Projek Terjemahan Bahasa Melayu

28 November 2008 | Labels: , , , | |


Projek Terjemahan Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bagi anda yang berminat untuk membuat kerja-kerja sukarela dan menyumbang tenaga, ilmu dan buah fikiran kepada masyarakat dan komuniti Internet Malaysia, Internet boleh menjadi tempat untuk anda menyumbang.

Terdapat pelbagai projek dan usaha yang memerlukan tenaga sukarela terutamanya terutamanya daripada pengguna komputer dan Internet Malaysia. Usaha yang paling penting, adalah usaha terjemahan untuk perisian dan dokumentasi.

Usaha terjemahan antara muka (User Interface - UI) perisian sumber terbuka atau Open Source Software memerlukan bantuan sukarelawan. Sukarelawan adalah terbuka kepada semua. Sama ada daripada golongan berpendidikan IT atau tidak, ianya tidak dipentingkan kerana kerja-kerja penterjemahan tidak melibatkan pengetahuan mendalam IT.

Ianya mudah dan anda akan dibantu oleh sukarelawan yang lebih berpengalaman. Kamus untuk bahasa melayu boleh dirujuk di

http://ms.wiktionary.org/wiki/Laman_Utama

Tidak kira apa jua peranan anda, keperluan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa IT perlu diusahakan dengan lebih bersungguh dan peranan yang dimainkan adalah besar.

Tidak kira apa jua peranan anda. Sebagai penterjemah, pemeriksa, penjaga kualiti, pemerhati, pembetul maklumat, penyebar maklumat dan pelbagai lagi peranan. Kita sepatutnya berada di dalam projek ini untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa IT.

Antara Projek yang anda boleh sertai dan sumbangkan tenaga dan masa.

____________________

Ubuntu Bahasa Melayu
____________________

https://edge.launchpad.net/~ms-translators

Ini adalah usaha untuk menterjemahkan perisian-perisian dalam Linux Ubuntu (http://www.ubuntu.com/) . Sila sertai kumpulan diatas sebelum melakukan kerja-kerja terjemahan. Kerja-kerja terjemahan yang sedang berjalan boleh dilihat di

https://translations.edge.launchpad.net/ubuntu/intrepid/+lang/ms

_____________

Projek Munsyi
_____________

http://munsyi.sourceforge.net/

Pasukan Terjemahan Bahasa Melayu Translation Project

Projek Munsyi adalah laman web rasmi pasukan penterjemah Bahasa Melayu di Translation Project. Projek ini diasaskan kerana tiadanya satu pasukan rasmi untuk Bahasa Melayu, dalam usaha menterjemah perisian, khasnya perisian GNU.

Projek Munsyi, Projek Singa Emas dan Projek Meksom adalah antara usaha-usaha awal bagi kerja-kerja terjemahan.
_______________________

Wikipedia Bahasa Melayu
_______________________

http://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama

Dipetik terus daripada Wikipedia bahasa melayu.

Sumbangan anda dialu-alukan! Tapak web ini diusahakan oleh penutur bahasa Melayu tanpa mengira negara asal, dan anda semua digalakkan untuk turut serta. Anda boleh menyumbang apa-apa jua rencana yang anda ingini, yang pada pandangan anda, dapat memberi manfaat kepada pembaca, terutama sekali rencana berbentuk akademik. Setiap rencana di Wikipedia ini mempunyai pautan sunting di bahagian atas; anda hanya perlu menekan pautan tersebut untuk membuat perubahan pada rencana berkenaan. Anda digalakkan membuat percubaan di kotak pasir untuk mempelajari cara anda boleh menyunting sebarang rencana sekarang.

Sertai Rapat Umum Wikipedia Bahasa Melayu

http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:WikiProjek_Rapat_Umum_Wikipedia_Bahasa_Melayu

_______

Rujukan
_______

Risalah Projek Terjemahan Bahasa Melayu
http://foss.org.my/projects/events/pcfair/flyers/TerjemahanBM.pdf/view

Terjemahan English ke Bahasa Melayu
http://www.citcat.com/green_ov.jsp?lang=2

Kerja-kerja Sukarela Yang Boleh Dilakukan Di Internet Malaysia
http://blog.harisfazillah.info/2002/08/kerja-kerja-sukarela-yang-dilakukan-di.html

MyPenguin99
http://tech.groups.yahoo.com/group/mypenguin99/

Wikipedia Bahasa Melayu
http://www.harisfazillah.info-a.googlepages.com/wikipediabahasamelayu

Ubuntu Malaysia
https://edge.launchpad.net/~malaysianteam

Projek Terjemahan Bahasa Melayu OSCC MAMPU
http://knowledge.oscc.org.my/practice-areas/rnd/projek-terjemahan-bahasa-melayu


Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/ atau email kepada

haris-subscribe@yahoogroups.com

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

27 Nov 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

Facebook Like, Blog Cikgu Cyber.