Intranet Sekolah Dengan Linux Dan Sumber Terbuka (OSS)

30 Julai 2008 | Label: , , | |


Intranet Sekolah Dengan Linux Dan Sumber Terbuka (OSS)

Berikut adalah cadangan untuk cikgu-cikgu sekolah untuk menambah lagi penggunaan komputer pelayan (server) sekolah di makmal sekolah. Cadangan ini melibatkan penggunaan Linux sebagai sistem operasi utama dan pelbagai aplikasi dalam sumber terbuka (Open Source). Dengan Linux dan pelbagai lagi aplikasi sumber terbuka sistem Intranet sekolah dapat dibangunkan.

(1) DHCP - Dynamic Host Configuration Protocol (DHCP) memudahkan komputer mempunyai sambungan rangkaian (network). Komputer pelayan sepatutnya menjadi komputer utama DHCP bagi memberikan IP secara automatik. Walaupun Router ADSL boleh melakukannya namun ia bukan dibina untuk mengendali komputer yang banyak.

Dengan komputer pelayan Linux sebagai pelayan DHCP, cadangan-cadangan yang lain dapat dilaksanakan. Konfigurasi baru dengan mudah dapat disampaikan kepada komputer pelanggan.

Terdapat juga cadangan untuk mengekal pengunaan IP yang tetap sama pada setiap komputer yang mendapatkan IP melalui DHCP. Ia dapat dilakukan dengan memasukkan alamat perkakas (hardware address) setiap komputer dalam konfigurasi DHCP. Dengan ini setiap komputer mempunyai IP yang kekal namun kawalan konfigurasi yang lain masih dipusatkan.

(2) DNS - Domain Name Service (DNS) adalah cara untuk kaitkan IP server dengan nama komputer yang mudah diingat oleh manusia. Menjadikan komputer pelayan sebagai "cache" DNS mampu mengurangkan beban komputer DNS utama di Internet. Disamping sebagai DNS "backup" jika DNS utama tidak dapat dihubungi.

Sila pastikan capaian DNS lain seperti TMnet, Jaring dan Opendns.com tidak dihalang. Dengan cara ini jika masalah timbul kepada komputer pusat cache DNS setiap sekolah ini mampu bertanya kepada DNS "upstream" sama ada Tmnet atau Jaring.

Sekolah boleh mewujudkan nama domain untuk kegunaan dalaman yang biasa hujungnya .lan (dot lan) dengan DNS server dalaman. Sebagai contoh Sekolah Alam Shah dengan domain dalaman sas.lan akan membolehkan capaian dalaman untuk Intranet server seperti web sekolah, email dalam sekolah dan pelbagai lagi.

(3) Apache - Sebagai pelayan web (web server) banyak perkara boleh dilakukan untuk penyampaian dan interaksi dan juga perkongsian maklumat. Dengan penggunaan perisian berasaskan PHP pelbagai lagi cara pengajaran dan pengkongsian ilmu pengetahuan dapat dilakukan.

Kemudahan yang Apache berikan terlalu banyak dan ia akan dibincangkan kemudian. Sebagai contoh sekolah boleh memasang Moodle bagi penggunaan dalaman melalui Intranet sekolah.

(4) SAMBA - Ia boleh dikonfigurasi sebagai Primary Domain Controller (PDC) dan WINS Server. Apabila setiap Windows XP berada dalam domain mempunyai PDC ia dapat mengurangkan trafik broadcast.

Pengkongsian dan penyimpanan fail di komputer pelayan dapat dilakukan oleh Windows XP.


(5) Squid - Ini merupakan perisian web proxy sama ada untuk menjadi tempat cache berpusat atau sebagai penapis kepada tapak-tapak laman lucah dan tidak dingini. Gabungan dengan Dansguardian lagi meningkatkan proses penapisan ini.

(6) Router dan Firewall juga mampu dilakukan oleh Linux. Namun ia memerlukan konfigurasi yang berlainan daripada penggunaan IP School-net.

Cadangan-cadangan lain:-

Jika dapat disediakan komputer DNS utama berpusat untuk menjadikan semua sekolah mempunyai nama domain maka semua sekolah dapat mempamerkan tapak laman masing-masing.

Perkhidmatan email dalaman antara sekolah-sekolah boleh diadakan jika mempunyai DNS berpusat dan setiap sekolah mempunyai nama domain sendiri. Linux dengan MTA seperti Postfix, Spamassassin, Amavis-new dan Clamav mampu menjadikan komputer pelayan email yang sedia menapis SPAM dan virus dan trojan. Dengan penggunaan Horde IMP sebagai email berasaskan web maka pelbagai kemungkinan dapat dilakukan.

Panduan pemasangan akan disediakan kemudian dan pada masa ini untuk Distribusi terkini. Untuk distribusi Red Hat 9 dan Suse yang mungkin sudah tersedia terpasang di sekolah, oleh kerana ia sudah jauh ketinggalan maka dicadangkan perubahan dilakukan dengan pemasangan distribusi lebih terkini. Antara yang dicadangkan adalah.

(1) OpenSuse http://www.opensuse.org/ - Distribusi berasaskan distribusi Suse yang kini digunakan di sekolah (Suse Linux Enterprise 9).

(2) Centos http://www.centos.org/ - Distribusi yang berasaskan Red Hat Enterprise terkini. Sesuai untuk menggantikan Red Hat 9 kerana Centos masih mengekalkan fungsi dan ciri-ciri Red Hat.

iTALC Intelligent Teaching And Learning with Computers

http://italc.sourceforge.net/

iTALC is a use- and powerful didactical tool for teachers. It lets you view and control other computers in your network in several ways. It supports Linux and Windows 2000/XP (Vista support will come) and it even can be used transparently in mixed environments!

In contrast to widely used commercial equivalent software, iTALC is free! This means you do not have to pay for expensive licenses or things like that. Furthermore the source-code is freely available and you're free in changing the software to fit your needs as long as you respect the terms of iTALC's license (GPL). Freedom in two ways!

Rakan-rakan di Linuxdotmy dan saya akan cuba menyediakan panduan yang mudah untuk cikgu-cikgu ikuti. Cadangan dan pandangan sila rujuk di

http://blog.linuxdotmy.com/

http://linuxmalaysia.harisfazillah.info/

http://linuxdotmy.multiply.com/

Untuk masalah-masalah yang mahu diselesaikan sendiri sila gunakan forum-forum berikut

http://knowledge.oscc.org.my/support

http://www.ittutor.net/

Sebagai kakitangan kerajaan, cikgu-cikgu boleh mendapatkan bantuan melalui OSCC MAMPU.

http://www.oscc.org.my/


Artikel sebelum ini

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang
http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Aplikasi Percuma dan Sumber Terbuka untuk Vista
http://www.harisfazillah.info/sumberterbukauntukmicrosoftvista

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

13 Julai 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Iklankan perkhidmatan dan barangan anda di PutraOnline.com
http://directory.putraonline.com/

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Panduan Keselamatan Nama Pengguna Dan Kata Laluan

07 Julai 2008 | Label: , , , | |


Panduan Keselamatan Nama Pengguna Dan Kata Laluan


Rutin atau kelemahan dalam perilaku manusia (Social Engineering) sering digunakan oleh penceroboh komputer untuk mendapatkan laluan masuk. Salah satu pintu masuk kepada sesebuah sistem adalah nama pengguna dan kata laluannya.

Nama pengguna yang boleh diteka, kata laluan menggunakan perkataan daripada kamus, kata laluan yang tidak ditukar begitu lama, pengkongsian nama pengguna dan kata laluan, tidak melakukan audit kepada log kemasukkan dan sistem, tidak menjalankan ujian penembusan dan menulis kata laluan adalah diantara perkara kecil tapi penting yang tidak dilakukan dalam mengurangkan risiko kejayaan serangan melalui "Social Engineering".

Artikel ini ditulis untuk pentadbir komputer IT, namun begitu amalannya bersesuaian untuk pengguna-pengguna lain dalam menjaga nama pengguna dan kata laluan masing-masing.

Diantara langkah-langkah mudah yang boleh diambil dalam meningkatkan taraf keselamatan dalam penggunaan nama pengguna dan kata laluan.

(1) Gunakan nama pengguna yang unik

Menjadi kebiasaan nama pengguna dikaitkan dengan nama individu atau applikasi yang dipasang. Sebagai contoh menggunakan nama pengguna Oracle. Ia dengan mudah boleh diandaikan sebagai nama pengguna untuk pangkalan data Oracle. Dengan kelemahan menggunakan kata laluan daripada kamus, peluang pencerobohan akan menjadi semakin tinggi.

Inilah yang dicari oleh penceroboh komputer. Sesuatu yang mudah untuk pentadbir maka mudahlah untuk mereka.

Gunakan nama penggunaan yang tiada kaitan sebagai contoh ora123. Gunakan campuran huruf dan nombor untuk menyukarkan tekaan.

Serangan menggunakan perkataan dalam kamus sering digunakan untuk mendapatkan nama pengguna dan juga kata laluan. Menggunakan nama pengguna campuran huruf dan nombor akan meningkatkan tahap kesukaran untuk membuat tekaan.

Begitu juga menggunakan nama pengguna berkaitan dengan individu. Apabila nama pengguna dikait dengan individu dan pangkat, maka ia boleh dijangkakan pengguna itu mempunyai keistimewaan pentadbiran yang lebih tinggi daripada orang lain. Adalah dinasihatkan membuat nama pengguna yang tiada kaitan dengan individu dan pangkat, agar ia tidak mudah untuk diteka kemampuannya.

Penceroboh akan cuba menyerang nama pengguna yang dijangkakan akan memberikan mereka peluang untuk pergi lebih jauh lagi dengan keistimewaan pengguna tersebut.


(2) Kata laluan yang senang diingat tetapi sukar diteka.

Kata laluan perlulah menggunakan enam atau lebih campuran huruf kecil, besar dan nombor. Tambahan simbol khas seperti ! @ # $ % ^ & * akan meningkatkan lagi tahap kesukaran untuk diteka. Sebagai contoh, jika mahu menggunakan kata laluan cilipadi, maka kata laluan boleh menjadi

c1L1p4d1

dan penambahan simbol khas

c1L1p4d1@7

Campuran kata laluan begini akan meningkatkan tahap kesukaran dan menambahkan masa yang terlalu untuk dipecah masuk dengan menggunakan perisian pemecah kata laluan.

Perisian-perisian pencerobohan menggunakan perkataan-perkataan dalam kamus bagi membuat serangan kepada nama pengguna dan kata laluan. Elakkan langsung menggunakan perkataan-perkataan dalam kamus.

(3) Kata laluan hanya perlu diingat

Jangan sekali menulis kata laluan dimana-mana. Kata laluan hanya perlu diingat. Jangan ditulis didalam diari, atau ditulis dan disimpan dalam dompet atau membuat catatan dalam telpon bimbit.

Tiada yang selamat jika kata laluan ditulis. Jika ada keperluan untuk menulis kata laluan, pastikan ia ditulis diatas kertas yang tebal kemudian dilipat dan dimasukkan dalam sampul bergam, sampul dicop pada bahagian boleh buka dan disimpan dalam peti keselamatan.

(4) Amalan tukaran kata laluan secara berkala

Jika ada ditanya bilakah kata laluan anda kali terakhir ditukar? Pasti ramai yang menjawab tidak pernah menukarnya. Standard jangka masa tukaran kata laluan, adalah 90 hari untuk pengguna biasa, 60 hari untuk akaun super dan akaun penting. Bagi komputer pelayan (server) yang dengan sensitif tinggi, 30 hari adalah standard utama.

Dengan menukar kata laluan secara berkala, ia akan mengurangkan peluang untuk kata laluan yang dicuri daripada ia dipergunakan. Ada banyak cara untuk mendapatkan kata laluan sama ada dengan key logger, intipan dan pelbagai.

Unik dan sukar bagaimana pun kata laluan anda, pasti ia akan didapatkan oleh penceroboh yang betul-betul mahir dan dedikasi.

(5) Jangan berkongsi nama pengguna dan kata laluan

Jangan sesekali kongsikan nama pengguna dan kata laluan dengan orang lain. Apabila ini berlaku ia sudah diluar kawalan pemiliknya dalam soal apabila ia diturut dikongsikan kepada orang lain tanpa pengetahuan pemiliknya. Sekiranya berlaku masalah, pemilik nama pengguna dan kata laluan akan dipersalahkan walaupun kesalahan itu bukan dilakukan olehnya.

Sekiranya ada keperluan untuk berkongsi nama pengguna, tukarkan kata laluannya dengan cepat apabila selesai digunakan.

(6) Pelbagaikan kata laluan untuk setiap nama pengguna

Kata laluan perlu unik untuk setiap nama pengguna. Jangan samakan kata laluan hanya kerana mahu senang ingat kerana apabila berlaku pencerobohan kepada satu server akan membahayakan server yang lain.

Amalan ini sepatutnya diamalkan oleh pengguna lain terutama melibatkan penggunaan kemudahan di Internet. Jangan samakan kata laluan email dengan kata laluan pengguna di forum. Jangan sesekali samakan nama pengguna dan kata laluan kemudahan perbankan Internet anda. Biarlah unik agar pencerobohan dalam akaun email tidak akan menggugat akaun bank Internet anda.

(7) Berhati-hati dengan laman Phising

Apabila mengisikan satu borang di Internet untuk apa jua kemudahan berhati-hatilah. Kes curian nama pengguna dan kata laluan sering berlaku. Sekiranya anda mendapat email daripada laman web yang sering anda lawati, perhatikan linknya agar ia sama dengan link laman web yang sepatutnya anda lawati.

Terdapat banyak kes phising. Phising adalah usaha mendapatkan nama pengguna dan kata laluan melalui laman web yang dibuat hampir sama dengan laman web asal tetapi ia dibuat dalam server lain yang hanya dengan tujuan mendapat nama pengguna dan kata laluan anda.

Edaran link laman phising sering dilakukan dengan email, yang seakan datang daripada laman yang biasa dan terkenal. Berhati-hati juga dengan email yang disangkakan datang daripada laman Internet bank anda. Menjadi polisi semua bank untuk tidak edarkan maklumat atau link melalui email.

Mozilla Firefox dengan Google toolbar memberikan kemudahan peringatan laman phising apabila ia mengesan laman yang dilawati pengguna dalam senarai laman phising.

Begitu juga dengan kemudahan penapisan email daripada sumber terbuka yang menggunakan enjin Clamav dapat mengesan email yang mengandungi link phising.

(8) Hadkan penggunaan nama pengguna super

Salah satu serangan pencerobohan adalah untuk mencuba memasuki akaun adalah dengan menggunakan nama pengguna super yang biasa digunakan. Antaranya adalah administrator atau root. Akaun berkuasa ini perlu dikurangkan penggunaannya.

Satu akaun lain perlu dibuat dimana ia perlu dengan keistimewaan pentadbiran (privilage) yang rendah dan bersesuaian dengan tugasan yang berkaitan sahaja. Sebagai contoh, untuk menjalankan Oracle, hanya buat satu akaun dengan hanya kemampuan untuk oracle sama ada untuk menjalankan "Service" Oracle atau hak terhadap folder Oracle.

Kata laluan (password) untuk pengguna super perlulah ditetap supaya ia tidak mudah untuk diteka atau diingati. Ia perlulah ditaip oleh kaki tangan yang tidak terlibat dengan IT. Ia perlu dtuliskan sendiri oleh kakitangan tadi diatas kertas yang tebal yang dilipat dan dimasukkan dalam sampul surat bergam. Sampul surat ini perlulah dicop pada lipatan mudah buka dan disimpan dalam peti simpanan keselamatan.

Bagi keselamatan tahap tinggi, kata laluan akaun super ini akan dimasukkan dua bahagian oleh dua orang daripada jabatan-jabatan luar IT dan masing-masing tidak akan beritahu apa yang dimasukkan. Dua bahagian ini akan disimpan dalam kertas berlipat yang berlainan, dimasukkan dalam sampul surat berlainan dan disimpan dalam dua peti keselamatan yang berlainan.

Apabila nama pengguna super dan kata laluannya digunakan. Kata laluan perlu ditukarkan dengan kata laluan baru berdasarkan langkah-langkah yang dinyatakan tadi.

Kata laluan super juga termasukkan dalam pertukaran secara berkala. Tukarkan kata laluan pengguna super setiap 60 hari atau bagi komputer pelayan (server) dengan data sensitif setiap 30 hari.

Terdapat langkah khusus yang membuat nama pengguna super ini hanya boleh digunakan pada terminal di komputer pelayan. Nama pengguna super sepatutnya tidak digunakan melalui sistem rangkaian. Terdapat pelbagai perisian yang boleh mendapatkan paket data sistem rangkaian dan membuat analisa carian nama pengguna dan kata laluan.

(9) Audit dan ujian penembusan perlu dijalankan

Audit komputer pelayan dan ujian penembusan rangkaian perlu dijalankan setiap tahun bagi memastikan komputer pelayan adalah dalam keadaan selamat dan tidak diceroboh.

Kebanyakan kes pencerobohan tidak dikesan dengan cepat. Dengan menjalankan audit ia boleh memastikan tahap keselamatan komputer pelayan sentiasa tinggi dan mematuhi standard disamping melihat sama ada berlaku kes pencerobohan.

Lebih baik mengetahui kelemahan itu awal daripada mengetahuinya melalui penglibatan penceroboh.

(10) Wujudnya jabatan, unit atau jawatan khusus untuk penjagaan keselamatan IT

Tugasan menjaga nama pengguna super dan kata laluan sepatutnya diasingkan daripada pentadbir komputer dan sokongan teknikal. Pengasingan tugas akan mengurangkan risiko keselamatan yang ditimbulkan daripada dalaman.

Pengasingan ini turut memastikan bahawa penjaga keselamatan IT tidak boleh menjalankan kerja-kerja pentadbiran komputer dan sokongan teknikal.

Jawatan, unit atau jabatan yang diwujudkan untuk keselamatan komputer selain dipertanggung jawabkan dengan penjagaan nama pengguna super, ia turut menjalankan audit komputer, membuat kerja-kerja penembusan komputer dan lain-lain hal keselamatan komputer.

Pada jangka masa berkala, Ketua bahagian atau jabatan IT perlu menjalankan audit kepada jawatan atau jabatan IT melalui bantuan pentadbir komputer IT untuk memastikan wujud periksa dan imbang antara dua tugasan ini.

Pada masa berkala juga, perlu juga wujud penilaian daripada agensi keselamatan luar atau syarikat audit keselamatan IT luar dalam membuat penilaian audit keselamatan IT dalaman.

Masalah keselamatan IT bukan sahaja datang daripada kelemahan applikasi atau sistem operasi. Kebanyakan kes pencerobohan adalah disebabkan oleh kelemahan manusia. Malah serangan melalui "Social Engineering" sering dilakukan bagi mendapatkan nama pengguna dan kata laluan dibandingkan dengan serangan lain.

Harisfazillah Jamel

http://blog.harisfazillah.info/

30 Mei 2007

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

Di Internet
http://www.harisfazillah.info-a.googlepages.com/katalaluan

Polisi Backup Untuk Organisasi Berdasarkan Sumber Terbuka

03 Julai 2008 | Label: , , , | |


Polisi Backup Untuk Organisasi Berdasarkan Sumber Terbuka

Dalam merangka polisi "backup" yang bersesuaian dengan sesebuah organisasi, perkara-perkara berikut perlu diambil kira.

(1) "Backup" kepada tape drive adalah mengambil masa dan penambahan masa bagi restore apabila ia dibandingkan dengan backup.

Sebagai contoh sekiranya "backup" mengambil masa satu jam, maka masa "restore" boleh mencapai lebih kurang dua jam. "Restore" biasanya akan membuat sistem operasi akan melakukan kerja tambahan untuk memastikan data ditulis dengan betul. Iaitu penambahan "IO write and verify" kepada cakera keras (hard disk).

(2) Ruang cakera keas yang besar boleh dibeli dengan murah. Khaskan satu perkakasan dan satu bahagian cakera keras untuk tujuan "backup".

"Backup" pada "tape" hanya dilakukan untuk menyimpan data dalam cakera keras simpanan backup diatas.

(3) Backup kini boleh dilakukan melalui rangkaian (LAN dan WAN) dan automatik.

*** Cadangan ***

Untuk tujuan backup organisasi pilihan bagi saya adalah berikut

(A) Sebuah perkakasan akan dikhaskan untuk tujuan backup, dengan kapasiti cakera keras (Hard disk) yang besar. Cakera keras perlu menggunakan menggunakan teknologi RAID 5. Tidak perlu kad RAID tambahan kerana sistem operasi seperti Linux dan FreeBSD boleh melakukan RAID.

(B) Kerja salinan data adalah melalui rangkaian (network) setiap komputer yang di backup ke cakera keras Server Backup. Salinan ini perlu dilakukan secara automatik.

(C) Buat salinan Backup Server ke tape mengikut aplikasi dan script secara automatik dan berkala.

*** Penjelasan ***

(A) Menyediakan perkakasan khas untuk tujuan backup. Penulis menggunakan Linux Centos versi 5 dimana, tiga biji cakera keras disatukan menggunakan RAID.

Sambungan ini boleh dirujuk bagi tujuan konfigurasi backuppc.

http://www.howtoforge.net/setting-up-lvm-on-top-of-software-raid1-rhel-fedora

(B) Backppc telah dipilih bagi tujuan salinan melalui Network.

Laman rasmi Backuppc
http://backuppc.sourceforge.net/index.html

Panduan Backuppc
http://www.howtoforge.net/linux_backuppc

Nota LinuxMalaysia tentang Backuppc
http://linuxmalaysia.harisfazillah.info/2008/06/setting-up-backuppc-centos-5.html

Dengan menggunakan Backuppc, salinan pelbagai komputer dapat dibuat didalam cakera keras "Backup Server". Dengan mempunyai salinan didalam cakera keras, "Restore" dapat dilakukan dengan cepat.

(C) Bagi tujuan buat salinan Backup Server ke Tape. Penggunaan arahan tar boleh digunakan.

tar cvjf /dev/st0

Tujuan backup pada tape adalah untuk memastikan sebarang masalah kepada Backup Server, kita tidak kehilangan data semua backup.

Modul Webmin File System Backup boleh digunakan

http://doxfer.com/Webmin/FilesystemBackup

*** Backup MySQL ***

Bagi tujuan Backup database Mysql, aplikasi berikut dicadangkan.

Zmanda Mysqlbackup
http://mysqlbackup.zmanda.com/

Automysqlbackup
http://sourceforge.net/projects/automysqlbackup/

Bacula
http://wiki.bacula.org/doku.php?id=application_specific_backups

Untuk backup Mysql Database dan database lain, saya akan tuliskan dalam artikel lain.

*** Links ***

Linux Centos
http://www.centos.org/

Wikipedia - Backup
http://en.wikipedia.org/wiki/Backup

Dapatkan email-email tentang komputer dan Internet
http://groups.yahoo.com/group/haris/join

Wassalam.

Harisfazillah Jamel
http://blog.harisfazillah.info/

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini
dipasaran...

2 Jul 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...


This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.


Buat duit di Internet
http://cybermoney2u.blogspot.com/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular