Kemaskini Windows XP Anda
05 Mac 2008 | Label: Operating System, Software, Window XP | |Oleh : Harisfazillah Jamel
Untuk http://cikgucyber.blogspot.com/
Secanggih mana pun perisian anti-virus, sekerap mana kemas kini definisi virus dilakukan, tanpa membuat kemas kini kepada sistem operasi Windows XP, ia masih terbuka jalan buat trojan dan virus untuk menyerang.
Ramai pengguna komputer Windows XP tidak menyedari wujudnya Windows XP Automatic Updates. Ia adalah bertujuan untuk memudahkan muat turun kemas kini kepada ralat Windows XP oleh Microsoft melalui Internet. Dengan cara ini, pengguna Windows XP tidak perlu lagi melawat laman khusus seperti http://windowsupdate.microsoft.com/
Oleh kerana kebanyakan kemas kini daripada Microsoft adalah kritikal kepada keselamatan Windows XP, maka kemas kini perlu dimuat turun secepat mungkin. Sifat manusia yang mungkin terlupa atau tidak menyedari ada kemas kini terbaru maka Automatic updates ini telah menjadi satu keperluan untuk dijalankan terutama bagi Windows XP yang telah dikemas kini dengan Service Pack 2 (SP2).
Kemas kini menjadi penting sekiranya Windows XP anda masih lagi dengan Service Pack (SP) 1 atau tiada langsung SP. Cara untuk memeriksanya :-
Cari Ikon My Computer di atas Desktop atau pada butang Start. Dengan Klik butang kanan tetikus
My Computer -> Properties.
Rujuk penyataan Windows XP pada System: yang akan dituruti sama ada Home atau Pro dan kemudian jenis SP.
Jam masa Automatic Updates perlu diperiksa. Klik tab Automatic Updates Buatlah pilihan Automatic (Recommended) dan diikuti dengan masa yang sesuai. Dicadangkan pilih Every Day dan masa Internet dapat dicapai dan komputer biasa digunakan dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh jika di pejabat pukul 10 pagi adalah masa yang sesuai manakala di rumah mungkin sekitar pukul 9 malam.
Kemas kini akan dimuat turun secara automatik. Bergantung komputer pelayan Microsoft, jenis-jenis kemas kini yang diperlukan dan kelajuan Internet anda. Kemas kini akan mengambil masa tertentu untuk muat turun. Apabila kemas kini bermula, satu ikon bumi berserta logo Microsoft akan kelihatan di tepi kanan bawah di bahagian jam Windows XP.
Sebelum SP2, Windows update yang telah dimuat turun perlu dipasang sendiri dengan klik ikon perisai kuning berlambang tanda seruan. Ikon ini menggantikan ikon muat turun itu tadi. Pilihlah "Express Install" dan kemudian butang Next dan kemudian Install.
Untuk Windows XP dengan SP2, setelah "update" dimuat turun, kemas kini boleh dilakukan sama ada seperti di atas atau sewaktu shutdown Windows XP, ia akan dilakukan secara automatik. Jika dilakukan sewaktu shutdown, anda perlu tunggu lebih lama sedikit daripada biasa sewaktu Windows memasang "update" baru.
Jika anda tidak mahu memasang update sewaktu "shutdown" tekanlah terus butang shift sebelum menekan butang "shutdown". Namun begitu "update" masih perlu dilakukan dan ia akan ditanya pada "shutdown" lain nanti.
Sekiranya anda sering melakukan "update", jangka masa kemas kini akan menjadi semakin kurang dan adakala ia tidak disedari.
Bagi anda yang tidak dapat membuat kemas kini atas sebab-sebab perlesenan, tindakan awal yang anda boleh lakukan adalah dengan melakukan beberapa perkara penting sebagai pelan tindakan sementara.
(1) Pastikan "Firewall" bina dalam Windows XP dijalankan.
(2) Pastikan antivirus terbaru dipasang.
(3) Pastikan anda tidak menggunakan Internet Explorer kerana banyak kelemahan Windows XP adalah daripada Internet Explorer.
Untuk perkara pertama ia boleh dilakukan berdasarkan artikel ini.
http://www.microsoft.com/windowsxp/using/networking/learnmore/icf.mspx
http://www.dshield.org/clients/windows_xp_firewall_setup.html
Untuk perkara kedua boleh muat turun
http://free.grisoft.com/ (Free Edition For Home)
http://www.clamwin.com/ (Open Source)
Untuk perkara tiga, Mozilla Firefox adalah pilihan yang terkini. Sila lawat laman http://www.wanita.us/firefox.php untuk artikel tentangnya atau muat turun di http://www.mozilla.org/
Diharapkan artikel ini dapat menyedarkan pengguna Windows XP kepentingan kemas kini Windows XP anda kerana ia mampu dalam melindungi kepentingan dan data anda.
Harisfazillah Jamel
http://blog.harisfazillah.info