Kemerdekaan dan Perisian Sumber Terbuka (OSS)

18 Ogos 2008 | Label: , | |


Kemerdekaan dan Perisian Sumber Terbuka (OSS)

Tahun 2008 Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 51. Telah 51 tahun Malaysia membebaskan dirinya daripada pelbagai bentuk penjajahan bermula daripada penjajahan politik dan pentadbiran negara dan kemudiannya ekonomi.

Malaysia berjaya berdiri atas kaki sendiri dan makin yakin terhadap diri kita sendiri.

Dunia ICT kini menjadi peneraju utama dalam ekonomi dunia. Kemajuan yang pesat dan perkembangan teknologi ICT telah mewujudkan satu keadaan kita terlalu bergantung kepada teknologi ICT untuk setiap perkara dalam kehidupan manusia.

Komputer, Internet dan perisian kini menjadi keperluan utama kepada setiap kegiatan manusia. Dimana-mana boleh dilihat komputer digunakan dan hampir 90 peratus dipasang dengan sistem operasi Windows syarikat Microsoft Amerika Syarikat.

Keadaan ini membolehkan syarikat-syarikat besar dalam ICT mewujudkan satu keadaan monopoli. Kita seperti tiada pilihan. Tiada pilihan sehingga dianggap menggunakan perisian tanpa membayar lesen merupakan satu kesalahan jenayah.

Kita sebagai pengguna dan juga kerajaan dipaksa untuk membayar harga pelesenan mencecah berjuta-juta ringgit Malaysia.

Berjuta-juta ringgit yang pengguna komputer Malaysia dan kerajaan Malaysia bayar untuk bayaran perlesenan, hanya mengalir keluar daripada negara Malaysia. Tiada kesan atau faedah yang jelas terhadap kita rakyat Malaysia. Semuanya hanya harga diatas kertas.

Bayangkan sekiranya pembayaran perlesenan dialirkan kepada industri ICT Malaysia, ia boleh menjanakan pelbagai peluang dan tindakan yang boleh menghasilkan pelbagai kesan positif terhadap industri ICT Malaysia.

Bayangkan duit harga perlesenan dialirkan dalam negara boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dan kembangkan kemajuan ICT negara Malaysia.

Bayangkan duit harga perlesenan dialirkan dalam negara boleh digunakan untuk latihan tenaga manusia agar lahir pakar-pakar ICT.

Bayangkan duit harga perlesenan dialirkan dalam negara boleh digunakan untuk mendapatkan sokongan teknikal dan perkhidmatan dalam negara.

Perkara-perkara diatas membolehkan Malaysia tidak terlalu bergantung kepada syarikat-syarikat ICT negara luar dan aliran keluar ringgit Malaysia dapat dikurangkan. Adalah baik duit tersebut digunakan untuk pembangunan sumber manusia bidang ICT yang membolehkan Malaysia bersaing dengan lebih baik lagi.

Malah ada usaha untuk meningkatkan harga perlesenan tanpa memikirkan akibat kepada perbelanjaan kerajaan Malaysia. Kos perlesenan dinaikkan semata-mata untuk keuntungan tanpa rasa perlu ambil berat terhadap keperluan negara Malaysia. Ini adalah kerana syarikat-syarikat ICT ini bukanlah berasal daripada Malaysia.

Penjajahan bentuk baru. Menekan sesebuah negara dengan bayaran perlesenan.

Kita perlu merdekakan diri kita daripada penjajahan ICT ...

Open Source Software (OSS) atau Perisian sumber terbuka mewujudkan satu lagi pilihan kepada Malaysia. Perlesenan bagi perisian sumber terbuka (OSS) adalah percuma. Ia boleh dimiliki tanpa perlu membayar apa-apa kos perlesenan.

Perisian sumber terbuka (OSS) bukan sekadar percuma daripada segi harga perlesenan. Free dalam maksud OSS, bermaksud perisian sumber terbuka, boleh dimuat turun sebanyak mana pun, boleh disalin sebanyak mana pun, boleh dipasang sebanyak mana pun dan boleh disebarkan semula sebanyak mana pun, tanpa sekatan perlesenan.

Lagi membezakan perisian sumber terbuka (OSS) dengan yang lain adalah kod sumber, iaitu bagaimana ia dibangunkan, boleh didapati dan disebarkan. Malah perlesenan sumber terbuka, membolehkan kod-kod sumber tersebut diubah dan dibaiki oleh mana-mana individu dan pihak, dengan syarat perubahan yang dilakukan dikongsikan semula kepada pembangun perisian sumber terbuka (OSS) dan orang ramai dan mengekalkan bentuk asal perlesenan.

Perisian Sumber Terbuka (OSS) mewujudkan keadaan budaya pembangunan yang berlainan daripada cara-cara sebelum ini. Pembangunan perisian sumber terbuka (OSS) boleh dilakukan secara bersama, melalui Internet tanpa perlu para pembangunnya duduk dalam satu tempat. Ia turut mewujudkan apa yang dikatakan usaha gotong royong, kerja sama antara para pembangun perisian daripada pelbagai pelusuk dunia saling menyumbang menghasilkan perisian sumber terbuka (OSS).

Gotong royong ini membolehkan perisian sumber terbuka (OSS) dibangunkan menggunakan hasil pengalaman dan pengetahuan pakar-pakar serata dunia, mewujudkan kawalan mutu yang tinggi dan sistem pertolongan dalam talian dalam pelbagai cara komunikasi Internet sama ada Email, IRC, Forum, blog dan pelbagai lagi.

Kekuatan gotong royong ini menghasilkan sistem operasi Linux, Desktop Gnome dan KDE dan OpenOffice.org yang mampu malah telah menggugatkan pelbagai perisian lesen berbayar.

Keterangan lanjut mengenai Open Source Software di http://www.opensource.org/

Pada 19 Jun 2002, Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk menggalakkan penggunaan aplikasi sumber terbuka (OSS) dalam sektor awam. The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri telah dimandatkan untuk mengetuai dan melaksanakan OSS dalam sektor awam.

Pada 16 Julai 2004, Malaysian Public Sektor OSS Master Plan (OSS Master Plan) telah dikeluarkan sejajar dengan pelancaran Open Source Competency Centre (OSCC) MAMPU.

Baca lanjut mengenai OSS Master Plan dan OSCC MAMPU di

http://opensource.mampu.gov.my/
http://www.oscc.org.my/

Sama ada pihak kerajaan atau rakyat Malaysia, kita perlu mempunyai pilihan dan pilihan itu adalah perisian sumber terbuka (OSS). Pilihan-pilihan dalam industri ICT akan memastikan kita tidak dijajah melalui kuasa monopoli ekonomi dan teknologi.

Kita bukan sahaja hanya menggunakan perisian sumber terbuka (OSS), malah kita perlu budayakan cara pembangunan OSS dalam dunia ICT Malaysia. Sama-sama gotong royong membangunkan perisian sumber terbuka (OSS) sama ada oleh kita dan untuk kita. Atau sama-sama menyumbang dengan masyarakat antarabangsa, menaikkan nama Malaysia di mata dunia dalam bidang ICT dan perisian sumber terbuka (OSS).

Anda boleh mula menyumbang dengan menyertai dan menyumbang di Knowledge Bank OSCC MAMPU

http://knowledge.oscc.org.my/

OSCC MAMPU turut keluarkan perisian Mymeeting dengan perlesenan OSS. Ini membolehkan orang ramai terlibat dalam pembangunan perisian MyMeeting. Sila lawat laman web

http://knowledge.oscc.org.my/solution-areas/application/mymeeting

Kita perlu merdeka daripada penjajahan ICT.

Senarai aplikasi OSS yang boleh digunakan

http://linuxwanita.blogspot.com/

Artikel sebelum ini

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Aplikasi Percuma dan Sumber Terbuka untuk Vista
http://www.harisfazillah.info/sumberterbukauntukmicrosoftvista

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/ atau email kepada

haris-subscribe@yahoogroups.com

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

18 Ogos 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

http://www.tipswanita.com/Computers/Kemerdekaan_dan_Perisian_Sumber_Terbuka_OSS/

Email Sendiri Untuk Anda

14 Ogos 2008 | Label: | |


Email Sendiri Untuk Anda

Satu perkara penting bagi anda yang melayari Internet adalah memiliki alamat email. Email adalah kemudahan komunikasi yang penting bagi banyak perkara pada masa ini. Dengan email, komunikasi dan pengkongsian maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan cepat walaupun dimana jua anda berada melalui Internet.

Terdapat pelbagai kemudahan email percuma di Internet. Antaranya adalah Gmail.com http://www.gmail.com/ dan Yahoo.com http://www.yahoo.com/

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan email percuma hanya perlu lawat laman tersebut dan daftarkan diri anda. Anda hanya perlu memilih nama pengguna yang unik yang turut digunakan sebagai alamat email apabila anda menghantar email.

Apabila selesai mendaftar. Untuk tujuan penghantaran email, anda perlu tahu alamat email rakan-rakan anda dan menghantar email kepada mereka adalah mudah. Tekan compose, letakkan alamat email rakan dalam To: dan taipkan apa yang anda inginkan sampaikan dalam ruang Body: sekira ada apa-apa fail yang hendak dihantar sekalikan melalui fungsi Attachment

Email SPAM, junk email atau email sampah merupakan satu perkara yang perlu dihadapi oleh pengguna email. Langkah-langkah berjaga-jaga perlu dilakukan bagi memastikan masalah email sampah tidak serius dihadapi, Email sampah sukar untuk diatasi melainkan pengguna Internet semua memberikan kerja sama.

Apabila menerima email sampah dalam Inbox email anda jangan sesekali membacanya. Anda boleh mengenalinya melalui tajuk yang tidak sesuai dan alamat email yang pelik. Pengalaman menggunakan email akan mengajar anda mengenali email sampah.

Membaca email sampah membolehkan penghantar email sampah mengetahui bahawa email yang dihantar adalah kepada pengguna sebenar dan menambah lagi email spam yang hendak dihantar. Cara penghantar email sampah mengetahui adalah melalui imej kecil yang diletakkan dalam email yang menggunakan format HTML.

Adalah dicadangkan mempunyai dua alamat email. Satu alamat email adalah bagi tujuan pendaftaran dengan mana-mana laman atau untuk komunikasi umum dengan rakan-rakan. Satu lagi alamat email adalah khusus untuk komunikasi dengan individu yang penting bagi anda.

Tujuan pengasingan turut membantu dalam mengurangkan kesan email SPAM atau email sampah daripada masuk ke alamat email penting. Pendaftaran dimana-mana laman web selalu mendedahkan alamat email kepada email SPAM. Adalah perlu untuk memastikan email SPAM atau email sampah ini daripada masuk ke alamat email penting.

Bagi yang telah membeli nama domain. Satu lagi kemudahan yang disediakan oleh Google.com dapat memberikan anda kemudahan email bagi domain anda sendiri. Ini dapat dilakukan dengan kemudahan percuma yang disediakan oleh Google.com. Maklumat lanjut sila lawat

http://www.google.com/hosted

Anda digalakan mendapatkan domain anda sendiri.

Beli dengan Godaddy.com
http://cybermoney2u.blogspot.com/2008/06/godaddycom-affiliate-program.html

Nama Domain Perlu dimiliki oleh semua orang
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/nama-domain-perlu-dimiliki-oleh-semua.html

Penghantaran email adalah terdedah. Email boleh dibaca sama ada sewaktu dalam simpanan didalam server atau sewaktu penghantaran. Satu cara perlu dikenal pasti bagi memastikan penghantaran email adalah selamat daripada diintip. Disamping itu juga satu cara lagi kenal pasti penghantar perlu dibuat bagi memastikan email yang dihantar adalah daripada pihak penghantar yang sebenarnya.

GNUpg dan OpenSSL adalah dua kemudahan yang popular dan terbuka dalam menjanakan email yang tidak dapat diintip melalui cara encryption atau rawakan atau melalui identiti digital unik bagi setiap pengguna email.

Bagi mendapatkan sijil elektronik (digital cert) percuma bagi penggunaan dengan SSL

http://www.cacert.org/

Ikuti artikel lanjut mengenai melindungi penghantaran email yang selamat di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Artikel sebelum ini

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi dalam satu komputer
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang
http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Aplikasi Percuma dan Sumber Terbuka untuk Vista
http://www.harisfazillah.info/sumberterbukauntukmicrosoftvista

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

7 Ogos 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Iklankan perkhidmatan dan barangan anda di PutraOnline.com
http://directory.putraonline.com/

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Malaysian Public Sector Open Source competency Centre OSCC MAMPU

08 Ogos 2008 | Label: , , , | |


Malaysian Public Sector Open Source competency Centre OSCC MAMPU

Open Source competency Centre, OSCC MAMPU Malaysia adalah yang pertama dan pusat rujukan utama bagi rujukan, sokongan dan panduan dalam pelaksanaan Open Source Software (OSS) bagi sektor awam Malaysia. Sebagai peneraju utama OSS bagi sektor awam Malaysia, OSCC MAMPU memainkan peranan penting dalam memastikan perkembangan penggunaan OSS yang berterusan dan berpanjangan dalam sektor awam Malaysia.

OSCC MAMPU adalah hasil daripada satu keputusan kabinet kerajaan Malaysia yang diputuskan pada 19 Jun 2002 yang mahu mengalakkan penggunaan OSS dalam sektor awam. 16 Julai 2004 adalah pelancaran Pelan Utama OSS Sektor Awam Malayia, bersamaan dengan perasmian OSCC MAMPU di Cyberjaya Malaysia.

Laman rasmi OSCC MAMPU boleh dicapai melalui

http://www.oscc.org.my/
http://opensource.mampu.gov.my/

Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh OSCC MAMPU :-

(1) Knowledge Bank

Knowledge Bank adalah perpustakaan elektronik utama kepada pelbagai rujukan, panduan dan berita yang berkaitan dengan OSS dan menjadi tempat bagi tujuan pengkongsian ilmu dan kerjasama antara agensi-agensi, pihak swasta dan umum.

Lawat sendiri Knowledge Bank OSCC MAMPU di

http://knowledge.oscc.org.my/

(2) Aktiviti Promosi dan Penerangan

aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan promosi dan penerangan adalah antara perkara utama dalam memastikan kejayaan pelaksanaan OSS. Timbulnya kesedaran yang meluas akan membantu dan meneruskan usaha OSCC MAMPU agar pelaksanaan OSS terus berjalan dan berkembang dengan sendirinya.

(3) Latihan dan Pensijilan

Latihan dan pensijilan bagi OSS untuk perkhidmatan awam Malaysia adalah diselaraskan dan disediakan oleh OSCC MAMPU. Dengan latihan dan pensijilan ia mampu menghasilkan kepakaran dalam kerajaan Malaysia sendiri bagi menjayakan penggunaan OSS dalam agensi-agensi kerajaan Malaysia.

(4) Sokongan Teknikal

Untuk memastikan kejayaan pelaksanaan OSS, khidmat sokongan teknikal OSS untuk agensi-agensi disediakan melalui Helpdesk OSCC MAMPU. Helpdesk OSCC MAMPU boleh dihubungi melalui talian 03-83191201 atau email kepada contact @ oscc . org . my

Utarakan sebarang masalah berkaitan pelaksanaan OSS melalui talian dan email diatas.

(5) Penyelidikan dan Pembangunan

R&D OSCC MAMPU bertanggung jawab untuk mengenal pasti aplikasi OSS yang sesuai diguna pakai oleh agensi-agensi kerajaan Malaysia. Aplikasi-aplikasi OSS yang telah pasti akan dikemaskan dan dipakej semula bagi memudahkan pelaksanaan, penyebaran dan konfigurasi yang bersesuaian dengan penggunaan agensi-agensi dalam kerajaan Malaysia.

Antara-antara pakej-pakej atau produk yang telah disediakan oleh OSCC MAMPU

MySpamGuard - Gabungan aplikasi OSS seperti MailScanner, Spamassassin, Clamav dan Mailwatch bagi tujuan penapisan email sampah dan virus.

http://myspamguard.oscc.org.my/

MyNetWatch - Gabungan aplikasi OSS seperti Nagios dan NagiosQL bagi tujuan membantu pentadbiran sistem rangkaian LAN

http://mynetwatch.oscc.org.my/

MyWorkSpace - Gabungan aplikasi OSS seperti Horde IMP, Dbmail, Mysql dan Postfix bagi penyelesaian web email.

http://myworkspace.oscc.org.my/

MySurfGuard - Gabungan aplikasi OSS seperti Squid dan Dansguardian bagi tujuan penapisan capaian web Internet

http://mysurfguard.oscc.org.my/

Selain produk-produk OSCC MAMPU diatas, OSCC MAMPU melalui bahagian pembangunan aplikasi turut membangunkan aplikasi OSS kerajaan Malaysia.

MyMeeting iaitu aplikasi menguruskan keputusan-keputusan dan minit mesyuarat bagi penggunaan agensi-agensi kerajaan Malaysia.

http://mymeeting.oscc.org.my/

Kod-kod sumber MyMeeting turut diedarkan secara OSS melalui laman web Sourceforge.net

http://mymeeting.sourceforge.net/

Maklumat lanjut mengenai Open Source Competency Centre (OSCC) MAMPU boleh dicapai melalui laman web rasmi OSCC MAMPU.

http://www.oscc.org.my/

atau berhubung terus dengan OSCC MAMPU.

Open Source Competency Centre (OSCC) MAMPU
3rd Floor, APT E302-304, Enterprise Building 3,
Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya
Selangor, Malaysia.

tel: 603-83191200 Fax: 603-83193206
helpdesk: 603-83191201

----

Maklumat lanjut tentang Linux dan sumber terbuka OSS

Senarai aplikasi sumber terbuka untuk Windows
http://linuxwanita.blogspot.com/

http://blog.linuxdotmy.com/

http://linuxmalaysia.harisfazillah.info/

http://linuxdotmy.multiply.com/

Untuk masalah-masalah OSS yang mahu diselesaikan sendiri sila gunakan forum-forum berikut

http://knowledge.oscc.org.my/support

http://www.ittutor.net/

Senarai aplikasi OSS yang boleh digunakan dalam Windows

http://linuxwanita.blogspot.com/

Artikel sebelum ini

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang
http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Aplikasi Percuma dan Sumber Terbuka untuk Vista
http://www.harisfazillah.info/sumberterbukauntukmicrosoftvista

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

07 Ogos 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Iklankan perkhidmatan dan barangan anda di PutraOnline.com
http://directory.putraonline.com/

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Aplikasi Dengan Lesen Sumber Terbuka Untuk Semua

04 Ogos 2008 | Label: , | |


Aplikasi Dengan Lesen Sumber Terbuka Untuk Semua

Sudah sampai masanya pengguna komputer dan Internet Malaysia, diberikan pilihan yang sebenarnya dalam pembelian aplikasi (perisian) untuk komputer yang dibeli.

Tahukah anda, sebagai pengguna komputer dan Internet, anda mempunyai pilihan yang jelas dalam pembelian aplikasi. Aplikasi Sumber Terbuka atau Open Source Software (OSS) membuka anda kepada pilihan yang pelbagai dengan perlesenan yang terbuka dan percuma.

Baca tentang Open Source Software (OSS) di
http://www.opensource.org/

Ya percuma. Aplikasi Dengan Lesen Sumber Terbuka bukan setakat dengan lesen percuma untuk dimiliki, malah dengan konsep pengkongsian pembangunan sesama pembangun aplikasi diseluruh dunia. Ia menjadikan aplikasi dengan lesen sumber terbuka, semakin matang dan berkembang menjadi saingan yang kuat kepada aplikasi perlu bayar perlesenannya.

Kita buat perbandingan :-

Kita bayar lesen untuk aplikasi, akan tetapi kita perlu belajar sendiri bagaimana untuk mengendalikannya. Jika perlu belajar dengan orang lain, kita mungkin perlu membayarnya.

Dengan Aplikasi Dengan Lesen Sumbter Terbuka, kita boleh muat turun mana-mana aplikasi yang bersesuaian dan menggunakannya tanpa perlu membayar harga lesen. Mendapatkan bantuan masalah masih juga sama seperti aplikasi yang perlu bayar. Perlu belajar sendiri atau mendapatkan orang lain untuk membantu.

Bagaimana pula dengan aplikasi Freeware? Sama seperti Aplikasi Dengan Lesen Sumber Terbuka, Freeware boleh dimuat turun dan digunakan. Kita masih perlu belajar sendiri bagaimana menggunakannya.

Yang membezakan antara Aplikasi Dengan Lesen Sumber Terbuka adalah, aplikasi Freeware tidak kongsikan kod sumber pembinaannya kepada orang ramai. Ini menyebabkan apa-apa berlaku kepada aplikasi Freeware seperti tiada lagi versi baru, kita terpaksa dapatkan aplikasi lain. Berlainan pula dengan aplikasi Dengan Lesen Sumber Terbuka.

Kod sumbernya boleh dimuat turun, sememang itu syarat bagi lesen sumber terbuka, kita yang muat turun aplikasi dengan lesen sumber terbuka juga boleh muat turun kod sumber. Mungkin bagi kita pengguna biasa tiada gunanya, namun dengan pengkongsian begini, pembina aplikasi lain boleh mengambil alih dan meneruskan projek yang tergendala.

Dengan lesen percuma dan jaminan penerusan aplikasi, maka sudah sampai masa pengguna komputer dan Internet Malaysia untuk tukarkan apa yang dipasang dalam komputer kita dengan pilihan yang lebih menarik dan menjaminkan.

Kerajaan Malaysia sendiri menjadikan Aplikasi Sumber Terbuka sebagai pilihan dengan mewujudkan Pelan Besar Sumber Terbuka Untuk Sektor Awam atau Malaysian Public Sector OSS Master Plan pada 16 Julai 2004. MAMPU telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan pelan ini mencapai maksud.
Maklumat lanjut tentang MAMPU Public Sector Master Plan boleh dirujuk di

http://opensource.mampu.gov.my/

dan di laman Malaysian Public Sector Open Source Competency Centre (OSCC)

http://www.oscc.org.my/

Bagi anda penguna Windows sila rujuk laman ini untuk pelbagai aplikasi yang telah dipilih yang dijangkakan sesuai untuk digunakan.

http://linuxwanita.blogspot.com/

Bagi agensi-agensi kerajaan Malaysia sila lawat laman Knowledge Bank OSCC MAMPU yang memberikan pelbagai maklumat tentang Aplikasi Dengan Lesen Sumber Terbuka disamping mendapatkan sokongan, rujukan dan latihan secara percuma diberikan oleh OSCC MAMPU.

http://knowledge.oscc.org.my/

Bagi permulaan, agensi-agensi kerajaan Malaysia boleh menurut langkah MAMPU menukarkan penggunaan Microsoft office kepada Open Office.org. Langkah yang telah menjimatkan MAMPU dalam kos perlesenan dan ia dikongsikan bersama di

http://openoffice.oscc.org.my/

Slide Migrasi Open Office.org oleh MAMPU boleh lihat disini.

http://www.slideshare.net/linuxmalaysia/oscc-openoffice-migration-mampu-malaysia-experience

Senarai pelbagai projek Aplikasi Dengan Lesen Sumber Terbuka boleh diihat di laman pembangunan OSS terbesar di Internet

http://www.sourceforge.net/

Antara yang menarik untuk dicuba

Gimp menggantikan Adobe Photoshop
http://www.gimp.org/

OpenOffice.Org mengganti Microsoft Office
http://www.openoffice.org/

Bagi menggantikan terus Windows XP anda, Linux Ubuntu adalah antara distribusi Linux yang perlu dicuba dan digunakan.

http://www.ubuntu.com/

Artikel sebelum ini

Intranet Untuk Sekolah Dengan Linux Dan Sumber Terbuka
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/07/intranet-sekolah-dengan-linux-dan.html

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang
http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Aplikasi Percuma dan Sumber Terbuka untuk Vista
http://www.harisfazillah.info/sumberterbukauntukmicrosoftvista

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

4 ogos 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Iklankan perkhidmatan dan barangan anda di PutraOnline.com
http://directory.putraonline.com/

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular