MyGIFOSS adalah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh OSCC MAMPU bagi menjadi panduan kepada agensi-agensi kerajaan Malaysia dalam pelaksanaan perisian sumber terbuka atau Open Source Software (OSS). Dengan dokumen ini ia membolehkan agensi-agensi kerajaan Malaysia mengenal pasti perisian yang sesuai dan merancang pelaksanaan.
Blog perkongsian ilmu Internet dan komputer. Mencari kelainan dalam teknologi komputer dan Internet agar ia sesuai dengan masyarakat semasa.
22 Mac 2009
MyGIFOSS The Malaysian Government Interoperability Framework For Open Source Software
07 Mac 2009
The Linux Foundation Video Site:: We're Ubuntu
Email rakan di ubuntu-my
Linux Foundation baru-baru ini telah membuat satu pertandingan dalam membuat iklan untuk Linux. Oleh itu, mereka yang nak bertanding kenalah memuat naik video rekaan sendiri ke Youtube Linux Foundation dan akan diundi oleh pengunjung. Undian & rating yang tertinggi, iklannya yang menang akan ditayangkan pada konvensyen Linux Foundation yang seterusnya.
Harap warga Linux & Ubuntu-my dapat masuk ke link web di bawah dan meletakkan rating 5 bintang! Dan tolong segera tulis entri mengenai ini dalam web/blog supaya komuniti lain turut membantu meletakkan rating tinggi! Jika kami menang, ketahuilah, seluruh Malaysia menang!
---