Persediaan Ke Arah Malaysia Open Source Conference 2010

31 Januari 2010 | Label: | |


Persediaan Ke Arah Malaysia Open Source Conference 2010

Kami dari pelbagai komuniti OSS Malaysia sedang bersedia untuk Malaysia Open Source Conference 2010. Jika anda berminat untuk mengetahui aktiviti-aktiviti persediaan Open Source Conference 2010 dan menyumbang sama ada idea, pandangan dan maklum balas, anda dijemput untuk menyertai ruang hubungan kami.

Melalui perbincangan melalui email di OSDC.my


Melalui Facebook.com


dan Facebook Fanpage OSDC.my


Dengan jasa baik rakan-rakan komuniti OSS, Colour Concept Training Centre telah dijadikan sebagai pejabat operasi sementara Malaysia Open Source Conference 2010.



Senarai komuniti OSS Malaysia disini


Sertai kami dalam menjayakan Malaysia Open Source Conference 2010. Tarikh dalam cadangan adalah awal Julai 2010. Tarikh sebenarnya akan diumumkan melalui rangkaian hubungan diatas.

Harisfazillah Jamel



31 Jan 2010

Bagi pengguna Facebook.com sila sertai Facebook FanPage Bukan Sekadar Internet Sahaja di



Berhati-hati Dengan Email Phishing

23 Januari 2010 | Label: , | |


Berhati-hati Dengan Email Phishing

Jangan percaya email daripada bank-bank di Malaysia. Ia hanyalah phishing email. Bank tidak akan hantar email kepada pelanggan mereka untuk apa-apa tujuan pun kerana ianya adalah berisiko tinggi. Pencerobohan mudah dilakukan. Percayalah.

Berhati-hatilah apabila menerima email daripada pihak yang tidak dikenal pasti. Email adalah mudah untuk ditipu (spoof). Ia mungkin daripada orang yang anda kenali atau daripada pihak bank atau pihak berkuasa maka berhati-hatilah. Buat pengesahan dengan membuat panggilan telepon kepada rakan, bank dan pihak yang menghantar email sebelum mempercayai atau berkongsi maklumat peribadi.



Sekiranya anda mendapat email kononnya dari Maybank, CIMB dan pelbagai bank sila forward kepada mycert@mycert.org.my bersama header email.

Sila lawat laman rasmi MyCERT untuk amaran dan nasihat terkini keselamatan komputer.


Phishing email adalah email yang dihantar kononnya daripada bank yang mungkin anda mempunyai akaun bank terbabit. Sebagai contoh adalah email dibawah ini

--- Mula contoh Email Phishing

Dear Valued Customer,

Maybank security systems detected a serious (PR2) security problem in your account.
Your account has been restricted due to several invalid login attempts from an unauthorized third-party.
Your immediate attention is required to reactivate your account.

Please be informed that your account will be temporarily closed if not activated now.

Activate Below http://www.maybank2u.uk.com Thank you for your understanding and support.

Maybank Berhad

From:
"info@maybank2u.com.my"


--- Akhir contoh Email Phishing


Sila perhatikan sambungan laman akan membawa ke laman web lain. Di laman web tersebut mereka yang tidak bertanggung jawab akan membina ia seakan-akan laman web Maybank2u. Warna sama, kedudukan sama dan imej pun sama. Anda akan diminta login dan akibatnya nama pengguna dan kata laluan (username dan password) akan dicuri oleh mereka. Anda mungkin tidak menyedarinya, kerana selepas cubaan masuk anda akan ke laman web Maybank2u yang sebenar.


Adalah risiko tinggi untuk pihak bank hubungi pelanggan mereka melalui email atau media lain untuk masalah akaun atau pelbagai lagi. Penipuan dengan mudah dilakukan. Bank-bank di Malaysia tidak akan email anda. Jika ada masalah dengan akaun, bank akan terus halang akaun anda. Ini memaksa anda menghubungi bank. Cara ini lebih selamat kepada pelanggan bank.


Bank tidak akan meminta sebarang maklumat anda melalui email. Baca lanjut tentang Phishing email di

 
http://www.phishtank.com/what_is_phishing.php


Cybersecurity Malaysia telah menyediakan laman web untuk pengguna komputer dan Internet Malaysia mengenai keselamatan penggunaan Internet. Sila lawat laman ini untuk mempelajari pelbagai langkah-langkah perlindungan.

 
http://www.cybersafe.my/

 Lagi laman yang bersesuaian :-


Cybersecurity Malaysia
http://www.cybersecurity.my/


GCERT MAMPU
http://gcert.mampu.gov.my/


MyCERT Facebook Fanpage
http://www.facebook.com/pages/Seri-Kembangan-Malaysia/MyCERT/109264477618


Dunia Digital Facebook Fanpage
 http://www.facebook.com/pages/Dunia-Digital/216290990218


Banking Info

http://www.bankinginfo.com.my/


Menu -> Khidmat Nasihat -> Panduan Berguna -> Penipuan Kewangan

http://www.bankinginfo.com.my/04_help_and_advice/0402_helpful_guides/financial_scams.php


Google Gmail Advice About Phishing
http://www.youtube.com/watch?v=tqWVoPu1lLM


Mendapatkan Email Header
http://www.spamcop.net/fom-serve/cache/19.html


Artikel-artikel lain yang menarik untuk dibaca


Sistem Laman Web Dengan Perisian Sumber Terbuka
http://cikgucyber.blogspot.com/2010/01/sistem-laman-web-dengan-open-source.html


Ketahui kemas kini laman-laman web dengan RSS feed
http://planet-oss-malaysia.blogspot.com/2010/01/ketahui-kemas-kini-laman-laman-web.html


Sempena tahun baru 2010. Suaikan jam anda.
http://www.scribd.com/doc/24669433/Sesuaikan-Masa-Anda-Sempena-2010


Harisfazillah Jamel aka LinuxMalaysia aka Hafnie

Email : linuxmalaysia@gmail.com


23 Januari 2010

 
http://blog.harisfazillah.info/

 
http://www.harisfazillah.info/harisfazillahjamel


Dapatkan email-email terus dari

http://groups.google.com/group/hafnie



Sistem Laman Web Dengan Open Source Software (OSS)

22 Januari 2010 | Label: , | |


Sistem Laman Web Dengan Open Source Software (OSS)

Ramai yang menggunakan perisian pelayar Internet dan mendapatkan sesuatu laman web melalui alamat domain. Sistem laman web adalah gabungan pelbagai perisian bagi membolehkan laman web atau web server dibina dan dicapai. Perisian laman web hanya untuk menjanakan laman web hasil daripada fail dengan format Hyper Text Markup Language atau HTML.


Bahasa aturcara ini secara asas akan memberikan arahan kepada perisian pelayar laman web bagaimana untuk mempersembahkan maklumat diatas skrin komputer. Tugas perisian laman web pula adalah sebagai pelayan kepada permintaan daripada perisian pelayar laman web untuk mendapatkan fail HTML dan lain-lain fail yang diperlukan seperti fail gambar-gambar gif, jpg dan png.

---- Mula Iklan ----

Bengkel Hujung Minggu. Pemasangan Sistem laman Web dan pendaftaran

Jadual Penuh Bengkel


---- Tamat Iklan ----

HTML hanya statik, untuk membuat laman web interaktif kepada pengguna bahasa lain atur cara seperti PHP, Ruby, Perl, Python dan pelbagai perlu digunakan. Sebagai permulaan pelajari mengenai asas HTML. Laman ini sebagai permulaan.


Jika anda berminat untuk mendapatkan pengajar dan kelas HTML sila lawat


Dengan perisian sedia ada sekarang, memang tidak perlu lagi mengetahui HTML secara mendalam. Namun begitu mempelajari HTML adalah penting dalam mendalami bahasa atur cara web yang lain.

*** Perisian

(1) Perisian untuk membuat laman web, yang membantu dalam segi membina laman web tanpa kod HTML secara terus.

Kompozer. Easy Web Authoring

NVU Web Authoring Software

Bluefish Editor

Senarai perisian di

*** Komuniti

(2) Komuniti yang berkait dengan aturcara laman web seperti PHP, Pyhton dan Ruby dan pelbagai. Dicadangkan anda menyertai komuniti-komuniti ini untuk mendapatkan sokongan dan mengetahui aktiviti semasa mereka terutama bengkel dan kelas.

Open Source Developers Club Malaysia (OSDC.my)

Komuniti PHP Malaysia

Komuniti Python Malaysia


*** Perisian Sistem laman Web

(3) Antara perisian OSS yang boleh digunakan untuk Sistem laman web :-

Apache Web Server

Ini adalah perisian OSS web server yang popular di Internet dan kebanyakan distribusi Linux dan BSD mempunyai pakej untuk pemasangan Apache Web Server. Bagi Windows Server, muat turun boleh dibuat dilaman web diatas. Namun begitu digalakan untuk muat turut pakej penuh Apache, MySQL dan PHP untuk Windows di


Lighttpd Web Server

Semakin popular kerana kepantasannya dari segi prestasi bagi kongfigurasi tertentu. Ia merupakan saingan dekat untuk Apache Web Server dalam dunia OSS.

Untuk muat turun dalam Windows

Maklumat tentang jumlah penggunaan sistem laman web di


Diharapkan artikel ini oleh dijadikan panduan permulaan kepada anda. Sila sertai Dunia Digital di Facebook.com untuk pertanyaan.


Artikel-artikel lain yang menarik untuk dibaca

Nama Domain Perlu Dimiliki oleh semua orang

Ketahui kemas kini laman-laman web dengan RSS feed

Sempena tahun baru 2010. Suaikan jam anda.

Harisfazillah Jamel aka LinuxMalaysia aka Hafnie
Email : linuxmalaysia@gmail.com

22 Januari 2010



Dapatkan email-email terus dari

Ketahui Kemas Kini Laman-laman Web Dengan Web Feed

11 Januari 2010 | Label: , | |


Ketahui Kemas Kini Laman-laman Web Dengan Web Feed

Laman Blog Planet OSS Malaysia


Adalah blog mengumpulkan Web Feed pelbagai laman OSS dan individu yang terlibat dengan Open Source Software (OSS). Dengan menggunakan Gadget RSS Feed Blogspot.com pada Blog Planet OSS Malaysia, secara mudah saya boleh membaca kemas kini terbaru daripada pelbagai laman web OSS Malaysia.

Secara mudah, Web feed adalah senarai ringkas apa yang telah dikemas kini bagi satu laman web. Satu format khusus disediakan, seperti RSS atau Atom, bagi membolehkan pelbagai perisian membaca format ini dan menayangkan ia kepada pengguna. Dibawah ini adalah contoh Web Feed yang menggunakan RSS.


Sambungan laman (link) diatas akan digunakan oleh pelbagai perisian membaca Web Feed. Kebanyakan perisian dapat mengesan sambungan laman diatas secara automatik. Satu icon khusus dalam perisian pelayar Internet turut disediakan bagi menyatakan laman web yang dilawati mempunyai Web Feed. Lambang Web Feed atau RSS Feed boleh dilihat di sini


Panduan untuk Mozilla Firefox

Panduan untuk Internet Explorer

---- Mula Iklan ----

Bengkel Hujung Minggu. Pemasangan Sistem laman Web

Jadual Penuh Bengkel

---- Tamat Iklan ----

Pelbagai laman web turut menyediakan kemudahan membaca Web Feed daripada satu laman web. Antaranya :-

*** Google Reader


Login dengan akauan Google atau Gmail dan pilih Add Subscription.

Rujukan Jemputan Google Reader

I've been using Google Reader and thought you might like to try it out. With Reader, keeping up with your favorite websites is as easy as checking your email. You may want to check out and subscribe to my shared items. To take a look at them, visit this page:


*** My Yahoo


Login dengan login Yahoo anda. Pilih Add Content dan Add RSS Feed.

You've been sent personalized content on My Yahoo!

Linuxmalaysia has shared the "LinuxMalaysia Yahoo Page" tab with you.


*** Netvibes.com


Netvibes pioneered the first personalized dashboard publishing platform for the Web.

Facebook.com Fanpage Notes turut memberikan kemudahan import Web Feed. Contoh boleh dilihat di Dunia Digital Facebook Fan page.


Notes import Web Feed daripada Dunia-Digital Yahoogroups

Sempena tahun baru 2010. Suaikan jam anda.

Harisfazillah Jamel aka LinuxMalaysia aka Hafnie
Email : linuxmalaysia@gmail.com

03 Januari 2010



Dapatkan email-email terus dari

 

Bengkel Pemasangan Sistem Laman Web

05 Januari 2010 | Label: , | |


Bengkel Pemasangan Sistem Laman Web


Tarikh: 23 dan 24 Januari 2010 - 2 HARI (Sabtu dan Ahad)

Masa: 9 pagi hingga 5 petang

Matlamat utama Bengkel Pemasangan Sistem laman Web adalah untuk anda yang mahu mengetahui cara-cara pemasangan perisian laman web (Web server) secara praktikal, daripada peringkat pemasangan, kongfigurasi dan pemasangan perisian melalui Web. Ia akan mendedahkan para peserta tentang Apache Web Server, dalam sistem operasi Linux dan gabungan Apache, MySQL dan PHP iaiu XAMPP dalam sistem operasi Windows. Sila rujuk objektif dibawah.

Pengajar: Mohd Rizal Mohd Shahari

Profile Pengajar:

Beliau berpengalaman selama 11 tahun didalam bidang sumber terbuka (OSS) dan mempunyai Linux Certified Professional Certificate. Selain daripada mengajar beliau merupakan Juru-runding atau Consultant kepada banyak projek kerajaan dan swasta didalam Pelaksaaan dan Pemasangan Sumber Terbuka (OSS) sebagai penyelesaian alternatif.

Objektif:

- Asas pemasangan pelayan web didalam dunia sumber terbuka (OSS)
- Konfigurasi asas teknikal didalam Apache dan XAMPP, MySQL, Virtual Hosting, HTTPS dan mod PHP.
- Penalaan pelayan (Tunning Web Server) bagi tujuan prestasi keatas aplikasi didalam pelayan web
- Langkah-langkah keselamatan didalam pelayan web yang perlu dititikberatkan sebagai seorang Pentadbir

Rujukan menarik :-

Apache

Aplikasi Melalui Web

Makanan dan minuman:

- Pra Sarapan sebelum kelas bermula
- Minum Pagi
- Makanan Tengah Hari tidak disediakan
- Minum Petang
- Minuman panas secara percuma (Free Flow)

Bayaran:

- RM 299 bagi pendaftaran awal (early-bird registration)
- RM 357 bagi 'walking-registration'

UNTUK HARGA PENGENALAN... hanya RM 199 SAHAJA! TEMPAT TERHAD! DAFTAR SEGERA.... BERMINAT, SILA TERUSKAN ISI FORM DIBAWAH dan SUBMIT...

Isi borang pendaftaran di :-


Bayaran:

Segala pembayaran hendaklah dijelaskan sebelum kelas bermula. Pembayaran hendaklah secara TUNAI kecuali kepada kakitangan kerajaan boleh dijelaskan dalam bentuk LO.

Sijil:

Pihak penganjur akan meyediakan sijil kepada bengkel yang dijalankan.

Nota:

Sebagai pihak penganjur kami berhak untuk menunda tarikh yang dicadangkan sekiranya berlaku sebarang masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Sebarang masalah atau kemuykilan sila hubungi Ewan


Telepon : 012-2631282


Email : e1@concept.my


Tempat :-


COLOUR CONCEPT TRAINING CENTRE
Jalan Lazuardi 7/29
01-05-03 Worldwide@7, Shah Alam, SELANGOR 40000

Dengan kerjsama MOSCA

Sesuaikan Waktu Jam Anda Sempena 2010

01 Januari 2010 | Label: , | |


Sesuaikan Waktu Jam Anda Sempena 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernahkah anda dail nombor ini

1051

Nombor 1051 ini adalah nombor yang disediakan oleh Telekom Malaysia bagi kemudahan kita untuk mengetahui masa yang sebenar. Dail 1051 dari telepon bimbit anda atau telepon di rumah. Biasanya kita akan mendengar bunyi beep dahulu, diam dalam 10 saat dan baru diberitahu masa.

Lagi kemudahan Telekom Malaysia

http://en.wikipedia.org/wiki/Telephone_numbers_in_Malaysia

Bagi komputer pula, SIRIM menyediakan satu laman web bagi masa standard Malaysia. Sila rujuk laman web SIRIM ini
http://mst.sirim.my/

Lagi artikel berkaitan

http://blog.harisfazillah.info/2006/12/selaraskan-jam-anda-dengan-masa.html

Sempena tahun baru 2010. Suaikan jam anda.

Harisfazillah Jamel aka LinuxMalaysia aka Hafnie

01 Januari 2010

http://blog.harisfazillah.info/

http://www.harisfazillah.info/harisfazillahjamel


Dapatkan email-email terus dari

http://groups.google.com/group/hafnie

Download OpenOffice.org ODT di Scribd.com
http://www.scribd.com/doc/24669433/Sesuaikan-Masa-Anda-Sempena-2010

Download PDF di Slideshare.net
http://www.slideshare.net/linuxmalaysia/sesuaikan-masa-sempena-2010


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Popular