatas untuk nombor telepon hubungan ahli jawatan kuasa.

Facebook Event Page OWASP Day Malaysia 2011




UniKL Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT)


OWASP Malaysia


The Open Web Application Security Project (OWASP)


OSDC.my


Sekian, Terima Kasih.

Harisfazillah Jamel

Bagi pihak penganjur OWASP Day Malaysia 2011

3 September 2011

Be An OWASP Member

Google Reader - Sudahkah Anda Mencubanya

28 Ogos 2011 | Label: , | |



Google Reader - Sudahkah Anda Mencubanya

Hampir semua laman web menyediakan kemudahan RSS atau ATOM bagi memudahkan pengkongsian kemaskini terbaru laman web dengan pelbagai perisian. Terdapat perisian yang memudahkan kita mengetahui laman-laman web kesukaan kita yang telah dikemaskini dalam satu tempat dan boleh disusun berdasarkan minat dan keperluan.

Google Reader adalah pilihan saya.


Dengan capaian melalui laman web ia membolehkan saya membaca pelbagai berita terkini dunia Linux dan komputer semasa tanpa perlu membuka banyak "tab" dan "window" untuk ke laman web yang saya sukai. Saya juga menggunakan fungsi "Share" melalui laman umum Google Reader untuk kongsikan dengan rakan-rakan. Laman umum Google Reader saya yang boleh dilawati di


Anda melanggan kemudahan RSS dan Atom laman umum Google Reader saya dengan masukkan laman web diatas dalam Google Reader anda dengan menekan butang "Add A Subscription". Anda juga boleh mencuba RSS dan Atom feed Google+ saya :-


Malaysia Open Source Community Buzz



Baca lanjut mengenai Google Reader di



linuxmalaysia has invited you to try out Google Reader

I've been using Google Reader and thought you might like to try it out. With Reader, keeping up with your favorite websites is as easy as checking your email. You may want to check out and subscribe to my shared items. To take a look at them, visit this page:



Iklan Masyarakat

OWASP DAY KL 2011


Wassalam.

Harisfazillah Jamel


Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

28 Ogos 2011

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...


This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

Buat Duit di Internet

Kibarkan Bendera Malaysia Di Internet

02 Ogos 2011 | Label: , | |


Kemas kini untuk kempen 2012. Kempen ini bermula sejak 2011.

Sempena Hari Malaysia 16 September. Jom kita kibarkan bendera Malaysia di Internet. Lawat laman ini untuk tukarkan gambar profil anda dalam Facebook dan Twitter agar ada bendera Malaysia disampingnya.

http://twibbon.com/join/Malaysia-Wave

Malaysia Wave adalah untuk hari kemerdekaan Malaysia (setiap 31 Ogos), dan juga untuk hari Malaysia (setiap 16 September) - Maka kibarkanlah Twibbon Malaysia Wave ini dalam avatar Facebook dan Twitter anda, sepanjang hari bermula dari 1 Ogos hingga 16 September ini, Malaysia Wave juga telah muncul dalam muka hadapan The Star bertarikh 29 Ogos, 2010 (http://bit.ly/9ihrgn) lepas, mari bersama kita tunjukkan kepada dunia, bahawa Malaysia boleh! - @shamhardy

Buat rakan-rakan yang mempunyai twitter sila sampaikan ucapan Hari Malaysia dengan hash tag

#Malaysia

dan kongsikan laman web Twibbon Malaysia Wave

Panjangkan email ini kepada yang lain

Terima kasih.

LinuxMalaysia Malaysia

2 Ogos 2011



Bahaya Facebook Yang Anda Tidak Tahu

24 Jun 2011 | Label: | |


Bahaya Facebook Yang Anda Tidak Tahu

Sila baca sepenuhnya dan sebarkan

1) Facebook anda boleh kena culik

Pecah masuk akaun Facebook semakin popular dan umpama satu cabaran kepada sesetengah kumpulan cracker. Anda bernasib baik jika akaun Facebook anda dipulangkan semula. Langkah-langkah mudah anda, dapat memastikan akaun Facebook anda selamat

Gunakan HTTPS. HTTPS memastikan penghantaran maklumat anda adalah selamat and pelayar Internet anda ke server Facebook.


Ia boleh mengelakkan anda daripada serangan session hijack atau man in the middle attack. Jika anda sukakan permainan Facebook seperti Cityville dan Farmville dan lain-lain aplikasi Facebook, sila berhati-hati, tidak semua aplikasi Facebook ini menggunakan HTTPS. Tips mudah, jika berada ditempat awam dan menggunakan wireless terbuka jangan gunakan aplikasi-aplikasi ini. Baca mengenai wireless sekarang mudah kena hack



2) Phishing bukan fishing

Phishing adalah usaha untuk memperdayakan anda untuk memberikan password kepada pihak pemangsa dengan menjadikan laman web lain seperti rupa laman login Facebook. Berhati-hatilah, itu adalah jerat penjenayah Internet. Sebaik sahaja password anda didapati, Facebook anda akan dicerobohi.

Nasihat mudah, pastikan setiap kali anda mahu masukkan password sila pastikan link login page adalah bermula dengan HTTPS dan www.facebook.com 


Jika tidak sama seperti diatas, minta nasihat yang pakar.


3) Password email sama dengan password Facebook

Mudah bagi anda maka mudahlah bagi cracker untuk dapatkan akaun Facebook anda. Jangan sesekali samakan password login Facebook anda dengan login masuk email yang digunakan untuk Facebook. Jika salah satu diceroboh, maka satu lagi akan turut diceroboh. Ini akan menghalang anda untuk dapatkan semula akaun Facebook anda.

Tukarkan password email anda sekarang.


4) Jangan klik sebarang klik

Jangan klik sebarang klik link yang dipaparkan pada wall Facebook anda. Terutama gambar-gambar seksi dan lucah dan cerita panas. Biasanya ia akan membawa anda ke laman web yang mempunyai trojan dan akaun anda dengan mudah dicerobohi. Gunakan kebijaksanaan anda. Adakah anda berani untuk klik link dibawah ini?



5) Luangkan masa untuk membaca laman web ini


21 Jun 2011

Cara Mudah Masukkan Butang Like Facebook Dalam Blogger

08 Jun 2011 | Label: | |


Jika anda melawat laman-laman web terkini, anda akan bertemu dengan butang Like Facebook bagi setiap muka laman dan ia membolehkan muka laman yang diminati dipaparkan di dinding Facebook anda dengan butang Like Facebook. Anda boleh masukkan kod Like Facebook ini dengan kemudahan Blogger.com. Sebagai contoh sila lawat laman web


Disebelah kanan sebelah atas, terdapat butang Like Facebook. Antara contoh penggunaan Like Facebook.

Cara untuk masukkan Butang Like Facebook Dalam Blogger :-

1) Login masuk Blogger.com

2) Klik "Design" pada blog anda yang anda mahu masukkan butang Like Facebook

3) Klik "Add a Gadget"

4) Pilih HTML/Javascript

5) Anda perlu dapatkan kod HTML untuk dimasukkan dalam Gadget ini. Sila lawat Facebook URL Linter :-


6) Masukkan link blog anda sebagai contoh contoh http://blog.mosc.my/ dan tekan butang Lint

7) Dapatkan kod HTML yang bermula dengan iframe dalam kotak.

8) Masukkan kod seperti diatas dalam ruang gadget HTML/Javascript dan tekan butang save.

9) Susun kedudukan Gadget itu mengikut kedudukan yang anda mahukan, dan tekan butang Save.

10) Lawat blog anda dan Like Blog anda.

Rujukan

Like Button

The Open Graph Protocol

Sekian, terima kasih.

Harisfazillah Jamel aka LinuxMalaysia

8 Jun 2011

Surat Jemputan Untuk Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2011 (MOSC2011)

| Label: , , | |


Surat Jemputan Untuk Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2011 (MOSC2011)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersama email ini dipanjangkan surat jemputan untuk tindakan pihak Tuan / Puan.

Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2011 atau dengan ringkasnya MOSC2011 adalah acara tahunan anjuran Open Source Developers Club Malaysia (OSDC.my) dan tahun ini bersama dengan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia (AMDI-USM). Ia akan diadakan dari 3 hingga 5 Julai 2011 di Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Tema persidangan untuk tahun ini adalah “Innovating The Change".

MOSC2011 akan menjadi platfrom perkongsian pengetahuan yang mengandungi dua haluan perbincangan yang akan mewakili semua pihak yang terlibat dalam dunia Sumber Terbuka; iaitu pembangun perisian termasuk komuniti Sumber Terbuka, dan juga sektor perniagaan. Persidangan ini mensasarkan penyertaan daripada agensi kerajaan dan sektor perindustrian dan perniagaan, terutamanya dikawasan Utara Malaysia seperti K-Perak, Koridor Utara, Pusat Teknologi Pulau Pinang, Taman Teknologi Kulim dan sebagainya. Ini adalah peluang yang amat baik untuk kami memperkenalkan keupayaan teknologi Sumber Terbuka kepada organisasi yang berkenaan.

Sekiranya tuan/puan memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi En. Sharuzzaman Ahmat Raslan di alamat emel sharuzzaman@mosc.my atau melalui telefon di nombor 016 - 532 4867; atau Puan Khairunnajah Abd Kadir di alamat emel khairunnajah@mosc.my atau melalui telefon di nombor 012 - 631 8980.

Lawat laman rasmi MOSC2011


Sekian, Terima Kasih.

Harisfazillah Jamel

OSDC.my

8 Jun 2011

Untuk simpanan dan rujukan

Ke Arah Penubuhan Koperasi Sumber Terbuka Malaysia (KOSTEM)

06 Mei 2011 | Label: , | |


Komuniti Sumber Terbuka Malaysia telah merancang dan sedang usahakan penubuhan Koperasi Sumber Terbuka Malaysia. Kami memerlukan anda dalam usaha ini.

Kita sedia maklum, koperasi adalah satu usaha bersama ahli-ahlinya dengan mengumpul dan menyumbangk modal dalam bentuk yuran keahlian dan saham, bagi tujuan mengadakan kemudahan bersama, perniagaan yang menguntungkan dan mendapatkan hasil keuntungan daripada pelaburan saham dalam koperasi mereka.

Perisian Sumber Terbuka atau Open Source Software (OSS) pula adalah usaha komuniti OSS seluruh dunia dalam menghasilkan pelbagai perisian yang setanding dengan perisian yang dihasilkan dengan cara tertutup. Sumbangan komuniti OSS adalah dari segi masa dan ilmu dalam sesuatu projek telah menghasilkan perisian OSS.

Apa yang penting kerja sama. Sama ada koperasi atau perisian sumber terbuka, kerja sama kumpulan boleh menghasilkan keputusan dan hasil yang cemerlang dan manfaat kepada semua. Kami mahu gotong-royong dan kerja sama ini dalam meningkat taraf ekonomi komuniti OSS di Malaysia.

Perisian Sumber Terbuka?


Jika anda pengguna Mozilla Firefox, Google Chrome yang berasaskan daripada Chromium, Perisian pejabat OpenOffice.org, bahasa aturcara PHP, Python dan Ruby, memiliki telepon bimbit berasaskan Android dan anda pengguna Google.com. Apa yang saya nyatakan ini semua adalah hasil daripada perisian sumber terbuka. Perisian dan komuniti Sumber Terbuka kian berkembang dalam dunia ICT negara dan dunia dan menjadi pengaruh yang kuat dalam teknologi ICT.

Kami memerlukan anda yang terlibat dalam bidang ICT untuk turut sama menjayakan Koperasi Sumber Terbuka Malaysia (KOSTEM). Jawatan kuasa penaja KOSTEM telah mewujudkan kumpulan perbincangan melalui email dan laman web yang boleh disertai melalui laman ini :-


Perbincangan diatas boleh melalui email dan juga web. Bagi anda yang aktif menggunakan Facebook. Perbincangan adalah melalui kumpulan perbincangan OSDC.my Discussion Group In Facebook yang boleh disertai melalui laman ini :-


Anda juga boleh sertai Facebook Page KOSTEM di


dan laman rasmi KOSTEM


Bagi anda yang berminat untuk menjadi ahli koperasi KOSTEM sila daftar disini


*** Email pengenalan KOSTEM daripada Jawatan kuasa penaja KOSTEM :-

2 May 2011

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad atau ringkasnya KOSTEM merupakan satu idea dan visi untuk membantu menjana ekonomi penggiat/pengguna/peminat Perisian Bebas dan Sumber Terbuka (FLOSS) di Malaysia melalui model koperasi (cooperative).

Model koperasi merupakan satu bentuk perniagaan yang mengutamakan kebajikan anggotanya. Petikan daripada Wikipedia:

Koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi di mana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama di bidang ekonomi, sosial dan budaya, melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang terkawal secara demokrasi ... Koperasi adalah berasaskan nilai-nilai berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan atau keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisi pengasas gerakan itu, anggota koperasi menerima nilai-nilai etika, termasuk sadik, amanah, ketelusan, tanggungjawab sosial serta prihatin terhadap orang lain.

Dalam kata lain, model koperasi sangat bersesuaian dengan falsafah FLOSS iaitu kesukarelaan dan saling-bantu-membantu sesama anggota.

Oleh kerana setakat yang diketahui tiada satu komuniti FLOSS di mana-mana bahagian di dunia yang mengadaptasi model koperasi sebagai salah satu aktiviti menjana ekonomi berkaitan FLOSS, maka penubuhan KOSTEM bakal menjadi satu entiti baru dalam dunia FLOSS/OSS di Malaysia, mungkin di seluruh dunia, sekiranya ianya berjaya direalisasikan.

Tercetusnya idea mewujudkan koperasi di kalangan komuniti di Malaysia kerana ramai di kalangan ahli komuniti yang bergerak secara freelance serta sukarela, menyebabkan mereka sering menghadapi kekangan-kekangan tertentu yang membatasi niat untuk bergerak dengan lebih jauh, terutama soal kewangan. Dengan berkoperasi, nasib mereka ini akan lebih terpelihara dan dapat mengambil peluang-peluang yang datang, seperti contoh menguruskan sesuatu projek yang diperolehi oleh KOSTEM (project management) dan/atau menjadi seorang entreprenur dan bergiat dalam bidang perniagaan.

Dalam soal lain, KOSTEM juga boleh menjadi batu loncatan kepada komuniti untuk 'memasarkan diri', dimana mereka yang mempunyai kelebihan dan ilmu dalam FLOSS dapat menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka miliki, sebagai contoh dalam bidang teknikal; penganalisis sistem, pembangunan teknologi WWW, pembangun perisian, atau sistem sokongan, dokumentasi, lokalisasi, hinggalah peringkat pengurusan; pengurus projek, pemasaran, dan lain-lain yang berkaitan.

Juga dengan penubuhan KOSTEM dapat membawa FLOSS dikenali di kalangan pengguna/pemain industri/sektor Awam & Swasta/badan korporat dan yang berkaitan. Ini kerana koperasi sendiri sektor ketiga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara selepas Awam dan Swasta. Secara tidak langsung koperasi merupakan satu jenama yang kukuh dan diterima dalam ruang lingkup ekonomi di Malaysia, dan ini memberi peluang untuk KOSTEM bergerak dengan lebih jauh.

Sehingga kini, kami telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja dimana bertanggungjawab dalam proses permohonan, merangka perniagaan yang akan dijalankan, hinggalah pelantikan Ahli Lembaga Koperasi dan menguruskan Mesyuarat Agung Pertama. Mereka yang menjadi Ahli Jawatankuasa Penaja telah dilantik semasa mesyuarat KOSTEM yang diadakan bersama-sama dengan Bengkel Antara Distro #2 di HackerspaceKL pada 26 Mac lepas. Mereka yang dipilih merupakan peminat, penggiat serta sukarelawan FLOSS di Malaysia. 

Untuk menubuhkan sesebuah koperasi, ianya memerlukan sekurang-kurangnya 50 orang bakal anggota. Namun, adalah lebih baik sekiranya bakal anggota *perintis* lebih dari itu.
(catatan: Sebelum ini pada peringkat awal perbincangan, telah dikumpulkan nama-nama mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM, tetapi untuk memudahkan urusan, mereka akan menerima emel berasingan)

Kami sedang mencari mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM. Dan kami juga menyeru kepada penggiat FLOSS di Malaysia supaya menjadikan KOSTEM sebagai platform untuk memajukan industri/komuniti/budaya ini. 

Sila isikan butir-butir peribadi yang diperlukan di dalam borang dibawah:


Untuk maklumat lanjut berkaitan KOSTEM, sila lawati Wiki KOSTEM (http://bit.ly/wiktem) atau sertai perbincangan di milis (http://bit.ly/KOSTEM). Terima kasih.


Salam hormat,
Mohamad Imran Ishak (MakLaN)
Setiausaha AJP KOSTEM
--
----------------

*** Lain-lain ***

Malaysia Open Source Conference 2011 (MOSC2011)


Alat Mencuri Komputer Riba Dan Alat Elektronik - Inductive Amplifier

09 April 2011 | Label: , | |


Alat Mencuri Komputer Riba Dan Alat Elektronik - Inductive Amplifier

Inductive amplifier adalah sejenis alat menguji pendawaian elektrik yang digunakan oleh juru elektrik bagi mengesan masalah kepada pendawaian dan kabel elektrik. Ia adalah alat tanpa memerlukan bateri untuk mengesan wayar elektrik yang terputus walaupun ditanam di dalam dinding simen. Cara ia mengesan adalah dengan menguatkan medan elektronik disekitar wayar atau alatan elektrik dan alat ini akan menukarkan ia dengan terus memberikan bacaan kepada penggunanya.

Dalam kes yang melibatkan kecurian komputer riba. Alat ini digunakan untuk mengesan medan elektronik yang dihasilkan oleh komputer riba. Komputer riba masih boleh dikesan miskipun disembunyi dalam bonet kereta atau dibawah tempat duduk kereta kerana kesan medan elektronik ini.

Perkara paling baik adalah dengan membawa komputer riba bersama ke mana jua. Jika anda terpaksa tinggalkan ia di dalam kereta, pastikan anda mencabut bateri komputer riba anda dan letakkan ianya berjauhan dan bukan dalam satu ruang. Namun begitu mencabut bateri komputer riba masih belum terbukti ianya cara yang baik dan berkesan. Ianya adalah satu usaha untuk mengurangkan kesan medan elektronik.

Sumber :-


Gambar alat ini boleh dilihat disini


Malaysian Lets Join SAYS.my To Get Reward



Bengkel Percuma Windows Azure Cloud Oleh Microsoft Malaysia

08 Mac 2011 | Label: , , | |


Bengkel Percuma Windows Azure Cloud Oleh Microsoft Malaysia

Bengkel diadakan bagi menerangkan bagaimana menjalankan perisian yang berasaskan bahasa aturcara seperti PHP di dalam Windows Azure Cloud. Anda digalakkan untuk menyertai bengkel ini bagi meluaskan pengetahuan mengenai Cloud terutamanya dalam mendalami bahasa aturcara seperti PHP.

Windows Azure Cloud Workshop to OSS – only 30 seats available

Tarikh dan masa : 19 Mac 2011 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat: Info Trek Training Facility - Unit 3.50, Level 3, Amcorp Mall, 18, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Sila maklumkan kehadiran anda disini. Tempat adalah terhad


Bengkel ini diadakan dengan kerjasama

OSDC.my



dan Komuniti Open Source Malaysia


Sokongan Diperlukan Untuk Menjayakan MOSC2011

15 Februari 2011 | Label: , | |


Sokongan Diperlukan Untuk Menjayakan MOSC2011

Bagi menjayakan Malaysia Open Source Conference 2011 (MOSC2011), kami komuniti OSS Malaysia memerlukan sokongan anda. Kami perlu meyakinkan bakal penaja bahawa kami dapat melakukannya untuk kali ke 3. Komuniti OSS Malaysia mampu melakukannya. Sokongan anda dengan Like Facebook page kami, dapat membantu kami.

Lawat Facebook Page Malaysia Open Source Conference 2011 (MOSC2011) dan "Like" page kami.


Bantu kami dengan mencadangkan ia kepada rakan-rakan anda yang lain. Kami turut menyediakan akaun Twitter dan Indenti.ca untuk sebaran maklumat dan berita berkaitan MOSC2011 dan komuniti OSS Malaysia



Anda juga boleh sertai senarai email OSDC.my untuk menyertai perbincangan komuniti OSS.


Kami juga sedang adakan soal selidik sebagai persediaan MOSC2011. Harapan anda boleh sertainya.

Survey : Cloud Workshop For OSS Developers


MOSC Survey 2011 Awareness Of OSS Certification Among ICT Profession in Malaysia


Sokonglah usaha kami ini, Like FB page kami dan sertai dua soal selidik diatas.

Sekian, terima kasih.

Harisfazillah Jamel (LinuxMalaysia atau Hafnie)

15 Feb 2011

Tutorial Keselamatan Perisian Web OWASP

09 Februari 2011 | Label: | |


Tutorial Keselamatan Perisian Web OWASP

Anda adalah seorang pembangun laman web?

Ingin tahu tentang SQL injection, cross-site scripting (XSS), langkah untuk menulis perisian web yang selamat dan menyertai kumpulan perbincangan yang melibatkan keselamatan komputer. Baca lanjut.

The Open Web Application Security Project (OWASP) adalah badan bukan kerajaan dan keuntungan yang menumpukan usaha dalam membaiki dan meningkatkan keselamatan perisian web. OWASP sedang menyediakan siri tutorial perjelasan secara umum setiap masalah keselamatan laman web dan penerangan cara serangan dan pertahanan yang boleh dilakukan oleh pembangunan perisian web. Antara episod yang telah dikeluarkan :-

OWASP Appsec Tutorial Series - Episode 1: Appsec Basics



OWASP Appsec Tutorial Series - Episode 2: Injection Attacks


episod-episod baru akan terus dikeluarkan dan disebarkan melalui laman web video Youtube. Sila sertai Channel Youtube OWASP Tutorial Series di


Maklumat lanjut tentang The Open Web Application Security Project (OWASP) sila lawat laman rasmi di


Bagi kita di Malaysia, sila sertai OWASP Malaysia Local Chapter melalui laman web




atau Facebook OWASP Malaysia


Perbincangan melalui email boleh anda sertai dengan mendaftar di


Sekian, terima kasih

Harisfazillah Jamel


OWASP Malaysia

09022011

Update Your Internet Explorer Or Change Your Internet Browser or Change Your Operating System


Guna Facebook Dengan Selamat Dengan HTTPS

04 Februari 2011 | Label: , | |


Guna Facebook Dengan Selamat Dengan HTTPS

Untuk pengguna Facebook untuk selamat, sila tukarkan penggunaan Facebook anda daripada protokol HTTP kepada HTTPS pada pelayar Internet anda.

Caranya :-

(1) Daftar masuk (logged in) akaun Facebook anda

(2) Buat pilihan Account dan Account Setting. (Bahasa Melayu Akaun dan Tetapan Akaun)

(3) Pilih Account Security (Keselamatan Akaun)

(4) Tandakan Secure Browsing (https)

(5) dan klik butang "Save" (Simpan).

HTTP dan HTTPS adalah cara yang digunakan oleh pelayar Internet komputer anda berhubung dengan komputer utama yang mengendalikan laman web Facebook. HTTPS adalah protokol hubungan yang lebih selamat kerana hubungan antara komputer anda dan Facebook adalah dilindungi dalam bentuk encryption.  Ia turut digunakan laman web bank-bank dan juga Google Email Gmail.

penggunaan HTTPS lagi diperlukan apabila menggunakan Facebook dalam rangkaian "Wireless". Baca ini Wireless Sekarang Mudah Kena Hack.


Facebook melakukan secara berperingkat untuk aktifkan fungsi ini. Anda mungkin mendapati akaun anda belum lagi mempunyai tatapan (setting) ini. Sentiasa periksa tetapan akaun anda.

Bacaan lain

Update Your Internet Explorer Or Change Your Internet Browser or Change Your Operating System


MOSC Survey 2011 Awareness Of OSS Certification


Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di


haris-subscribe@yahoogroups.com

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di


E-Makalah


Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

Email : linuxmalaysia @ gmail . com

04 Feb 2011

Jom Bincang Penyelesaian Sesuai Rangkaian Setempat (LAN) Sekolah Secara Virtual

20 Januari 2011 | Label: , | |


Jom Bincang Penyelesaian Sesuai Rangkaian Setempat (LAN) Sekolah Secara Virtual

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin menjemput rakan-rakan untuk sertai perbincangan secara virtual penyelesaian sesuai untuk rangkaian setempat LAN di sekolah secara virtual di




Perbincangan ini dibuat di forum ITtutor.net http://www.ittutor.net/ yang mempunyai kemudahan forum yang bagi saya sesuai dicapai melalui web dan tidak akan penuhkan email rakan-rakan lain sekiranya perbincangan ini dibuat melalui email.

Permintaan saya, sila jemput seberapa ramai rakan-rakan untuk menyertainya. Cadangan seterusnya komuniti OSS akan adakan bengkel-bengkel yang bersesuaian bergantung kepada permintaan dan tajaan.



Saya telah menerima pelbagai pertanyaan daripada rakan-rakan mengenai penyelesaian yang sesuai untuk LAN sekolah. Oleh kerana saya adalah pengguna tegar OSS, maka penyelesaian dan perbincangan ini berkisar sekitar sumber terbuka.

Fakta yang perlu anda ketahui :-

1) Pihak sekolah perlu melanggan talian Internet sendiri.

2) Kemungkinan besar ada server telah sedia ada di sekolah. Ia mungkin daripada projek makmal sekolah sebelum ini.

3) Perbincangan teknikal, namun penyelesaian perlulah mudah untuk dilaksanakan oleh rakan-rakan kita iaitu cikgu-cikgu sekolah.

Saya harapkan ramai boleh menyumbang dan berbincangan. Diminta untuk hadkan perbincangan tentang penyelesaian teknikal. Apa yang boleh dipasang dalam server sekolah dan setup untuk LAN.

Isu-isu umum, tidak puas hati dan pendapat am harap dikemukakan di ruang forum lain yang sedia ada dalam ITTutor.net ini.



Jom bincang dan kemukakan pandangan anda di



Anda juga boleh gunakan fungsi "Start Watching Topic" dan anda perlu login masuk dahulu sama ada daftar dengan forum ITtutor.net atau login Facebook.



Sekian, terima kasih.

Harisfazillah Jamel

20 Jan 2011

Rujukan :-

Forum http://www.ittutor.net/ berkaitan

ITTutor.net> Ruang Komputer> Rangkaian / Networking



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular