Semua Agensi Kerajaan Akan Laksana Perisian Sumber Terbuka

25 April 2009 | Label: , , , , | |


Semua Agensi Kerajaan Akan Laksana Perisian Sumber Terbuka

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) menjangka semua agensi kerajaan akan melaksanakan perisian sumber terbuka (OSS) menjelang akhir tahun depan.

Sehingga kini sebanyak 462 agensi daripada 720 agensi telah melaksanakan OSS, yang berjaya memberikan penjimatan lebih RM47 juta, kata timbalan pengarah bahagian perancangan dan dasar ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) Mampu, Tan King Ing.

"Kami telah memanfaatkan model pembangunan OSS untuk pembangunan pantas produk pada kos yang lebih rendah dengan menggunakan penyelesaian sedia ada," kata beliau pada taklimat media di sini Khamis.

Lapan produk OSS telah dibangunkan untuk kegunaan semua agensi sektor awam, katanya kepada pemberita.

Untuk terus menyumbang kepada industri, Mampu dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Sumber Terbuka Malaysia MSC 2009 mulai 31 Mei hingg 3 Jun ini.

Persidangan yang disasarkan kepada eksekutif perniagaan, pembangun teknologi dan komuniti sumber terbuka, dijangka menarik kira-kira 1,000 peserta tempatan dan luar negara, kata naib presiden MDeC Saifol Shamlan.

Bertemakan "Open to Change", persidangan itu bertujuan untuk menyediakan pendedahan dan pengetahuan mengenai kepentingan sumber terbuka dalam meningkatkan daya saing dengan kos pemilikan yang lebih rendah, kata Saifol.

"Persidangan ini akan menyediakan platform untuk para peserta berinteraksi secara aktif, berkongsi dan bertukar-tukar pandangan mereka serta perkakasan mengenai trend serta isu terkini," katanya.

Antara penceramahnya ialah wakil dari Mozilla, Google, Microsoft, Linux, Red Hat, Sun Microsystems, Extol, Ubuntu-my, Krimmet, Hack In The Box dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Saifol berkata industri OSS menunjukkan trend positif dan kekal bingkas walaupun dalam krisis ekonomi global.

"Kami mahu industri berdaya maju dan berkembang," katanya, sambil menambah bahawa kira-kira empat peratus daripada syarikat Malaysia berstatus MSC kini dalam perniagaan OSS.

-- BERNAMA

MSC Malaysia Open Source Conference 2009

Daripada Bernama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular